Berita

Berkat Ramadan, Rizman Nordin Timang Anak Kedua & Pilih Nama ‘Rainaa’ Buat Puteri Kesayangan!

Bertambah lagi ahli keluarga Rizman Nordin! Tahu-tahu saja, isteri kesayangan iaitu Nurida Suraya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Lebih istimewa, kelahiran puteri kedua Rizman dan Suraya cukup bermakna kerana jatuh pada bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Rata-rata peminat dan followers pereka fesyen label Rizman Ruzaini ini tumpang gembira dan meluahkan rasa syukur serta teruja atas anugerah terindah dari Ilahi tersebut.

Apatah lagi, Rizman turut memuat naik gambar bayi comel mereka dan meraih perhatian warga maya.

Kongsi bapa penyayang ini, “Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, 11 Ramadan telah lahir puteri kedua kami yang dinanti… Princess Rainaa.”

Kredit Instagram @rizman.n
Kredit Instagram @rizman.n

Dalam pada itu, Rizman juga mendedahkan maksud di sebalik pemilihan nama berkenaan yang disifatkan cukup indah.

“Rainaa, beautiful princess, night, peaceful, queen.

Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan insyaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.”

Kredit Instagram @rizman.n
Kredit Instagram @rizman.n
Kredit Instagram @rizman.n

Artikel https://www.nona.my/cinderella-versi-muslimah-nurida-suraya-jaga-tidur-minum-air-kosong-demi-cantik/

Sementara itu, pasangan ini turut berkongsi video kenangan sewaktu mula mengetahui kehamilan, bersalin dan kini memangku puteri kedua yang dinanti dengan penuh kesyukuran.

Malah, dalam salah satu gambar yang dikongsikan kelihatan anak sulung mereka iaitu Rizqaa ceria dan mengucup adik kesayangan di atas katil hospital di samping bapa kesayangan.

Dah besar dan jadi kakak dah Rizqaa!

Rizman Nordin mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020 dan kini meniti usia empat tahun.

 

IKLAN
Share