Bertambah Lagi Ahli Keluarga, Pelakon Gerak Khas Sheera Iskandar Timang Anak Kedua!

Tahniah buat pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar dan suami yang selamat menimang cahaya mata kedua baru-baru ini. Beberapa minggu sebelum bersalin, Sheera hadir meraikan majlis resepsi Erra Fazira dan penampilannya ketika itu jelas memperlihat keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung.

Artikel https://www.nona.my/bersuamikan-anggota-polis-sheera-iskandar-bahagia-jadi-isteri-ibu-rai-birthday-ke-40/

Sheera Iskandar Selamat Bersalin Anak Kedua

Berita kelahiran anak kedua Sheera Iskandar dikongsikan Mohd Halim Abdul Gani di Instagram miliknya pada 17 Januari lalu. Difahamkan pelakon jelita berkenaan selamat bersalin di UKM Specialist Centre, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan Sheera yang mengenakan persalinan bersalin warna merah jambu tersenyum di sisi anak sulung dan suami tercinta.

Dedah Mohd Halim yang merupakan anggota polis, “Bismillah. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur di hati kami.

Dengan izin dan rahmat-Nya, Allah kurniakan kepada kami cahaya mata kedua – satu amanah kecil yang membawa kebahagiaan besar.”

Tambahnya lagi, “Terima kasih Ya Allah atas nikmat, kekuatan dan kasih sayang ini. Terima kasih buat isteri tercinta atas pengorbanan yang luar biasa. Moga anak ini membesar dengan sihat, dilindungi Allah, menjadi insan yang solehah, berakhlak baik dan membahagiakan keluarga.

Selamat datang ke dunia, sayang. Doa daddy and mommy sentiasa mengiringimu.”

Sheera Iskandar & Suami Teruja Terima Kehadiran Anak Kedua

Bagaimana pun, Sheera dan Halim tidak memaklumkan jantina bayi mereka tersebut. Bahkan kedua-duanya belum bersedia mendedahkan wajah si kecil ini kepada umum.

Meninjau media sosial Sheera Iskandar, beberapa rakan artis tidak ketinggalan melawatnya di hospital. Antaranya pelakon Salina Saibi dan Dazrin Kamarudin serta isteri, Fazulin Razali.

Seri wajah pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar begitu terserlah apabila berada di

Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar mendirikan rumah tangga dengan Mohd Halim pada 3 Mei 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.

 

Share
Published by
Suzi