Fesyen

Awas, Jangan Pakai Langsung 5 JENIS FABRIK Ini Kalau Bertubuh Besar! Seksanya Tengok!

Buat wanita bertubuh besar, pemilihan fabrik amat penting selain daripada potongan pakaian. Ini penting kerana pemilihan fabrik yang salah boleh membuatkan anda tampak lebih besar malah kelihatan seperti badut. Wajib untuk anda mengkaji bentuk badan terlebih dahulu sebelum memilih fabrik yang tepat dan sempurna.

Mungkin anda menyangka fabrik pilihan anda adalah paling tepat untuk dipakai. Namun apabila ia disarungkan pada tubuh pelbagai masalah terjadi dan dan yang paling ketara ia seakan menambahkan lagi saiz badan anda. Oleh itu, Nona kongsikan 5 pilihan fabrik yang harus dijauhi jika anda mempunyai bentuk badan yang gempal dan besar!

SEKUIN

Efek berkilau pada fabrik ini sebenarnya memberi ilusi lebih besar apatah lagi ianya disarung oleh wanita gempal. Sekiranya situasi memerlukan anda memakai fabrik ini pastikan ia adalah daripada tona gelap.

BERBULU

Hati-hati menggayakan kain seperti ini kerana jika anda tidak mahir memilih potongan yang bersesuaian, ia boleh menampakkan anda lebih besar dua kali ganda dari saiz asal! Pilih kot atau jaket yang mempunyai tali yang boleh diikat pada sekitar pinggang.

LATEX

Meskipun permintaan fabrik ini tidak begitu popular di Malaysia namun ia sering dipakai oleh selebriti A-list di Hollywood. Efeknya yang sedikit bersinar menjadikan ia tidak sesuai untuk wanita bersaiz XL.

LYCRA

Lycra memang terkenal dengan fabrik nipis yang berat. Oleh kerana fabriknya nipis dan bersifat memeri ia tidak boleh menyorokkan bahagian badan yang mempunyai lemak.

NEOPRENA

Ini juga salah satu fabrik yang tidak sesuai digayakan untuk wanita berbadan gempal. Fabriknya tebal dan kurang pengaliran udara menyebabkan ianya tidak selesa dipakai. Meskipun siluetnya gah bila dipakai dan senang dibentuk ianya hanya akan menambahkan kecacatan pada tubuh badan anda.

IKLAN
Share