Gaya Hidup

Berusia 43 Tahun & DJ Popular, Air Tangan Fara Fauzana Buat Donut Resipi Siti Nurhaliza Dipuji!

Serba boleh Fara Fauzana Mohd Fadzil! Selain bergelar pelakon, pengacara dan penyampai radio, rupa-rupanya Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau ini ada bakat buat donut sedap!

Tak dinafikan Fafau mempunyai aura dan perwatakan ceria yang membuatkan peminat tertarik, jadi tak hairanlah dia mampu bertahan dalam dunia penyiaran lebih dua dekad.

Bakat wanita ramah ini mula menarik perhatian ramai ketika mengendalikan program radio di Era FM pada tahun 2003 hingga 2006. Dia kemudian berhijrah ke Hot FM dari tahun 2006 sehingga 2016.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Fafau kembali semula ke stesen radio Hot FM pada 2021 sampai sekarang.

Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau

 

Selain itu, dia juga pernah menjadi pengacara Nona bersama Neelofa, Melodi di samping Wahid Senario dan Muzik-Muzik.

Baru-baru ini Fafau menarik perhatian peminat apabila berjaya membuat donut resipi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ramai memuji air tangan anak kedua daripada tiga beradik tersebut yang pertama kali membuat donut.

Malah, dia turut membawa donut tersebut ke konti radio untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau

“Percubaan pertama. Seumur hidup dan dah masuk usia ni baru dapat buat donut. Please don’t judge

ya. Kita kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing but what I share untuk saya bangun pukul 4 pagi demi buat sajian untuk dihidang kepada orang tersayang maka ini bukan kerja mudah ya.

Tolong hargai ibu, emak, isteri, kakak, adik korang yang pagi-pagi je dah ada makanan atas meja tu. Please jerit Terima Kasih dan I Love You.

Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau
Kredit Instagram @therealfafau

Resipi donut dari Siti Nurhaliza buatkan I bukan rasa tapi PATUT dah kahwin. Thank you melayan saya dari malam sebelum sehinggalah ke awal pagi demi pastikan resipi yg diberi dibuat dengan betul. Don’t worry I jaga nama #ctdkdonut tu.

Fafau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan rakan artis tanah air termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/air-tangan-kita-penuh-kasih-sayang-rajin-masuk-dapur-kecur-lauk-kampung-farahdhiya/

IKLAN
Share