
Dari sekadar sulaman kasih sayang untuk si kakak, kini menjadi helaian impian buat ratu-ratu sehari. Itulah permulaan kisah DINDA.LOOK, jenama busana pengantin yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Amer Saleh dan Siti Noorshahira Shamsudin (Shaa).
Dilahirkan dari ujian sewaktu pandemik dan dibangunkan dari semangat seorang wanita yang pernah berkhidmat sebagai pramugari, DINDA.LOOK bukan sekadar jenama – ia adalah manifestasi cinta, keberanian dan harapan.
Bermula sekitar 2020 dengan hanya 13 helai selendang bersulam, jenama ini tumbuh daripada minat mendalam terhadap keanggunan gaya yang sederhana namun sarat makna. Shaa, yang menjadikan pengalaman hidup dan kecintaan terhadap seni tekstil sebagai ilham, melihat kelompongan dalam pasaran busana pengantin – khususnya yang menampilkan elemen sulaman tradisi dalam rekaan moden. Maka, lahirlah DINDA.LOOK, berteraskan konsep minimal, klasik dan romantis, dengan tujuan mengangkat kehalusan budaya dalam busana kontemporari.
Mesra dipanggil Shaa, beliau melihat kekosongan dalam pasaran busana pengantin yang menampilkan elemen sulaman tradisional dalam rekaan moden dan minimalis.
Berpegang pada prinsip “Your Best Minimal Classic Attire”, DINDA.LOOK mula beroperasi pada 2020 dengan hanya 13 helai selendang bersulam. Setahun kemudian, secara rasmi ditubuhkan sebagai sebuah jenama, membawa misi untuk meraikan wanita melalui busana yang tenang, romantis dan sarat nilai budaya. Gaya yang diangkat? Minimal klasik dengan sentuhan elegan yang tidak keterlaluan – sesuai untuk wanita yang memilih gaya penuh makna, bukan sekadar penampilan.
Dan baru-baru ini, bertempat di Iskandar Polo Club, DINDA.LOOK memperkenalkan BRIDAL SERIES 2025, sebuah koleksi eksklusif yang membawa nafas segar dalam dunia fesyen pengantin tanah air.
Menampilkan enam rekaan mempesona: Sakura, Harum Sundal Malam, Dedaun, Melati, Salju dan Kartini, setiap helaian menyulam keanggunan klasik dan siluet moden dalam satu persembahan penuh kehalusan, menawarkan perinician dan ‘kisah’ tersendiri pada setiap helaian.
Menurut Amer, yang juga pereka kreatif, koleksi ini direka untuk wanita Melayu moden yang menghargai budaya, kelembutan dan cita rasa abadi. “Busana pengantin DINDA.LOOK bukan sekadar pakaian. Ia adalah simbol harapan, ketekunan dan cinta terhadap dunia yang kami cipta bersama,” jelas Amer, yang menjadikan isterinya sebagai ilham utama dalam banyak rekaan.
Dengan tumpuan terhadap fabrik berkualiti, potongan yang selesa dan perincian yang memukau, DINDA.LOOK hadir sebagai pilihan utama buat bakal pengantin yang mengimpikan gaya sederhana namun mempersonakan. Ikuti dan dapatkan kemas kini koleksi terbaru Dinda.Look di media sosial menerusi pautan ini.