
Lima tahun bergelar isteri dan melayari alam rumah tangga memberi pengalaman cukup bermakna buat Ally Mukhriz. Anak kepada Dato’ Seri Mukhriz ini kian bahagia di samping suami tercinta yang disifatkan seorang yang penyayang dan setia berada di sisi.
Meskipun perkahwinan mereka terlihat sempurna namun impian Ally untuk hamil dan menimang zuriat sendiri masih belum dimakbulkan.
Tidak dinafikan, sebagai anak bekas Menteri Besar Kedah dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad, penampilan personaliti cantik ini sering menarik perhatian khalayak. Apa sahaja perkembangan terkini yang dikongsikan Ally Mukhriz di media sosial, pasti meraih tumpuan followers
dan warga maya.Terbaharu, Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna memuat naik hantaran di akaun Instagram tentang perjalanan awalnya menjalani rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) dalam usahanya untuk mengandung.
Seorang yang ceria dan optimis, isteri Ezran Daud berkenaan berkongsi keadaan dirinya selepas selesai melalui salah satu proses rawatan tersebut.
“What a ride!! After 2 weeks of shots, I’m officially done with my IVF jabs! Onto egg extraction next and hopefully a baby soon, InsyaAllah.
Thank you to hubs for holding my hand through every shot, listening to all the tedious instructions from the doctors and making this grueling process easier for me. Love you!
So happy this part is over!”
Kuat semangat dan besar perjuangan seorang wanita bergelar isteri seperti Ally untuk memiliki anak. Bagaimana pun dia dan suami kelihatan tenang melalui fasa kehidupan ini dan yakin akan bergelar ibu bapa kelak.
Ally Mukhriz sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan iaitu Ezran Daud Cheah pada tanggal 20 Februari 2020.
Ally merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To’ Puan Seri Norzieta. Dia turut mempunyai dua lagi adik perempuan iaitu Misha Hakeem dan Melia Serena.
Wanita cantik dan tinggi lampai ini juga memiliki Master of Science dari Imperial College Business School, London.
Semoga hasrat Ally Mukhriz dan suami untuk menimang anak sendiri dimakbulkan Allah SWT. Juga, kekal bahagia hingga ke syurga.
This website uses cookies.