
Ainul Aishah Rai Birthday Anak Tersayang
Makin bahagia tengok kehidupan pelakon cantik manis, Ainul Aishah. Sejak berkahwin pada 2022 jarang nampak selebriti ini muncul di kaca televisyen dan tidak lagi mengejar karier seninya. Apatah lagi sejak menimang cahaya mata. Seluruh tumpuan Ainul Aishah pastinya kepada buah hati kesayangan dan suami tercinta.
Meskipun tidak lagi aktif mewarnai drama tanah air namun bintang filem Nana Tanjung ini sering mengemas kini perkembangan diri di media sosial.
Terbaharu, Ainul atau nama penuhnya Ainul Aishah Azizun memuat naik momen istimewa meraikan ulang tahun kelahiran cahaya mata kesayangan, Kara Isabel.
29 Mei lepas merupakan ulang tahun kelahiran kedua Kara Isabel. Terpikat dengan kecomelan anak Ainul Aishah dan Khalid Redzuan ini.
Kongsinya, “A little party for our little girl, surrounded by the family who loves her most. Thank you to our beloved family for coming and celebrating Kara with us. It meant so much to have all of you there.”
Parti hari lahir Kara Isabel tahun ini bertemakan kartun kegemarannya iaitu Sarah and Duck. Malah keluarga bahagia ini sedondon mengenakan persalinan warna merah jambu.
Tambah ibu muda ini lagi, “Semoga Kara membesar menjadi anak yang baik, bijak pandai, penyayang, sihat selalu, dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Mommy and Daddy will never stop praying for you, Love. For your happiness, your health, your safety, and for every beautiful thing this life has to offer.
Happy 2nd birthday, my darling Kara Isabel. You are loved beyond words.”
Jelas tergambar rasa bahagia Ainul Aishah menggalas tugas seorang ibu. Lebih indah, suami tercinta turut ringan tulang membantu tugas isteri.
Ainul dan suami dilapor menanti hampir dua tahun untuk menimang zuriat sendiri. Sebelum anugerah terindah itu dikurniakan kepada mereka pada 29 Mei 2024.
Figura jelita berusia 41 tahun dan berasal dari Pulau Pinang ini sah bergelar isteri ahli perniagaan, Khalid Redzuan pada 18 September 2022.
Ainul memulakan kariernya sebagai model sebelum berkecimpung dalam industri lakonan sekitar tahun 2006. Dia juga mengusahakan perniagaan biskut A Cookies dan membuka kedai pertama pada 1 Januari 2022.
Moga dengan kehadiran si comel ini menyerikan lagi rumah tangga Ainul dan Khalid. Serta, perkahwinan pasangan romantis ini kekal bahagia sampai ke syurga.
This website uses cookies.