
Whulandary Herman menjadi lambang wanita cantik dan berilmu. Ratu cantik ini bukan hanya terkenal di negara kelahirannya, Indonesia kerana memiliki rupa paras menawan. Bahkan dia juga mempunyai keperibadian yang baik.
Walau terkenal dan mampu menjana pendapatan lumayan dengan gelaran Miss Universe Indonesia yang diraihnya, namun jelitawan ini tetap mengutamakan pelajaran. Buktinya, meskipun sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kecil Whulandary nekad menggenggam Sarjana!
Mei lalu impian Whulandary atau mesra disapa Whulan akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berjaya menamatkan pengajian undang-undang di IBLAM School of Law di Jakarta, Indonesia.
Difahamkan dia terpaksa berulang-alik ke Jakarta dan Kuala Lumpur serta meninggalkan keluarga demi mengejar cita-cita berkenaan.
Kongsi Whulan, “Setelah hampir 2 tahun menjalani perkuliahan, meninggalkan anak-anak dan suami, meninggalkan pekerjaan, serta menghabiskan banyak waktu antara Jakarta dan Kuala Lumpur, semuanya berakhir sesuai dengan harapanku. Alhamdulillah, Ya Allah.”
Majlis graduasi Whulan lebih bermakna apabila suami dan dua anak tersayang hadir menyaksikan momen indah tersebut. Dia yang anggun mengenakan persalinan kebaya rona merah kelihatan ceria menerima ijazah yang dinanti-nantikan sekian lama.
Luah Whulan penuh syukur, “Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di titik ini.
Seorang ibu, tinggal di Malaysia, kuliah S2 di Jakarta, sambil tetap bekerja dan menjalani peran sebagai istri dan ibu. Hari ini, perjuangan dua tahun itu akhirnya terbayar lunas.
Never did I think I could make it this far — but with doa, effort, and love, Allah made a way. Aku bersyukur punya suami dan anak-anak yang sabar, yang mengerti, yang mendukung setiap langkah kecil dalam perjalanan besar ini. Mereka adalah alasan aku terus maju. Ini bukan hanya gelarku, ini hadiah untuk mereka.
Dan untuk semua ibu di luar sana, jangan pernah berhenti bermimpi. Anak dan suami bukan akhir dari mimpi kita, mereka justru bisa jadi alasan terkuat untuk mewujudkannya. Kita juga berhak punya cita-cita, dan kita bisa, pelan-pelan, dengan cinta.
Terima kasih Ya Allah, for every strength, every moment, every blessing. This is all because of You.”
Kaya dengan sifat rendah diri dan sense of humor, dia juga merupakan juara Puteri Indonesia 2013 sebelum mewakili Indonesia dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe pada tahun yang sama.
Bersandarkan wajah cantik, susuk tubuh lampai dan rambut panjang mengurai, tidak hairanlah dia mampu meraih perhatian juri di pentas ratu cantik.
Whulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Malaysia iaitu Nik Ibrahim pada 10 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, dia dan suami dikurniakan sepasang cahaya mata diberi nama Nik Zayn dan Nik Siti Amilie.
This website uses cookies.