Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, pelakon dan usahawan popular Ifa Raziah. Apa saja hantaran yang dikongsikan di laman sosialnya pasti mendapat perhatian warga maya dan peminat-peminatnya. Ifa Raziah juga adalah antara selebriti yang dilihat cukup ligat dalam bidang seni, serta aktif dalam perniagaannya.
Dan baru-baru ini, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili sebuah kereta BMW 3 Series (e30) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-17.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ifa berkongsikan video kejutan buat anaknya itu serta memberitahu kereta BMW itu merupakan kereta idaman anaknya. Menurut dia lagi, kereta ini merupakan kereta idamannya. Walau anaknya masih lagi belum mendapatkan lesen memandu, Ifa menjelaskan anaknya akan mengambil lesen selepas SPM kelak.
Ads
Dalam video tersebut, Ifa turut menyertakan kapsyen mendoakan buat anaknya agar dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh. “Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili,” tulisnya.
NONA mendoakan semoga keluarga ini sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya, Catherine Middleton kini bergelar seorang puteri. Beliau kini mewarisi gelaran Lady Diana iaitu Puteri Wales (Princess of Wales) dan gelaran ini digunakan isteri pewaris takhta British. Pemegang terakhir gelaran tersebut ialah Puteri Diana, yang meninggal dunia pada 1997.
Menariknya tentang penyerahan gelaran ini adalah, status Princess of Wales yang menjadi milik Kate adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Isteri kedua Raja Charles, Camilla, juga tidak layak memegang gelaran itu walaupun sudah berkahwin dengannya selepas Charles secara automatik dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya di kediamannya di Balmore, Scotland pada tengah hari Khamis.
Berdasarkan laporan Daily Mail, Sabtu (10/9/2022), Kate Middleton menjadi Puteri Wales selepas kematian Ratu Elizabeth II, jesters menjadi Putera Wales dan Duke of Cornwall, gelaran milik bapanya, yang kini Raja Charles III. Maka, kini Puteri Catherine kini mempunyai tiga gelaran utama: Puteri Wales, Duchess of Cornwall dan Duchess of Cambridge.
William dan Kate berkahwin pada 2011 dan mempunyai tiga orang anak iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Pada Ogos 2022, tinjauan YouGov meletakkan William dan Kate sebagai kerabat diraja kedua dan ketiga kegemaran orang ramai, selepas Ratu.
Apabila Charles menaiki takhta susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, Kate menyandang gelaran Princess of Wales secara rasmi dan bakal meneruskan legasi mendiang ibu mentuanya, Diana.
Selain kerabat diraja yang popular dan disayangi ramai, ramai menjangkakan Kate tidak akan berhadapan sebarang masalah menjalankan tugas seiring dengan tanggungjawab yang hadir bersama gelaran tersebut. Sebagai menantunya, Kate sering kali dibandingkan dengan Diana, bukan sahaja profilnya sebagai seorang puteri muda, tetapi juga pilihan fesyennya, komitmennya terhadap badan amal kanak-kanak, dan dedikasinya terhadap usaha yang memfokuskan pada sering diabaikan seperti masalah seperti kesihatan mental.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.
Sejak akhir-akhir ini, terdapat trend penurunan harga emas pasaran dan membolehkan individu yang berkemampuan menambah koleksi emas sebagai salah satu medium pelaburan yang berharga dan mampu berkembang. Tetapi disebalik itu, keperluan membayar zakat emas tidak harus dipandang sepi. Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.
Terlalu banyak persoalan berkaitan zakat emas. Masih ramai sebenarnya kabur dengan kewajipan yang satu ini. persoalan seperti, “Ustaz, saya sudah pun mengeluarkan zakat emas saya tahun lalu. Jadi, tahun ini tidak perlu lagi kan?” atau “Emas yang menjadi kegunan perhiasan juga wajib dikenakan zakat?” Itu di antara persoalan timbul dikalangan umat Islam kini. Apa itu zakat emas?
Surah At-Taubah ayat 34 bermaksud:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.”
Hadis Rasulullah menyebut:
“Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menzakatkan keduanya, melainkan pada hari kiamat dia akan didudukkan di atas padang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam neraka jahannam, diseterika dengannya pipi, kening dan punggungnya.” (Sebahagian hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a)
5 syarat wajib zakat:
Islam Merdeka Milik sempurna Cukup nisab Cukup haul
Hikmah Islam mewajibkan zakat emas
Di dalam sejarah tamadun manusia, emas sejak dahulu lagi telah berperanan sebagai mata wang dan menjadi sandaran dalam urusan jual beli untuk menggantikan sistem barter.
Bahkan Islam memandang emas sebagai unsur kekayaan alam yang hidup, yakni mampu berkembang dan dikembangkan.
Dengan nilai emas yang tinggi, maka manusia mampu menjana kekayaan lain.
Bahkan emas merupakan sejenis logam yang istimewa yang berbeza dengan logam-logam lain. Atas dasar keistimewaan dan kemampuan berkembang itulah Islam telah mewajibkan emas dizakatkan, sama ada dalam bentuk mata wang mahu pun yang diukir ke bentuk yang lain.
Emas adalah harta yang amat sinonim dengan kekayaan.
Memiliki emas menandakan seseorang itu kaya. Apabila kekayaannya berlebih, maka wajiblah zakat. Itulah konsep zakat harta dalam Islam.
Kadar zakat emas
Kadar nisab (jumlah minima) bagi emas ialah 20 misqal ataupun bersamaan 85 gram emas. Apabila emas seseorang mencapai tahap nisab itu, maka wajiblah zakat. Namun begitu, Islam masih meraikan emas sebagai alat perhiasan diri wanita. Maka Islam memberikan kelepasan berdasarkan corak pemakaian emas setempat. Ia dinamakan uruf.
Wanita yang memakai emas tetapi tidak melebihi uruf, maka mereka tidak wajib zakat. Hanya yang melebihi had uruf sahaja, maka wajib zakat. Kadar uruf ini boleh dirujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing. Emas yang berlebihan uruf hendaklah dikeluarkan zakatnya 2.5 peratus. Bagi negeri Selangor, kadar uruf ialah sebanyak 800 gram. Contoh pengiraannya ialah: Jumlah emas melebihi uruf yang dimiliki (gram) x harga emas semasa x 2.5% Contoh: (900 gram) x RM 70 x 2.5% = RM1,575.00
Emas tidak dipakai dinamakan emas simpanan termasuk gelang emas yang rosak, rantai emas yang putus ataupun jongkong emas yang disimpan.
Emas seperti ini perlu ditimbang dan jika beratnya menyamai atau melebihi 85 gram, wajiblah dizakatkan sebanyak 2.5 peratus.
Contoh pengiraannya:
Jumlah emas menyamai atau melebihi nisab yang dimiliki (gram) x harga emas semasa x 2.5%.
Contoh: (90 gram) x RM 70 x 2.5% = RM157.50
Emas dipakai dan emas yang disimpan?
Emas dipakai: Bermaksud ia dipakai walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun.
Emas simpanan: Emas yang langsung tidak dipakai walau sekali dalam setahun. 3. Emas Pelaburan Patuh Syarak
Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam emas fizikal dan ii) pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook) Pelaburan Emas Fizikal
Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:
Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)
= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 400 gm x RM140 (contoh) x 2.5%
= RM1,400
Akaun Emas (Passbook)
Terdapat bank menawarkan emas pelaburan berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan. Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.
Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka:
Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)
= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 200 gm x RM140 (contoh) x 2.5%
= RM700
4.Emas Pelaburan Tidak Patuh Syarak
Pelaburan emas yang tidak patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; i) pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook) yang tidak menyediakan emas fizikal dan ii) pelaburan emas melalui alam maya.
Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas
Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan. Akaun Emas Maya
Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik. Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.
Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.
Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:
Zakat
= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat
= RM40,000 (contoh) x 2.5%
= RM1,000
Nota 1 Uruf Emas ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat. Berat uruf emas di Wilayah Persekutuan bersamaan dengan 800 gram.
Nota 2 Nisab ialah nilai semasa 85 gram emas.
Persoalan?
Bagaimana pula emas perhiasan yang mempunyai batu perhiasan seperti batu permata dan sebagainya?
Jawapan: Semasa proses taksiran zakat emas, hendaklah dibahagi dua berat emas perhiasan itu dengan andaian separuh daripada beratnya adalah berat batu perhiasan tersebut.
Setiap Muslim bertanggungjawab untuk memastikan hak Allah SWT yang tersimpan di dalam hartanya dikeluarkan sebagai zakat. Ia bukan sekadar membersihkan harta daripada unsur-unsur yang tidak halal kerana termakan harta milik asnaf malah dapat melestarikan keberkatan. Zakatlah satu cara bagi menjamin keberkatan yang dapat pula menjamin kebahagiaan umat manusia.
Info: www.zakat.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini telah masuk hari ketiga negara kita, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan daripada merebaknya Virus yang melanda seluruh dunia iaitu Covid-19. Walaupun tempoh 14 hari telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk mengurangkan aktiviti di luar dan bekerja dari rumah, ada juga yang masih berdegil untuk mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung dan melakukan aktiviti-aktiviti di luar. Perkara ini tidak seharusnya berlaku.
Seharusnya, rakyat Malaysia harus lebih peka dengan keadaan ini demi menjamin keselamatan negara dan diri sendiri. Duduk di rumah dan jangan melakukan sebarang aktiviti di luar sana. Jika anda bosan duduk di rumah dan tidak tahu untuk melakukan aktiviti, Nona memberikan 5 idea aktiviti-aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini!
Anda boleh mengambilkesempatan ini untuk lakukan akiviti mengemas rumah. Suami isteri serta anak-anak boleh lakukannya bersama-sama. Selain dapat menjamin kebersihan rumah, aktiviti mengemas rumah ini juga dapat menyihatkan badan dan memastikan persekitaran bebas dari virus. Tetapi ibu-bapa harus pastikan ketika mengemas anak-anak dibekalkan dengan penutup mulut serta sarung tangan bagi mengelakkan anak tersedut habuk dan jangkitan kuman.
Bagi yang masih bujang, masa inilah anda gunakan untuk deko rumah bujang yang bersepah tu. Barulah dapat mood baru. Tak perlu keluar beli barang deko pun, anda boleh gunakan apa sahaja barang yang ada di dalam rumah atau ubah kedudukan perabot di dalam rumah.
Memandangkan anda dihadkan untuk keluar rumah selama 14 hari, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk luangkan masa dengan ahli keluarga. Selain menonton rancangan tv kegemaran bersama, ibu bapa juga boleh lakukan aktiviti DIY bersama anak-anak. Banyak projek DIY di Youtube yang mudah dan senang boleh dilakukan bersama. Selain dapat menambah ilmu anak-anak, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Tipulah jika anda tidak ada kerja yang tertangguh. Maka anda boleh manfaatkan cuti yang diberikan untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh lama tu. Misalnya, anda yang bergelar guru perlu menyemak kertas peperiksaan atau menanda buku atau kalau korang seorang yang bekerja dibahagian multimedia kreatif, masa inilah anda boleh gunakan untuk siapkan semua artwork-artwork atau planning idea seterusnya untuk digunakan bila masuk bekerja nanti. Untuk mereka yang masih belajar, siapkan tugasan atau assignment yang telah diberikan oleh lecturer anda.
Masa yang ada ini jugalah ibu-bapa boleh mengatur semula pemakanan yang sihat untuk anak-anak yang sebelum ini mungkin terlepas pandang kerana sibuk bekerja. Masak menu-menu yang menyihatkan dan ini semua boleh belajar terus dari YouTube. Buat anda yang masih bujang, anda juga harus menjaga kesihatan juga. Elakkan makan makanan ringan dan tidak sihat. Dekat rumah juga anda boleh bersenam, misalnya zumba atau tabata.
Gunakan cuti ini dengan bertanya khabar ibu-bapa atau saudara-mara yang lama tidak berjumpa. Jangan pulang ke kampung pula! Bagi mereka yang jarang-jarang telefon ibu-bapa dikampung kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja sebelum ini, maka sepanjang perlaksanaan perintah kawalan ini gunakanlah sebaiknya untuk tanya keadaan mereka. Mohon kemaafan dari mereka kerana tidak selalu bertanya khabar. Zaman dah canggih sekarang, semua orang boleh buat video call.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.