“Berhujah Dah, Kini Rap Pula!” Bukan Biasa-Biasa, Sempena Deepavali SYED SADDIQ ‘Show Off’ Rap Bahasa Tamil

Siapa yang tidak mengenali Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sentiasa lantang dan kreatif dalam menyampaikan pendapat dan suaranya membincangkan sebarang isu berkaitan arena politik dan belia tanahair.

Dan baru-baru ini, bersempen sambutan Deepavali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan dengan tampil dengan klip video lagu rao bersama tiga anak Malaysia berbangsa India tampil dengan klip video lagu rap.

Menerusi video dikongsikan di Instagram miliknya, kelihatan Syed Saddiq mengenakan baju tradisional kaum lelaki India bagi menjayakan klip muzik, hasil kolaborasi bersama Vikarworld.

 

Happy Deepavali to all my brothers and sisters. Let’s work together to make Malaysia better,” tulisnya dalam posting tersebut yang dimuat naik pada Ahad malam. Menerusi tontonan kami, lagu rap yang disampaikan ini menawarkan mesej perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah negara yang lebih baik.

Apa yang menarik perhatian adalah kelancaran bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyanyi dan melontarkan nyanyian dan rap bahasa tamil dengan yang agak baik dan jelas sekali.

Menjengah ruang komen pada hantaran tersebut tenyata ramai yang mengagumi bakat terpendam ahli politik muda tersebut. Nyata Syed Saddiq ini seorang yang kreatif dan bijak mengambil para hati belia.

Hebat Syed Saddiq! Keep it bro bro!

 

 

IKLAN
Share