Gaya Hidup

Bekas Atlet Olimpik & Usahawan, Bapa Bella Hadid Asal Palestin & Lantang Pertahan Tanah Air!

Kagum semangat patriotik Mohamed Hadid, bapa kepada supermodel antarabangsa Bella Hadid. Meskipun bergelar usahawan berjaya di Amerika namun dia tidak pernah sesekali melupakan tanah air tercinta, Palestin.

Apatah lagi membela nasib rakyat di sana yang kini dilanda peperangan. Keprihatinan dan sokongan terhadap Palestin sentiasa menebal dalam diri Mohamed Hadid.

Sejak bumi Anbia itu diserang beberapa hari kebelakangan ini, platform media sosial menjadi ‘suara’ buatnya untuk menentang penindasan yang berlaku. Saban hari Instagram miliknya tidak pernah ‘sunyi’ dengan posting

berkaitan Palestin.
Kredit Instagram @mohamedhadid
Kredit Instagram @mohamedhadid
Kredit Instagram @mohamedhadid

Tidak hanya Mohamed Hadid, bahkan kedua-dua anak perempuan tersayang iaitu Gigi dan Bella turut berjuang mempertahankan maruah rakyat Palestin.

Malah pada tahun 2021 ketika Palestin diserang, Bella dengan lantang menyatakan pendiriannya terhadap penduduk di Semenanjung Gaza dan menyertai demonstrasi aman di New York.

Menelusuri latar belakang Mohamed Hadid, dia ialah ejen hartanah berketurunan Palestin-Amerika yang terkenal kerana berjaya membina hotel dan bangunan mewah di kawasan elit termasuk Beverly Hills.

Kredit Instagram @mohamedhadid
Kredit Instagram mohamedhadid
Kredit Instagram @mohamedhadid
Kredit Instagram @mohamedhadid

Atas kerja keras Mohamed Hadid, dia dilaporkan mempunyai  kekayaan mencecah 100 hingga 200 juta dollar Amerika.

Ibu Bella dan Gigi iaitu Yolanda yang juga bekas peragawati dikatakan mula mengenali Mohamed Hadid selepas berpindah ke Los Angeles. Hasil perkahwinan selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Gigi Hadid, Bella Hadid dan Anwar Hadid.

Kredit Instagram mohamedhadid
Kredit Instagram mohamedhadid
Kredit Instagram @bellahadid

Dalam pada itu, Bella pernah mendedahkan kejayaan bapa tersayang yang pernah menjadi atlet Sukan Olimpik pada tahun 1992 dalam sukan ski.

“My Baba in the 1992 Winter Olympics for speed skiing! 30 years ago from today! He was the only Palestinian, competing for Jordan trained by Franz Weber. Birthplace… NAZARETH! A refugee to the Olympics. I am so proud.”

Artikel berkaitan https://www.nona.my/tak-peduli-jika-diboikot-pemilik-huda-beauty-keturunan-iraq-ini-lantang-bela-nasib-palestin/

IKLAN
Share