Ads

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki!

Wahid Senario Bahagia Di Sisi Isteri & 3 Anak Lelaki
Wahid Senario Bahagia Di Sisi Isteri & 3 Anak Lelaki

Meniti usia 51 tahun Wahid Senario kini menikmati kehidupan bahagia di samping isteri tercinta dan anak-anak tersayang. Sepanjang bergelar anak seni, pelawak ini jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum. Namun sedar akan kewujudan media sosial hari ini dia akur kehidupan ahli keluarganya turut menjadi perhatian khalayak.  

Pejam celik, tanggal 2 Februari lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ke-24 Wahid dan isteri kesayangan yang dikenali sebagai Lily Wahab.

Kehidupan Wahid Senario

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki!

 

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki! Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki!

Sepanjang dua dekad melayari alam perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki yang kian menginjak usia dewasa.  

Mereka ialah Muhammad Waiz berusia 23 tahun, Muhammad Wazif, 22 tahun dan Muhammad Ramadan berumur 18 tahun.  

Ads

Anak sulung Wahid Senario iaitu Waiz berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada September 2025. Berkongsi khabar gembira itu, pelakon dan pengacara ini meluahkan rasa syukur menyaksikan kejayaan anak tersayang di menara gading.  

“Syukur alhamdulillah Waiz. Teruskan usaha, Apok umi dan adik-adik bangga denganmu. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.” 

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki! Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki! Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki!

Kira-kira dua bulan selepas anak sulung tamat pengajian, anak keduanya pula iaitu Wazif menghadiri majlis graduasi selepas menamatkan jurusan Diploma Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada November 2025.  

“Tahniah buat anakku Wazif teruskan capai lebih tinggi, moga Allah permudahkan urusan dunia akhirat. Terima kasih juga pihak UPSI atas layanan diberikan. Semoga UPSI terus maju sebagai sebuah universiti yang terbaik.” 

Ads

Rezeki Wahid Senario

Tahun 2025 pastinya menjadi tahun penuh makna bagi Wahid Senario kerana selain menikmati momen kejayaan akademik anak-anak di menara gading, dia juga menerima pelantikan sebagai duta kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. 

Pelantikan itu turut melibatkan anggota kumpulan Senario termasuk Lan Pet Pet, Azlee, Saiful Apek.

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki! Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki! Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun & Bapa 3 Anak Lelaki!

Kerjasama dengan jenama tersebut disambung lagi pada tahun ini menerusi kempen Jakel 4nomena Raya 2026 yang juga disertai seorang lagi anggota asal kumpulan Senario iaitu Yassin Yahya.  

Ads

Bukan itu saja, kumpulan berkenaan turut berjaya mengadakan konsert pertama mereka iaitu Konsert The Last Kopek Senario Union 30 Tahun pada 25 April lepas.

Artikel https://www.nona.my/dia-dahulukan-saya-dalam-setiap-doanya-fedtri-yahya-hargai-kasih-sayang-isteri-bahagia-15-tahun-layari-perkahwinan/

Ternyata aura Senario masih berbisa menerusi persembahan menghiburkan Wahid, Lan, Saiful Apek, Azlee, Yassin dan Ilya Buang.  

Wahid Senario juga kini aktif membuat persembahan di pelbagai program selain menggalas tugas selaku penyampai radio di Perak FM.  

Terdahulu, Wahid yang berasal dari Perak pernah mengacarakan rancangan hiburan popular Melodi bersama Fara Fauzana pada tahun 2010 hingga Mac 2011.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Madhuri Dixit

Madhuri Dixit Dedah Rahsia Kulit Mulus Usia 59, Penting Pakai ‘Rose...

Madhuri Dixit berkongsi rahsia kulit mulus pada usia 59 tahun melalui penggunaan rose water, Vitamin C, pelembap dan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit hariannya.