“Bot Bergegar, Rasa Luruh Jantung!” Farah Lee Saksi Detik Mencemaskan Dalam Misi Global Sumud Flotilla

“Bot kami bergegar, rasa luruh jantung for few seconds!” Farah Lee saksi detik mencemaskan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Niat murni aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee atau Nurfarahin Romli, 36 tahun, untuk menyampaikan bantuan menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan bahaya luar biasa.

Sebagai salah seorang peserta misi kemanusiaan non-violent GSF yang kini dalam pelayaran untuk memasuki zon kuning ke bumi G, wanita kelahiran Kuala Terengganu itu berkongsi detik cemas dan menakutkan apabila kedengaran beberapa siri le+upan udara kiriman rejim zi0n.

Sekitar jam 3 pagi, Farah tengah tidur (ketika) dikejutkan dengan berita serangan berlaku kepada beberapa bot difahamkan dalam empat, lima bot yang diserang.

Ada bot yang diserang melalui le+upan udara dan

ada (serpihan) yang jatuh ke bot hingga mengalami kerosakan,” cerita Farah Lee kepada pengikut beliau di media sosial.

Farah berkata semua peserta kini dalam keadaan berwaspada dan berjaga-jaga. “Kami semua sudah dalam ‘mode standbydengan berpakaian jaket keselamatan, lampu di kepala dan kasut.

Semua peserta disuruh tunggu dalam bot sebab serangan berlaku di luar dan kru semua tengah ‘alert’. Doakan kami dan insya-Allah kekal tenang, Farah dan semua kat sini selamat saja,” katanya.

Instagram Farah Lee
Instagram Farah Lee

Menurut Ketua Pengarah dan Jurucakap Rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Center, Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery, berkata flotilla kemanusiaan sekali lagi diuji di Laut Mediterranean apabila 15 dron rejim zi0n berlegar rendah setiap 10 minit sebagai cubaan intimidasi dan operasi risikan.

Beliau turut melaporkan bahawa 34 delegasi Malaysia kekal dalam keadaan selamat dan bersiap siaga penuh selepas berlaku lapan le+upan udara dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap misi menghantar bantuan erta mendesak perang serta kebuluran dihentikan.

Inspirasi Mavi Marmara

Berani dan sanggup meninggalkan keluarga tercinta demi misi kemanusiaan ini, Farah Lee yang

baru sahaja kembali bergelar isteri kepada Fuad Hashim tahun lepas, berkongsi tentang keputusan drastiknya.
Instagram Farah Lee

Cantik keffiyeh yang Farah pakai, boleh order direct kat sini >>>

KEFFIYEH FARAH LEE 56 x 56

KEFFIYEH FARAH LEE 56 x 56

KEFFIYEH FARAH LEE 56 x 56

Instagram Farah Lee

Pertama kali aku dengar tentang misi laut ke Gaza adalah ketika Ustaz Hasanuddin datang ke Korea pada 2010 untuk sharing pengalaman beliau menyertai Mavi Marmara.

Dia diserang, ditangkap, dipenjara dan sebagainya. Saat itu juga aku mula cakna tentang hal P, baru ambil tahu sejarah dan isu di sana, pada umur 21.

Mavi Marmara memang menjadi inspirasi aku dalam dunia kemanusiaan. Kerana ia adalah misi yang mentaruhkan nyawa, berdepan dengan musuh paling kejam dan tak berperikemanusiaan dunia.”

Tambah Omma kepada Maream ini lagi, beliau tekad menjadi sukarelawan kemanusiaan demi perjuangan jihadnya di dunia.

Instagram Farah Lee
Instagram Farah Lee
Instagram Farah Lee
Instagram Farah Lee

“Harini aku di sini, menjadi sebahagian dari ratusan sukarelawan belayar bersama puluhan kapal, dalam usaha memecahkan kepungan deritamisi laut terbesar dalam sejarah dunia.

Terasa kerdil diri, berada di atas lebar laut dan beratapkan seluas langit bersama ratusan nama, negara dan agama. Cabarannya tak terhingga, tapi berharap nama kemudian tertulis sebagai golongan yang membebaskan P.

Apa sahaja usaha, ia juga akan dikirabuatlah sedaya masing-masing supaya nama kita juga ada. Ia dijanji Tuhan dalam Quran kita,” cerita Farah Lee yang memiliki kelulusan Ijazah Jurusan Pendidikan Kanak-Kanak daripada University of Leeds, UK dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Inha, Korea Selatan.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kerap-sakit-kepala-letih-melampau-semak-5-cara-mudah-reset-tubuh-akibat-stres-kronik/ 

Share
Published by
Norzalina