Ads

“Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan

Perkahwinan Fedtri Yahya & Nur Anati Genap 15 Tahun
Perkahwinan Fedtri Yahya & Nur Anati Genap 15 Tahun

Tersentuh dengan penulisan pengacara terkenal, Fedtri Yahya sempena ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini di media sosial. Keikhlasannya menzahirkan rasa syukur dan bahagia melayari rumah tangga menerusi penulisan tersebut nyata berjaya menyentuh hati mereka yang membacanya.  

Tanggal 28 Mei lepas genap 15 tahun usia perkahwinan Fedtri Yahya dengan suri hati kesayangan, Nur Anati Ismail.

Mengimbau kembali detik disatukan, personaliti televisyen yang juga penulis lirik ini tampil segak berbusana sedondon putih di sisi isteri tercinta yang merupakan seorang guru.  

Artikel https://www.nona.my/semoga-jadi-puteri-solehah-raih-8a-upkk-fedtri-yahya-rai-birthday-anak-indah-sutera-jannah-ke-12/

Fedtri Yahya Syukur Perkahwinan Cecah 15 Tahun

“Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan

Sempena ulang tahun perkahwinan, Fedtri berkongsi momen ijab kabul pada 2011 dan tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta.  

28 Mei. Alhamdulillah. 15th anniversary. Syukur ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan dalam membina bahagia bersama isteri dan anak-anak. 

Jatuh cinta memang mudah. Perkara biasa bagi manusia. Namun untuk bangunkan cinta saat jatuh dalam hidup, memerlukan seni kesabaran yang tinggi.

Ads

Hidup tak semuanya indah. Ujian adalah sahabat untuk mendewasakan insan, sekalipun bertalu tanpa pesan dan isyarat.

Syukur Allah kurniakan seorang isteri yang sanggup berkorban demi melihat rumah ini terus bercahaya dengan suapan kasih, belaian ikhlas, keringat ujian, tirai sabar dan hamparan setia.” 

“Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan

15 tahun hidup bersama bukan satu tempoh yang singkat. Sudah pasti sepanjang tempoh itu, pelbagai suka dan duka dilalui pasangan ini namun berkat kesabaran mereka mampu mengharungi dugaan dengan baik.  

Ads

Dedah Fedtri, “Ada waktu, fasa hidup berputar laju. Anak-anak membesar pantas. Kerjaya sentiasa penuh ritma. Lelah dan lesu. Namun, kefahaman itulah yang menjadi jambatan untuk bertahan sekalipun tidak disuarakan. Tiada jalan lain, hanya kesabaran.

Isteri saya selalu cakap, dia dahulukan saya dalam setiap doanya. Itulah antara asbab ada saja rezeki untuk kami sekeluarga.

Saat saya berkejar mencari rezeki, Allah hadirkan kekuatan untuknya mengalun simfoni rumah tangga dengan pelbagai rentak kerenah anak.” 

“Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan

Ads

Fedtri Yahya & Isteri Pilih Hidup Sederhana

Kesederhanaan Fedtri Yahya dan Nur Anati membentuk keluarga kecil mereka cukup memberi inspirasi. Enggan melihat kekurangan sebagai satu kelemahan, kedua-duanya tenang melalui kehidupan di samping cahaya mata kesayangan.  

“Semua yang ada di rumah sederhana kita, adalah permata. Tumpahan air, koyakan di dinding, susun atur yang tidak selari hiasan.

Tak mengapa. Itu tanda rumah kita hidup. Bukan muzium sepi yang berteman debu. Semua suara dan riuh di rumah kita adalah bahasa langit untuk kita raikan. Semoga cinta ini diberkati selalu.” 

“Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan “Dia Dahulukan Saya Dalam Setiap Doanya,” Fedtri Yahya Hargai Kasih Sayang Isteri & Bahagia 15 Tahun Layari Perkahwinan

Fedtri Yahya mendirikan rumah tangga bersama Nur Anati Ismail pada 28 Mei 2011. Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana. 

Semoga rumah tangga Fedtri dan Ananti sentiasa dalam lindungan Allah serta bahagia berpanjangan sampai syurga. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Arni Nazira Di Samping Keluarga Tersayang

Pesona Arni Nazira, Pelantun Lagu Cinta Antara Benua Ini Tak Lagi...

Rindu kemunculan Arni Nazira kembali ke persada seni. Namun tumpuan penyanyi bersuara lunak tersebut bukan lagi terhadap karier nyanyian.