Gaya Kasual Dua Nenek Jelita, Krisdayanti & Ashanty Ketika Meraikan Bersama Ulang Tahun Cucu Mereka

Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar baru sahaja menyambut ulang tahun ke-2 puteri bongsu mereka, Azura Nur Atta dalam sebuah majlis sederhana bertemakan Frozen.

Suasana sambutan penuh kasih sayang apabila majlis turut dihadiri oleh dua nenek jelita Azura iaitu Krisdayanti dan Ashanty.

Kredit Foto: IG aurelie.hermansyah

Bertemakan Frozen

Majlis ulang tahun Azura Nur Atta dihiasi dengan dekorasi menawan yang dilatari rona biru muda, putih dan ungu mencipta suasana salju dalam dunia Elsa dan Anna dari filem Frozen.

Hiasan belon menambahkan lagi seri dekorasi dan menjadikan suasana semakin meriah.

Penampilan Comel Azura

Sementara penampilan puteri kecil Azura cukup comel dalam gaun biru berkilauan ala Elsa lengkap dengan skirt tutu.

Aurel Hermansyah pula tampil anggun mengenakan dress hitam bergambar Anna yang menambahkan lagi keunikan tema Frozen pada sambutan istimewa tersebut.

Kehadiran Krisdayanti & Ashanty Meriahkan Suasana

Krisdayanti dan Ashanty turut hadir menyaksikan cucu kesayangan mereka meniup lilin hari lahir. Kedua-dua nenek ini tampil bergaya dengan penampilan kasual yang sederhana namun tetap menawan.

Kehadiran mereka menambahkan suasana kekeluargaan yang hangat dan penuh kasih sayang.

Kod Pakaian Bertemakan Biru Lembut

Keluarga yang hadir turut mengenakan kod pakaian berwarna biru lembut (baby blue), selaras dengan tema sambutan ulang tahun Azura Nur Atta bertemakan Frozen.

Keseragaman warna pakaian menjadikan keseluruhan majlis tampak harmoni dan serasi dengan konsep Frozen yang magis.

Gaya Kasual Ashanty

Penampilannya dilengkapi dengan seluar denim potongan cutbray

dan sandal wedges menambahkan gaya kasual yang santai namun tetap kemas dan bergaya.

Walaupun tampil sederhana, aura glamor Aurel Hermansyah tetap terserlah.

BACA JUGA: Cucu Krisdayanti Cecah Usia Setahun, Majlis Birthday Azura Atta Bertemakan ‘Under The Sea’ Meriah!

Pesona Elegan Krisdayanti

Sementara itu, Krisdayanti tampil anggun mengenakan blazer berwarna abu-abu yang dipadankan dengan inner tank top berwarna putih, menonjolkan gaya kasual yang tetap tampak elegan.

Krisdayanti melengkapkan gayanya itu dengan menyarungkan seluar denim labuh yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna perak.

Gaya kedua-dua nenek jelita ini memberi sentuhan manis pada suasana majlis ulang tahun Azura Nur Atta.

Majlis sederhana ini membuktikan bahawa kebahagiaan keluarga bukan hanya tentang kemewahan tetapi juga kehangatan dan kasih sayang yang terjalin antara generasi dalam keluarga Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.

Share
Published by
Amy Mohd