
Ayu Abas Bahagia Di Sisi Tomok, Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun
Lebih sedekad hidup bersama nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya pelbagai kisah suka dan duka dilalui Ayu Abas dan suami tercinta, Tomok sepanjang melayari alam perkahwinan. Tanggal 1 Julai lalu genap 15 tahun pasangan ini berkongsi hidup sebagai suami isteri.
Lebih istimewa, sambutan ulang tahun perkahwinan tahun ini dirai dengan penuh makna apabila Ayu dan Tomok selesai menunaikan ibadah haji sekitar Jun lepas. Sekaligus bergelar Haji dan Hajjah!
Mensyukuri setiap nikmat dan kurniaan Allah SWT, Ayu Abas menerusi perkongsian di media sosial miliknya sempena ulang tahun perkahwinan ke-15 menitipkan rasa bertuah mempunyai keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah.
Kongsinya, “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-15 + 8 (uninclude). It was a long journey, but we made it together. Every moment was worth it. Dan masih panjang lagi perjalanan dan langkah kita bersama.
“Dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum: 21).”
Tambah Ayu lagi, “Alhamdulillah atas setiap nikmat yang Allah berikan. Terima kasih kerana sentiasa ada dalam setiap suka dan duka.
Semoga Allah sentiasa melimpahkan rasa kasih dan sayang serta kebahagiaan yang berpanjangan dan menjadikan setiap langkah yang kita lalui bersama sebagai jalan menuju reda-Nya buat kita bersama anak-anak.
Hingga ke Syurga – Ayu sayang Shah, 1 Julai 2011 with love.”
Ayu atau nama penuhnya Siti Rahayu Abas sah bergelar isteri Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok pada 1 Julai 2011.
Masih segar lagi momen resepsi indah pasangan romantis ini saat bergelar pengantin baharu. Seri dan pesona Ayu Abas waktu itu sangat terserlah dan kecantikan wajahnya menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Tomok.
15 tahun hidup bersama membuatkan Ayu dan Tomok lebih matang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan juga ibu bapa.
Hasil perkongsian hidup, Ayu dan Tomok dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Tomok meniti usia 42 tahun pada 17 Mei lalu. Sementara Ayu pula bakal menginjak umur 47 tahun.
Sebelum ini Ayu Abas pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra namun perniagaan yang sudah diusahakan selama lima tahun berkenaan terpaksa dihentikan pada tahun 2020.
Tomok pula selain aktif dengan karier seni, dia turut mempunyai cabang bisnes F&B. Selain menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kesungguhan Ayu Abas mendidik ketiga-tiga anak sentiasa menjadi perhatian dan inspirasi kaum ibu. Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia sampai ke syurga.
This website uses cookies.