
Biarpun terkenal sebagai seorang personaliti media sosial, gadis Cina kelahiran Kelantan ini tidak pernah melupakan jasa kedua ibu bapanya yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kerjayanya selama ini.
Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan ini bukan sekadar cantik dan bijak malah pandai berdikari.
Berkat usaha dan komitmennya sebagai personaliti media sosial, Mekyun berjaya memiliki rumah pertamanya sebelum usia 30 tahun.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh Mekyun di Instagram peribadinya baru-baru ini.
Walaupun rumah pertamanya itu masih belum siap sepenuhnya, gadis berusia 28 tahun ini kelihatan sangat teruja saat berkongsi tentang rumahnya itu kepada para pengikut.
“Impian Mekyun sebelum umur 30, akhirnya tercapai!! Mekyun beli rumah pertama Mekyun!!
“Mekyun tak sabar nak share journey rumah baru ni dengan korang semua. I am so happy and proud of myself.”
Mekyun turut berpesan kepada para wanita agar menabung sejak awal demi mencapai segala yang diimpikan termasuk memiliki rumah serta aset sendiri.
Sebagai anak pastinya ketakutan paling besar dalam hidup ialah ‘kehilangan’ kedua ibu bapa buat selama-lamanya.
Begitu juga Mekyun yang menyuarakan ketakutannya jika kehilangan ibu bapanya yang digelar Mok dan Pok.
“Pernah tak korang tanya diri sendiri… apa ketakutan paling besar dalam hidup korang? Untuk Mekyun… jawapannya kehilangan Mok dan Pok.
“Tapi Mekyun tahu satu hari nanti, saat tu akan sampai juga. Dan tak ada apa pun dalam dunia ni yang boleh sediakan hati Mekyun untuk kehilangan tu.”
Pun begitu, dia bersedia berhadapan dengan detik itu bila tiba masanya. Mekyun kini banyak meluangkan masanya bersama Mok dan Pok jika ada kesempatan.
“Sebab tu sekarang Mekyun nak luangkan masa sebanyak mungkin dengan mereka. Bawa mereka berjalan. Give them the best life and memories semampu yang Mekyun boleh.”
“Kalau korang masih ada Mak dan Ayah.. peluk mereka. Luangkan masa sebanyak mungkin. Minta maaf kalau buat salah.
“Sebab satu hari nanti… kita akan rindu semua benda kecil ni yang kita anggap biasa. Dan waktu tu..hanya kenangan yang tinggal.
“Please… hargai Mak dan Ayah korang selagi mereka masih ada.”
Semoga Mekyun terus memberi inspirasi khususnya buat wanita dan genarasi muda.
This website uses cookies.