Bisnes Makin Maju HIDAYAH HAMZAH Kini Usahawan Sukses, Mampu Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali atau dikenali sebagai Hidayah dilihat semakin bahagia dengan kehidupannya yang terkini.

Malah, pada usia 33 tahun Hidayah kelihatan semakin cantik dan berseri-seri!

Kredit Foto: hidayah_hamzahh

Lima tahun setelah pemergian arwah suami, Hidayah berjaya membuktikan dia mampu berdiri di atas kaki sendiri berkat sokongan insan-insan yang sentiasa ada di sisinya.

Rangkaian Bisnes Sendiri

Selain itu, berkat berniaga secara kecil-kecilan juga Hidayah berjaya membuka kedai makannya sendiri termasuk memiliki bisnes produk kecantikan dan car wash

.

Selain rancak berbisnes, sebagai seorang ibu tunggal Hidayah cekal membesarkan anak tunggal kesayangannya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia enam tahun.

Hidayah juga bertuah kerana sentiasa menerima doa dan sokongan yang tidak putus-putus daripada para pengikutnya di media sosial agar terus sukses dan bersemangat.

BACA JUGA: Kembali Berniaga Cempedak Goreng Bawah Pokok, Kulit Glowing HIDAYAH Turut Jadi Bualan “Cantiknya Kulit Dayah, Bersih..”

Tidak Meminta-Minta

Walaupun dikatakan sudah hidup senang dan bergelar usahawan sukses, Hidayah tetap memilih untuk hidup bersederhana dan merendah diri.

Paling penting tidak meminta-minta, Hidayah bijak mencari peluang dalam bisnes yang kian mencabar.

Nampak sahaja lembut tetapi Hidayah sebenarnya seorang wanita yang sangat berani dan berkeyakinan tinggi.

Inspirasi

Bangkit demi mengubah masa depannya yang lebih baik bersama Hamzah, semangat dan kekuatan Hidayah wajar dijadikan inspirasi oleh semua wanita terutama ibu-ibu tunggal.

Untuk info, Hdayah dan Allahyarham Abam berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam.

Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Naskhah Al-Quran yang menarik, boleh dijadikan sebagai pemberian istimewa buat yang tersayang. Klik SINI

 

Share
Published by
Amy Mohd