
RMS Bahagia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Di Sisi
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Kemunculan suri hati kesayangan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor itu menarik perhatian rakyat sejak beliau sah bergelar isteri Tengku Amir Shah pada 2 Oktober 2025.
Penampilan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-80 pada 11 Disember lalu menyerlahkan sisi anggun dan elegan personaliti diraja ini.
Meskipun pertama kali menghadiri majlis rasmi dan penuh protokol ini namun Datin Paduka Afzaa kelihatan tidak kekok bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat.
Jika tahun-tahun sebelum ini Tengku Amir Shah berseorangan menghadiri Hari Keputeraan ayahanda tersayang namun kini sudah berpasangan. Tentunya seluruh rakyat Selangor gembira DYTM Raja Muda Selangor dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya cantik malah memiliki keperibadian menyenangkan.
Pada majlis itu, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini tampil ayu dalam persalinan kebaya songket labuh rona kuning dan dipadankan dengan selendang. Solekan magis makeup artist
Gebriel Padan menaikkan lagi seri wajah Datin Paduka Seri Afzaa.Dalam satu momen yang dikongsikan di media sosial Selangor FM kelihatan Raja Muda Selangor dan Datin Paduka Seri Afzaa tersenyum gembira bersalaman dengan para tetamu yang hadir sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah itu turut menyaksikan seramai 98 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor diberi pengiktirafan DYMM Sultan Selangor.
Ia didahului oleh anakanda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu Tengku Zerafina. Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Istimewanya, tanggal 12 Disember 2025 merupakan ulang tahun Hari Keputeraan Yang Ke-35 DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Semoga DYTM Tuanku dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik, dianugerahkan taufik dan hidayah serta kehormatan dan kemuliaan.
This website uses cookies.