Bijak & Berwajah Klasik, Titipan Raja Muda Selangor Buat Bakal Isteri Jadi Perhatian! “Sayang, Semoga Masa Depan Kita Sentiasa Indah.”

Pastinya Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan pasangan, Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz ketika ini berdebar menghitung hari menuju hari bahagia mereka sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Pengumuman rasmi yang dibuat pada 22 September lepas mengenai berita pernikahan anakanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini nyata menggembirakan ramai pihak khususnya rakyat Selangor.

Menelusuri latar belakang Cik Afzaa, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam BA Development Studies and Economics dari School of Oriental and African Studies dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities, King’s College London.

Cik Afzaa Fadini juga berpengalaman dalam pengurusan dan perlindungan Kawasan pemuliharaan di bawah pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia. Seterusnya meningkatkan biodiversiti.

Artikel https://www.nona.my/apa-saja-yang-dia-tentukan-adalah-yang-terbaik-sah-jadi-isteri-amira-othman-sambut-takdir-setulus-hati-yakin-allah-maha-mengetahui/

Raja Muda Selangor Titip Doa Buat Bakal Isteri

Menjelang hari pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober ini, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkesempatan menitipkan ucapan romantis buat bakal isteri tercinta.

Dalam masa sama menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa serta ucapan yang baik-baik daripada rakyat terhadap perkahwinannya.

Berkongsi rasa tersebut, Raja Muda Selangor menerusi media sosial rasminya turut memuat naik beberapa foto istimewa bersama Cik Afzaa Fadini.

Menerusi foto yang dikongsikan berkenaan, jelas terpancar wajah bahagia bakal raja sehari. Raja Muda Selangor segak dalam busana Baju Melayu rona champagne lengkap bersongkok dan bersampin.

Manakala Cik Afzaa pula anggun mengenakan busana kebarung sulam rona sedondon dan bersanggul.

“Sayang, malam ini saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah. Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya. Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati.”

Tambahnya lagi, “Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.

Sesungguhnya Beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor bersempena dengan Istiadat Perkahwinan beta dengan Cik Afzaa Fadini.”

Perkahwinan Raja Muda Selangor

Semalam, 25 September 2025 telah berlangsungnya majlis bacaan Yasin dan doa selamat di seluruh masjid di Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Difahamkan Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Ia diadakan bagi memohon doa agar Istiadat Perkahwinan yang dirancang berjalan lancar serta mendapat keberkatan Allah SWT.

Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang. Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H.

Share
Published by
Suzi