Walau berbeza budaya dan warna kulit tetapi pasangan sama cantik sama padan ini terus mengecap bahagia sebagai suami isteri! Pastinya Hetty Sarlene bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang bukan hanya kacak dan bertanggungjawab, malah cukup penyayang terhadapnya dan anak-anak.
Hetty atau nama penuhnya Hetty Sarlene Abdul Hamid sah menjadi suri hati jejaka kelahiran United Kingdom (UK) iaitu Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.
Bakal melangkah usia perkahwinan kesembilan tahun tidak lama lagi, pasangan ini bagaimana pun kian matang melayari bahtera perkahwinan.
Tanggal 25 Jun 2024 pastinya mencatat satu lagi memori indah buat Hetty dan Dani apabila mereka menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Hayden.
Hetty selamat melahirkan bayi lelaki berkenaan ketika berusia 40 tahun.
Hasil perkongsian hidup selama hampir sedekad, Hetty dan Dani turut dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Landon Alexander Oakes. Landon menginjak usia empat tahun pada Februari lepas.
Pastinya para peminat merindui bakat figura ini. Kali terakhir melihat penyanyi bersuara lantang berkenaan di kaca televisyen ialah ketika dia menyertai program realiti Gegar Vaganza Musim Kelima 2018.
Kemunculan Hetty waktu itu nyata berjaya mengubat kerinduan peminat terhadap wanita kelahiran Singapura berkenaan.
Kira-kira tujuh sudah berlalu kini Hetty kembali menetap di negara kelahiran, Singapura. Tidak lagi menghiasi dunia seni di Malaysia, dia bagaimana pun masih aktif menyanyi dan membuat persembahan di sana.
Teruja menggalas tugas isteri dan ibu, anak kepada pasangan Abdul Hamid Hassan dan Sariah Omar ini meluahkan rasa syukur apabila Landon menunjukkan bakat dan minat dalam seni mempertahankan diri, karate.
Ucapnya, “Landon received his grading certificate, and he has moved to another rank in karate. My husband and I can never be prouder than this. Really proud of you Abang! Keep the spirit going. Do your best! Stay focus! Your brother will eventually follow your footsteps.”
Pelantun lagu popular Sangsi Asmara ini pernah membintangi drama Sembilu Kasih dan filem Sembilu 2005. Sepanjang karier sebagai penyanyi, dia pernah memenangi kategori Best Artist di Anugerah Planet Muzik 2002.
This website uses cookies.