Berkat Zuriat Pertama, MONA ALLEN Tekad Berhijab “Saya Dah Lama Bernazar..”

Wah bukan main ayu lagi penampilan terkini Mona Allen. Selepas sekian lama berteka teki tentang penampilannya yang sudah berjiab penuh, aktres dan dramatis tersebut akhirnya tampil menjernihkan keadaan.

Mona yang juga isteri kepada pelakon berbakat besar, Pekin Ibrahim mengakui yang dia kini menunaikan hajat dan nekad untuk bertudung selepas dikurniakan anak pada 31 Ogos tahun lalu.

Jelas Mona lagi, dia sudah lama namun merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan suami untuk sekiranya dia dan suami dikurniakan  rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 7 Disember 2018.

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami,”ujarnya.

Menurut sumber, aktres berusia 37 tahun itu mengatakan suaminya tidak pernah memaksanya untuk bertudung. Malah, Pekin juga menitipkan pesanan untuk tidak membuat sebarang pengumuman dalam media sosial mengenai hal tersebut kerana risau akan menjadi mangsa kecaman.

“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung. Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya lagi.

Mona berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener, di ibu negara.

Terdahulu, penampilan pemilik nama Munna Hafiraneza Allen telah mencuri perhatian ramai apabila dia banyak berkongsi imej bertudung di laman Instagram.

Sumber: Harian Metro

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share