Personaliti media sosial yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan, Mekyun berkongsi ucapan istimewa sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini.
Kredit Foto: Instagram @mekyunn
Pemilik nama penuh Wee Yun Nee yang berusia 28 tahun ini menitipkan kata-kata istimewanya itu di Instagram yang mengimbau kembali jasa dan pengorbanan bapanya, Brigedier Jeneral Dato’ Wee Han Siew.
Beliau merupakan Mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia.
Terap Didikan Tegas & Berdisiplin
Menerusi hantarannya itu, memandangkan bapanya seorang tentera Mekyun mendedahkan bapanya yang digelar Pok seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak.
“Inilah Ayah Mekyun, Brigedier Jeneral Dato’ Wee Han Siew. Mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia.
“Seorang Ayah, seorang Pemimpin, seorang Wira.
“Pok seorang yang tegas, tapi penuh kasih.
“Dari kecil, Pok ajar kami tentang disiplin, hormat dan keberanian. Nilai-nilai yang kekal dalam hati sampai hari ni.
Ads
“We didn’t just learn leadership and courage from him. Pok led by example and we followed.”
Begitulah hasil didikan yang terbaik daripada seorang bapa sehingga menjadikan siapa diri Mekyun pada saat ini.
Mekyun turut mendedahkan, bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Sesibuk manapun beliau, keluarga tetap menjadi keutamaan.
Ads
“Pok sentiasa utamakan keluarga. Walau sibuk berkhidmat untuk negara, Pok tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang Ayah.”
Nama Vivy Yusof nyata bukan lagi asing dalam kalangan usahawan dan generasi muda. Lebih mengagumkan adalah setiap kali bertemu dan bertanyakan kepada golongan belia hari ini tentang siapa inspirasi mereka… nama inilah antara yang paling banyak disebut-sebut.
Mana tidaknya, kejayaan yang diraih Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof bukan calang-calang. Beliau tidak hanya memiliki rekod akademik yang cemerlang malah berjaya melakar pencapaian membanggakan dalam bidang perniagaan saban tahun.
Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada penghujung Mei lalu oleh Kementerian Pendidikan, khabar gembira tersebut mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Selaku peneraju FashionValet dan The dUCk Group, Vivy pernah berkongsi rasa syukur atas pelantikan tersebut di Instagram miliknya.
“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman setara dengan mereka, saya berharap dapat memberi sumbangan. Sumbangan dari idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang.”
Pelantikan ini juga sekaligus menjadikan Vivy, Ahli Lembaga Pengarah UiTM termuda dalam sejarah institusi pengajian terkemuka negara. Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91 yang berlangsung Ahad lalu, buat pertama kalinya Vivy muncul ke istiadat tersebut sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Tengok usahawan berusia 31 tahun ini duduk bersama barisan para akademik dan ahli lembaga pengarah lain nyata mencetus inspirasi.
Iyalah, daripada seorang blogger… ahli perniagaan yang membina empayar FashionValet bermula dari bawah ini terus mendaki puncak kerjaya yang membanggakan hingga ke hari ini. Kongsi isteri kepada Fadza Anuar di Instagramnya, “Sejujurnya, ia merupakan momen yang sangat bermakna buat saya juga kerana ia adalah pengalaman pertama saya menghadiri konvo sebagai ahli lembaga pengarah.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan UiTM kerana kerja keras anda akhirnya berbaloi. Tapi realiti sebenar sedang menanti di luar sana. Yang pasti lebih mencabar dan semoga berjaya. Lakukan yang terbaik untuk kehidupan dan kerjaya, sertanjadi insan yang kuat yang mampu menempuhi segala bentuk cabaran kelak.”
Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli dalam Istiadat Konvokesyen Kali Ke-91. Pada istiadat itu, Vivy tampil menawan dengan persalinan kurung royal blue ilham MimpiKita.
Kredit: Foto Instagram Vivy Yusof
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”
Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.
Tak dinafikan sejak penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia. Kebanyakan peniaga meluahkan rasa bimbang dan cemas apabila keadaan ini menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Namun sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif sepanjang berdepan dengan pandemik ini.
KONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia. Baru-baru ini Haliza ada menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.
Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.
Selama 21 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.
Walaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.
“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman. Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.
Teruskan rutin harian bangun seawal pagi kerana anda antara insan terpilih sebagai calon usahawan berjaya dunia akhirat, InshaaAllah.”
Kredit Foto: Instagram @halizamaysuri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama juga tempok PKP yang dilaksanakan kerajaan. Ada syarikat mulai ambil langkah kurangkan pekerja, ada perniagaan terpaksa gulung tikar dan ada individu yang hilang mata pencarian. Namun, tekad yang tinggi untuk menyara keluarga membuatkan kita fikir dari sudut positif.
Pasangan suami isteri, Puan Syaliza Shapiansuri dan suami, Chef Rashid Hashim mula berniaga sejak Mac lalu, sebelum tempoh PKP lagi. Suaminya Chef Rashid yang kebetulan menghabiskan baki cuti sebelum meninggalkan dunia F&B buat selama-lamanya tekad memulakan perniagaan.
“Kami mula berniaga sejak minggu kedua Mac lalu. Ketika itu suami mengambil keputusan untuk berhenti menjadi chef eksekutif di hotel dan mula berniaga di bazaar Ramadan. Menu nasi Bukhara akan jadi main dish kami. kawan-kawan dan jiran-jiran pun dah mula menempah dan ramai juga yang nak mencuba. Masa tu dapatlah jual 15 pek.
Nak jadi cerita, beberapa hari sebelum PKP, kami dan cuba menjual nasi beriani dan baked chicken. Ramai yang membuat pesanan termasuk kawan atas kawan yang ambil pesanan dari pejabat mereka. Dan sejak bermulanya PKP, kami tetap teruskan. Saya sendiri keluar untuk buat delivery. Satu hari kami boleh buat sales dalam RM200 hingga RM400. Harga jualan kami bermua dari RM6 ke RM12,”kata Syaliza.
Semakin lama tempoh PKP, semakin rancak pula Chef Rashid dan isteri membuat penghantaran dek kerana permintaan semakin bertambah. Hadirnya peniaga yang membuat penghantaran ini banyak memberi kesenangan kepada isi rumah biarpun mereka sendiri menghadapi banyak rintangan.
“Awal PKP, masih banyak jalanraya dibuka. Sekarang banyak laluan masuk ke highway ditutup. Memang lama kalau sangkut di roadblock. Tapi ada masanya sekejap saja. Biasanya polis tak tahan sebab nampak ada banyak bungkusan makanan dan saya sendiri sudah bersedia dengan face mask dan hand sanitizer.
Puan Syaliza dan suami memandang situasi yang sedang berlaku kini dari sudut positif. Iyalah, dia boleh mencari rezeki melalui penjualan makanan dan membuat penghantaran terus ke pintu rumah. Siapa yang tak nak kan?
“Kami jangka lebih ramai yang akan membeli dan menjadi pelanggan kami di masa hadapan terutamanya ketika bulan Ramadan nanti. Mungkin kami berbeza dari peniaga lain kerana setiap hari hanya ada satu menu setiap hari.
Kami juga bercadang untuk membuat penghantaran ke rumah anak-anak Yatim atau asnaf kerana sekarang pun ada pelanggan membeli makanan dari kami untuk dihadiahkan kepada abang-abang polis dan askar yang bertugas menjaga checkpoint,”katanya.
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.