Ads

Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara

Ibu kepada Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor cukup dikenali sebagai novelis hebat dan bekas guru yang dedikasi, kini melalui usia bersara dengan tenang sambil terus dikenang melalui jasa dan sentuhan jiwanya.

Di sebalik kejayaan seorang anak perempuan yang berdiri anggun di pentas seni, sering ada sepasang tangan yang diam-diam membentuk dunia. Begitulah sosok Dr Samsiah Mohd Nor, ibu kepada Daiyan Trisha, seorang wanita yang tidak sekadar melahirkan lima cahaya mata tetapi juga menumbuhkan jiwa.

Nama Dr Samsiah Mohd Nor bukanlah asing dalam dunia sastera tanah air. Beliau seorang novelis yang pernah menghidupkan emosi pembaca dengan baris-baris kata yang jujur dan menyentuh.

Sewaktu gelaran novelis itu melekat, beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang berdedikasi di Bandar Baru Bangi. Mengajar dengan hati, mendidik dengan kasih dan meninggalkan jejak dalam ingatan anak murid yang pernah disentuh ilmunya.

28 tahun menabur jasa sebagai pendidik, ibu Daiyan Trisha yang mula mengajar pada tahun 1993 akhirnya bersara pada tahun 2021.

Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Facebook Samsiah Bte Mohd Nor

Instagram @daiyantrisha

Pengaruh Awal Terhadap Daiyan Trisha

Daiyan Trisha atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, membesar bukan hanya dengan cerita-cerita dongeng, tetapi dengan bunyi ketukan mesin taip yang menjadi muzik harian.

Jari-jemari ibunya menari, mencipta dunia demi dunia melalui kata. Dari situlah benih cinta terhadap seni dan penulisan tumbuh perlahan dalam diri Daiyan, halus, tetapi kuat akarnya.

Kini Daiyan dikenali sebagai penyanyi, penulis lagu, pelakon, model dan usahawan berjaya. Namun di sebalik segala pencapaian itu, ada sisi dirinya yang lebih lembut… seorang anak yang sangat mengagumi ibunya seperti dahulu.

Ads

Tangan Seorang Ibu, Simbol Pengorbanan

Pernah satu ketika, dia menerima komen yang menyakitkan. Kata mereka, ‘Muka boleh la nampak muda, tangan tak boleh hide.’ Mungkin agaknya, tangan dan jari-jemari milik Daiyan tidak menarik,

Tapi sebenarnya, tangan itu bukan sekadar anggota. Bagi wanita berusia 33 tahun itu, ia adalah cinta yang terukir tanpa suara. Tangan yang diharapkan mewarisi bakat ibunda.

Tangan yang selalu mengingatkan pada nostalgia lama. Pada tangan yang memasak hidangan enak. Yang menyentuh kepala anak-anak dengan doa tak putus-putus. Yang pernah menaip ribuan kata, melahirkan cerita yang menghidupkan imaginasi ramai.

Dan dalam setiap urat yang timbul, dalam setiap garis yang tidak sempurna, tersimpan sebuah kehidupan yang penuh pengorbanan.

Sempena Hari Ibu pada Mei ini, hantaran terkini Daiyan Trisha buat ibunya cukup menyentuh hati. Lembut wajah ibu tercinta, tenang sangat pandang senyuman Dr Samsiah Mohd Nor!

Ads
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Instagram @daiyantrisha

It is an absolute pleasure of my life to have my hands turn into my mother’s.

Latar Belakang Dr. Samsiah Mohd Nor

Dr. Samsiah Mohd Nor kini berusia 61 tahun dan lahir di Kuantan, Pahang pada 21 September 1965. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 – 1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan.

Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1985 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1989.

Ibu Daiyan Trisha memperoleh Diploma Pendidikan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dan seterusnya menyambung PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau bukan sekadar seorang ibu kepada lima anak, tetapi juga seorang isteri yang setia dan wanita yang terus berbakti, menyalurkan ilmu buat anak bangsanya.

Dalam dunia penulisan, karya-karya seperti Tangisan Bulan Madu, Sindora, Bebunga Lalang hingga Sebening Langit Senja menjadi saksi kepekaan jiwanya. Setiap novel bukan sekadar cerita, tetapi cerminan hati seorang wanita yang memahami luka, rindu dan harapan.

Ads
Ibu Daiyan Trisha, Dr Samsiah Mohd Nor Novelis Hebat & Bekas Guru Dedikasi, Tenang Lalui Usia Bersara
Facebook Samsiah Bte Mohd Nor

Namun, mungkin pencapaian terbesarnya bukan terletak pada deretan karya itu.

Warisan Nilai Dalam Diri Anak

Sebaliknya, ia hidup dalam diri anak-anaknya. Pada Daiyan, kita melihat kesinambungan itu.

Keistimewaan Daiyan bukan sekadar bakat, tetapi nilai. Keindahan yang tidak dibuat-buat. Kelembutan yang tidak lemah. Dan keberanian untuk menerima diri, seadanya.

Kasih ibu tidak selalu hadir dalam kata-kata besar. Kadang-kadang ia hanya hadir dalam sentuhan, dalam masakan, dalam doa yang tidak pernah disebut kuat-kuat.

Tetapi kesannya, kekal.

Dan dalam setiap langkah Daiyan hari ini, ada jejak kecil yang masih setia mengikut. Jejak seorang ibu yang pernah memegang tangannya, mengajarnya berjalan dan akhirnya… melepaskannya dengan penuh cinta.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/pokok-emas-sakura-ungu-perkahwinan-radin-era/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri...

Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!