Masha-Allah, suka sangat tengok penampilan Hidayah sekarang.
Nampak makin bahagia, cantik dan glowing sangat! Terserlah seri wajah Hidayah, macam anak dara pula, kan?
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Terbukti, Hidayah yang kini berusia 31 tahun makin selesa dan bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Malah, Hidayah berjaya berdiri di atas kaki sendiri membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey walau tanpa suami di sisi.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Hidayah juga bertuah kerana sentiasa menerima doa serta sokongan yang tak putus-putus daripada keluarga, sahabat dan pengikut setianya.
Baru-baru ini Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi dengan para pengikutnya di Instagram peribadi, memaklumkan bahawa dia kini kembali berniaga cempedak goreng bawah pokok.
Itulah bisnes pertama Hidayah demi mencari sesuap nasi dan meneruskan kelangsungan hidup bersama Hamzah setelah kematian suami, Allahyarham Abam Bocey pada tahun 2020.
Ads
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
“Korang ingat lagi tak cempedak goreng Dayah mula-mula berniaga rinduuu hehe..”
“Disebabkan ramai yang bertanya-tanya bila nak goreng cempedak insya-Allah esok kita start berniaga cempedak goreng Dayah ye. Location SABAK BERNAM bawah pokok.
“Disebabkan Dayah rindu dengan berniaga cempedak so Dayah nak berniaga balik.”
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Memandangkan sekian lama terhenti, bisnes cempedak goreng Hidayah kembaali laku keras pada hari pertama. Wow!
Ads
“Alhamdulillah, hari pertama jualan sudah habis sekitar jam 6pm tadi. Kami minta maaf atas kekurangan dan kehabisan tepung serta cempedak pada hari ini.
“Bagi yang datang tapi tak dapat, mohon maaf sekali lagi. Kesian abang ni datang-datang cempedak habis hehe dapat makan serdak-serdak cempedak je..”
Terkini, berkat hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng tepi jalan secara kecil-kecilan, Hidayah mampu memiliki kedai sendiri termasuklah bisnes skincare yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Walaupun boleh dikatakan sudah hidup senang dan bergelar usahawan berjaya, Hidayah tetap memilih untuk hidup bersederhana. Paling penting tidak meminta-minta. Hidayah bijak mencari peluang dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.
Ads
MAKIN CANTIK
Menjengah ke ruangan komen di Instagramnya, rata-rata memuji Hidayah yang dikatakan semakin cantik. Mereka terpegun melihat kulit wajah Hidayah yang semakin mulus, cerah dan berseris-seri. Hati sedang bahagia mestilah wajah pun turut glowing, kan?
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Kesimpulannya, nampak sahaja lembut tetapi Hidayah sebenarnya seorang wanita yang berani dan tabah.
Bangkit demi merubah masa depannya yang lebih baik bersama Hamzah. Semangat dan kekuatan Hidayah wajar dijadikan inspirasi oleh semua wanita terutama ibu-ibu tunggal.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Untuk info, Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.Kredit Foto: Instagram Hidayah Hamzah.
Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari selepas dua hari 2020 mengalami demam. Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemas berhijab waktu bersalin, ramai puji penampilan selebriti media sosial Maryam You Narae di hospital ketika melahirkan anak kedua baru-baru ini.
Sebagai Muslimah, menutup aurat adalah satu kewajipan yang tak boleh dipertikaikan dengan apa alasan sekalipun. Ini termasuklah ketika sedang bertarung dalam bilik bersalin untuk melahirkan anak.
Dalam perkongsian terbaharu personaliti media sosial Maryam You Narae dan suaminya Ryzal Ibrahim, momen menyambut kelahiran anak kedua dalam keadaan lengkap bertudung kemas menarik perhatian.
Sebagai mualaf atau saudara baru memeluk Islam, penampilan Maryam ini dikagumi kerana bukan mudah menjaga aurat ketika bersalin. Tak kurang juga yang memuji suaminya kerana berjaya mendidik isteri dan memelihara aurat serta maruahnya dengan baik.
Hebatnya Maryam, dalam sakit-sakit lepas melahirkan tu pun masih mampu pelihara aurat dengan baik. Jom tengok video ni…
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 di Korea Selatan itu kelihatan gembira dengan kelahiran Baby Rian serta tidak ketinggalan berkongsi video pengalaman Ryzal memotong tali pusat putera sulungnya.
Kemas berhijab waktu bersalin, ramai puji penampilan selebriti media sosial Maryam You Narae di hospital ketika melahirkan anak kedua baru-baru ini.
Maryam Younarae selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Rabu jam 2.29 pagi di KPJ Damansara Specialist Hospital. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya, Ryzal Ibrahim. Lebih bermakna, bayi comel seberat seberat 3.67 kilogram itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya iaitu 19 Februari 2025.
Menerusi perkongsian yang sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap mereka suami isteri dapat menjaga amanah yang diberikan itu dengan baik. Pasangan yang pernah terkenal dengan YouTube DurianKimchi itu juga dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina, 4.
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini.
Malah, Che Ta pernah tersenarai antara selebriti wanita tercantik tanah air, sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri. Apatah lagi, dia merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992 yang cukup sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Namun, wanita jelita ini kini sudah berada di usia emas 50-an dan kian matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya kini ialah keluarga.
Che Ta Kini Lebih Utamakan Keluarga Dan Akrab Dengan Adik Beradik
Usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini mengakui bahawa dia amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.
“Sebab I rasa bila dah berusia ni, I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid,” ujarnya.
Mahu Perbaiki Diri, Lebih Dekat Dengan Yang Maha Esa
Tambahnya lagi, meniti usia separuh abad, Che Ta hanya mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik. Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” luahnya.
Seronok tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Assalamualaikum. Kesempatan menitipkan sepatah dua kata di sini memberikan saya sedikit ruang untuk berkongsi hiba tentang isu kemanusiaan yang kian menjadi-jadi.
Sebenarnya setiap kali saya ikuti perkembangan saudara Muslim kita yang sedang diancam peperangan, hati saya bagai dihiris-hiris dengan pisau. Gambar-gambar pembunuhan, anak-anak kecil yang menjadi mangsa dan semua yang tidak bersalah amat menyayat hati. Melihat berita saja pun dah cukup membuatkan hati saya hancur berderai-derai.
Nasib dunia kini semakin parah. Apabila manusia terlalu rakus dengan hal-hal duniawi menyebabkan masyarakat mula berpecah-belah, berperang dan jenayah menjadi-jadi.
Lalu apa yang dapat dilakukan hanyalah berdoa, tingkatkan amalan serta pengetahuan agama kita agar menjadi umat yang lebih baik daripada sebelumnya.
Setiap negara dan tempat mempunyai konfliknya yang tersendiri. Ada isu dalaman atau masalah mereka yang berbeza-beza, sama seperti yang berlaku di negara kita sekarang. Kerana itu, golongan muda merupakan foundation yang paling penting dan asas itu adalah Islam.
Akhlak dan akidah perlu diperkukuhkan, kekuatan iman perlu dipertingkatkan serta selami ajaran Islam secara berterusan. Sesungguhnya amat banyak yang perlu kita belajar terhadap dua perkara ini.
Instagram: @natashahudsonofficial
Jauh di sudut hati, hanya Allah SWT saja yang tahu betapa melonjak-lonjaknya jiwa ini mahu menghulurkan bantuan kemanusiaan. Tapi tangan ini tak terjangkau mahu menolong semua yang tak bersalah, saudara semuslim kita semestinya.
Doa semata-mata tidak cukup tanpa laungan suara dan bantuan fizikal untuk meringankan beban mangsa. Konflik peperangan, kebuluran, penindasan atau apa sahaja di mana-mana ceruk dunia perlu diekspresikan dengan berani.
Kita perlu tegas dengan prinsip mengutamakan keamanan dan perdamaian. Para pemimpin mesti bersatu. Sehati menentang keganasan dan memilih kepimpinan yang adil serta amanah. Sayangnya, ia begitu sukar berlaku.
Sebagai seorang manusia, saya mengharapkan sebuah dunia yang aman. I crave for peace di seluruh alam sejagat. Inilah sebabnya kita perlu selalu mendampingi Al-Quran, belajar tentang agama kita dan timba ilmu untuk faham apa yang sedang berlaku dalam dunia sekarang.
Kita harus bangun daripada mimpi dunia yang membutakan kita dengan materialisme ini. Where are we Muslims? Who is helping? When? Kuasa menyebabkan manusia alpa, tapi ingat, Allah SWT lebih berkuasa dan penentu segala-galanya. Generasi muda perlu selalu ‘dikejutkan’ dari lena, kita boleh bersatu hati mengelakkan lebih banyak bencana dengan berdiri bersama-sama.
Saya juga berharap semoga para Muslimah kita akan menjadi wanita-wanita yang hebat seperti Ummul Mukminin, Sayyidatina Aisyah Abu Bakar dan puteri-puteri Rasulullah. Lead by example. Represent the Muslims like these great amazing women figures.
Praktis amalan sunah dan segala yang terbaik untuk masyarakat kita. Saya percaya memang sukar untuk menolak godaan dunia tapi lihatlah kehidupan ini dari mata hati. Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk semua hamba-Nya. Dunia dan kehidupan kita adalah sementara.
Mati tidak menunggu kita, so you make the best of it with your ibadah and obedience to Allah.
Cerminlah diri kita sebagai manusia dan fikirkan sumbangan diri sendiri terhadap masyarakat dan Tuhan. Perbetulkan jiwa kerana pada akhirnya, kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Atau sesiapa. Kita akan berseorangan. Mati seorang diri dan berjumpa-Nya juga seorang diri. Change is now sisters. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.