
Makin menginjak usia makin cantik berseri-seri Watie Sadali. Sejak berakhirnya konsert Elite pada 20 September lalu, nama Watie kembali menjadi perhatian dan bualan peminat. Ini selepas aksi lincah dan penampilan menawannya di pentas mencuri tumpuan khalayak.
Meskipun sudah meniti usia 49 tahun namun pesona salah seorang penyanyi kumpulan wanita popular Elite ini tetap menyerlah.
Mengikuti perkembangan Watie di media sosial, figura ini cukup aktif orangnya. Selain menyanyi dan berlakon dia juga dikenali sebagai guru zumba.
Tidak hairanlah, pada usia menghampiri 50 tahun Watie Sadali mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga!
Disember nanti, usia perkahwinan Watie dan Joey atau nama penuhnya Zulkifli Daud mencecah usia 14 tahun. Pasangan selebriti sama cantik sama padan ini dilapor mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2011.
Bersandarkan populariti yang diraih, Watie dan Joey turut menerima tawaran selaku pengacara. Mereka juga sudah beberapa kali mengendalikan majlis bersama-sama. Murah rezeki!
Sebelum bernikah dengan pelawak terkenal berkenaan, Watie pernah berkahwin namun akhirnya bercerai. Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Afif Danial.
Mei lepas, anak teruna kesayangan menyambut ulang tahun kelahiran ke-22. Bersempena hari lahir Afif, Watie tidak ketinggalan menitipkan doa yang baik-baik buat anak tunggal tersayang.
“Cepat betul masa berlalu mummy tak sangka. Anak adalah harta yang paling berharga dalam dunia ni sentiasa beri mummy dan babah kekuatan dan semangat untuk menempuh hari-hari. Kasih sayang mummy dan babah tak pernah habis.
Mummy doakan anak jadi anak yang soleh, sihat tubuh badan dan berjaya dalam hidup, sentiasa menghormati orang lain.
Ingat Allah ingat mummy dan babah. InshaAllah anak akan berjaya dunia dan akhirat.”
Semoga rumah tangga Watie Sadali dan Joey bahagia sampai ke syurga di samping anak tersayang.
This website uses cookies.