
Tengku Nadhirah Zahrah Makin Cantik
Terpegun dengan kelembutan dan kesopanan yang ada dalam diri Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Semakin menginjak usia, semakin terserlah keayuan puteri Sultan Terengganu ini.
18 Disember, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah genap berusia 29 tahun. Ternyata penampilan puteri sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah sering menjadi perhatian khalayak.
Ini kerana YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik. Malah seorang puteri raja yang bijak dan memiliki keperibadian terpuji yang mempersonakan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) ini pada hujung November lalu menghadiri Islamic Fashion Festival (IFF) Institute Tengku Ampuan Afzan (INTAZ) Charity Gala Dinner 2025.
Pada acara itu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah hadir bersama nenda, To’ Puan Seri Hajjah Nur Rahmah Binti Haji Mohd Zain. Beliau kelihatan berseri-seri dalam persalinan eksklusif dan indah rona navy blue.
Turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Sementara itu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah selaku Pengerusi YTNZ pada 19 November lepas berkenan hadir ke majlis Pelancaran Koleksi Gold Bar Edisi Khas Yayasan Tuanku Nur Zahirah yang diinspirasikan daripada motif bunga songket warisan melayu oleh rakan strategik utama iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah MAIDAM Property, Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail.
Terdapat 3 koleksi yang menjadi motif utama iaitu; Bunga Teratai, Bunga Tampuk Manggis dan Bunga Pitis sebagai satu usaha memartabatkan seni budaya tempatan dalam bentuk esklusif dan bernilai tinggi.
10 Julai lalu, YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam Ijazah Sarjana Seni Tekstil (Master of Arts Textiles) dari University for The Creative Arts (UCA), United Kingdom.
This website uses cookies.