Gaya Hidup

Bila Wanita Jadi Tiang Keluarga, Ini Pentingnya Perlindungan Kewangan Yang Ramai Terlepas Pandang

Bila wanita jadi tiang keluarga, tanggungjawab yang digalas bukan sekadar menjaga emosi, tetapi memastikan kestabilan kewangan sentiasa terpelihara. Namun realitinya, masih ramai yang terlepas pandang kepentingan perlindungan kewangan, sedangkan risiko seperti kemalangan dan penyakit boleh meruntuhkan segalanya dalam sekelip mata.

Pelan seperti FWD Life First hadir dengan pendekatan lebih holistik, bukan sekadar melindungi individu, malah seluruh ekosistem keluarga agar kekal stabil dari segi kewangan dan emosi.

Perlindungan Kemalangan Hingga 500%

Kemalangan boleh berlaku tanpa diduga, sama ada di rumah, tempat kerja atau ketika dalam perjalanan. Bagi wanita yang menjadi tiang keluarga, pelan perlindungan ini menyediakan manfaat pampasan hingga 500% daripada jumlah dilindungi bagi kes kematian dan hilang upaya penuh dan kekal akibat kemalangan.

Peratusan manfaat ini turut meningkat bergantung kepada situasi, termasuk kemalangan ketika menggunakan pengangkutan awam atau semasa berada di luar negara. Ini memberi ketenangan kepada wanita yang aktif dan berdikari kerana perlindungan tetap menyeluruh walau di mana anda berada.

FWD Life First

Perlindungan Penyakit Berjangkit

Di negara ini, risiko penyakit berjangkit seperti demam denggi, tuberkulosis, hepatitis viral, malaria, kolera, demam kepialu (tifoid) atau Japanese Encephalitis semakin kerap berlaku dalam kehidupan masyarakat. Dalam keadaan ini, tekanan bukan sahaja tertumpu kepada kesihatan, tetapi juga masalah kewangan.

Pelan FWD Life First menyediakan bayaran sekali sebanyak RM5,000 sekiranya berlaku kemasukan ke hospital selama lima hari berturut-turut akibat penyakit berjangkit tertentu. Pada saat kecemasan, bantuan seperti ini dapat membantu menampung kos rawatan tambahan di hospital, memberi perlindungan sekiranya anda kehilangan punca pendapatan serta meringankan kos keperluan harian keluarga.

Bila wanita jadi tiang keluarga dan sering mengurus kewangan isi rumahnya, perlindungan ini memberi ruang untuk terus stabil walaupun berdepan situasi kecemasan kesihatan.

FWD Life First

Perlindungan Ihsan Keluarga

Satu aspek yang sering diabaikan ialah perlindungan untuk ahli keluarga lain. Bila wanita jadi tiang keluarga, mereka juga biasanya menjadi pengurus emosi dalam keluarga. Mereka yang mengurus kematian, kesedihan dan krisis dalam situasi mencabar.

Melalui manfaat Perlindungan Ihsan Keluarga, pelan ini menyediakan RM15,000 bagi setiap ahli keluarga (terdiri 1 ibu atau bapa, 1 pasangan dan 4 orang anak) sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan. Ini membantu mengurangkan tekanan kewangan pada saat emosi sedang diuji, sesuatu yang sangat relevan bagi wanita yang sering menjadi tunggak keluarga.

Keistimewaan utama pelan ini adalah pendekatannya yang merangkumi sehingga enam ahli keluarga termasuk ibu bapa, pasangan dan anak-anak yang dilindungi bagi kematian akibat kemalangan.

Perlindungan Ihsan Keluarga berkuat kuasa sehingga umur 100 tahun ANB (Age Next Birthday) untuk ibu atau bapa, 75 tahun ANB untuk pasangan dan 25 tahun ANB untuk anak.

Dalam situasi kehilangan orang tersayang, bantuan kewangan seperti ini dapat mengurangkan beban kos serta memberi sedikit ketenangan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Manfaat Penyakit Bawaan Nyamuk

Malaysia tidak terkecuali daripada risiko penyakit bawaan nyamuk seperti chikungunya, denggi, Japanese Encephalitis, malaria dan zika. Risiko ini semakin meningkat dan memberi kesan besar kepada kesihatan serta kewangan keluarga.

Pelan ini menawarkan manfaat sehingga 200% daripada jumlah dilindungi bagi kematian akibat penyakit bawaan nyamuk tertentu, dengan had maksimum sehingga RM200,000.

Manfaat ini bukan sekadar perlindungan kewangan, tetapi satu jaminan bahawa keluarga tidak akan terabai sekiranya berlaku situasi tidak dijangka. Ia mencerminkan keperluan perlindungan yang selari dengan realiti kehidupan di Malaysia.

Perlindungan Menyeluruh Untuk Wanita & Keluarga

Wanita hari ini memainkan peranan besar dalam memastikan kestabilan keluarga, sama ada dari segi emosi mahupun kewangan. Justeru, pemilihan pelan perlindungan wanita yang tepat adalah satu langkah penting dalam perancangan masa depan.

Ketika ditimpa krisis, wanita perlukan sokongan menyeluruh. Lebih dari sekadar wang, pelan ini turut menyediakan:

  • Sesi kaunseling kesedihan sehingga 10 sesi.
  • Nasihat guaman berkaitan harta, wasiat dan penjagaan anak.
  • Sokongan Badal Haji atau pampasan tunai.

Ini menunjukkan satu pendekatan yang lebih matang, memahami bahawa pemulihan bukan hanya soal kewangan, tetapi juga emosi dan spiritual.

Bila Wanita Jadi Tiang Keluarga

FWD Life First

Hakikatnya bila wanita jadi tiang keluarga, dia sering meletakkan keperluan orang lain di hadapan. Mereka memastikan anak-anak cukup makan, pasangan stabil dan ibu bapa terjaga, tetapi terlupa untuk melindungi diri sendiri.

Pendekatan seperti FWD Life First memberi satu mesej yang jelas…

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, wanita tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata. Perlindungan kewangan bukan lagi pilihan, ia adalah keperluan strategik.

Jika wanita benar-benar mahu memastikan anak-anak terus berdiri walau apa pun yang terjadi, keputusan untuk merancang perlindungan hari ini adalah antara keputusan paling bertanggungjawab yang boleh dibuat.

Dapatkan maklumat lengkap mengenai FWD Life First di laman web www.fwd.com.my.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ibu-daiyan-trisha-dr-samsiah-mohd-nor/

Share
Published by
Norzalina