Isteri dan ibu, nyata inilah 2 wanita terpenting dalan hidup PMX yang mencuit perhatian tetamu di majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, pada Sabtu.
Tarikh 8 Mac setiap tahun bukan sekadar untuk meraikan wanita, tetapi hari ini adalah bukti bahawa pemerkasaan wanita adalah salah satu agenda Kerajaan MADANI yang diberi fokus utama kerana sumbangan wanita dalam membentuk masa depan masyarakat amat besar dan penting.
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) pada tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan mengenai kepentingan pembangunan keluarga dalam kehidupan seharian. Ia tidak harus dipinggirkan, kerana setiap kejayaan yang ditempa bermula dari institusi keluarga yang berpaksikan wanita sebagai inspirasi dalam membina legasi.
Isteri dan ibu, nyata inilah 2 wanita terpenting dalan hidup PMX yang mencuit perhatian tetamu di majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, pada Sabtu.
Namun paling mengharukan apabila Perdana Menteri berkongsi tentang dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Azizah yang menjadi tulang belakang, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.
“Kalau mahu kita bangunkan negara, kita harus bangunkan keluarga. Maknanya kita mulakan membangun keluarga itu dengan memperkasa wanita sebagai ibu dan pendidik yang meletakkan asas bagi pembinaan generasi. Semua kita yang berhasil kerana didikan tentunya ibu bapa tetapi lebih ramai yang mengatakan pengaruh dan peranan ibu.
Saya termasuk, kerana ibu saya almarhum Puan Che Yan Hamid Hussein di antara yang telah membentuk, mendidik, menunjukkan kasih sayang, erti kehidupan, erti kemanusiaan, erti ehsan, didikan agama dan nilai. Oleh sebab itu, soal pembangunan keluarga itu tidak harus dipinggirkan.
Tentunya bila kita dewasa, berumah tangga bagi saya Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah) menjadi pendamping dan kadang-kadang banyak sangat nasihat tetapi membantu,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Meriah, jom saksikan video eksklusif Nona sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat…
Ads
Beliau turut meluncurkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan usaha wajar dalam mendepani masa depan pemerkasaan wanita dalam negara
“Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan, dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.
Ads
Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” akhirinya.
Sokongan orang ramai terhadap SHWA 2025 ini juga diterjemahkan melalui kehadiran mereka ke program hari ini yang menyajikan pelbagai pengisian menarik antaranya Bual Bicara Wanita, Pelancaran Setem Hari Wanita Antarabangsa 2025, Pameran Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik, Demo Pertahanan Diri dan banyak lagi.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah KASIH Wanita Bakti, Anugerah KASIH Wanita Cekal, Anugerah KASIH Wanita Harmoni dan Anugerah KASIH Wanita Komuniti kepada empat wanita hebat atas sumbangan dan usaha yang mereka lakukan bagi membantu memperkasa wanita dan sebagai tanda pengiktirafan kepada kejayaan mereka.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Menteri-menteri Kabinet, Ketua Jabatan dan Agensi serta warga Kementerian dan agensi yang terlibat.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, tenang tengok kehidupan keluarga Johan dan Ozlynn. Walau kedua-duanya selebriti popular dan terkenal namun mereka selesa hidup bersederhana. Bagi pasangan ini, paling utama adalah membesarkan dan mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin.
Diamati perkongsian pelakon dan pelawak ini di media sosial, posting mereka kebanyakannya berkisar mengenai kehidupan dan rutin anak-anak. Jarang sekali melihat suami isteri ini memanjakan anak-anak dengan kemewahan. Tapi tak bererti mereka tak sayang.
Ozlynn & Johan Selesa Hidup Bersederhana
Sebaliknya, itulah cara Johan dan Ozlynn mendidik buah hati kesayangan dengan realiti kehidupan. Dalam masa sama mengajar mereka agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
Seperti diketahui umum, Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz seorang bapa yang tegas. Lebih-lebih lagi berkaitan didikan agama.
Tak dinafikan Johan dan Ozlynn menjadi perhatian khalayak dan sumber inspirasi kepada para ibu bapa kerana ketegasan mendidik anak-anak serta turut mengasuh mereka mengaji Al-Quran di rumah.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan mereka dikurniakan enam anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Sempena Syawal baru-baru ini, Ozlynn mendedahkan cara mereka sekeluarga menyambut hari lebaran dengan seadanya.
“Bismillahi, MasyaAllah. Dari mereka berdua maka terhasillah mereka berenam. Bersederhana pilihan kami mix dengan baju raya last year dan ada sehelai dua yang baju baru.
Tapi rasanyakan baju budak lagi mahal dari baju kita. Kita punya ada yang tiga helai RM100. Budak punya sehelai dalam seratus lebih. Tapi tak apalah. Raya pun setahun sekali asalkan tak burst kita ok.”
Penampilan Ozlynn Lepas Tunai Haji
7 Jun 2024 Ozlynn dan Johan menerima jemputan dari Kementerian Media Ara Saudi sebagai jemaah haji. Sejak pulang dari Mekah dan bergelar hajah, suri hati Johan ini nekad berhijrah dan menutup aurat sepenuhnya.
Penampilan Ozlynn nyata meraih pujian ramai dan mendoakan agar selebriti ini kekal istiqamah.
Menerusi hantaran di Instagram, dia menitipkan rasa syukur dikurniakan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Malah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
“Pelbagai ujian, cabaran, sedih, tawa, duka. Paling kasihan setiap kali mama dan papa dorang dilanda gosip murahan yang kadang kami pun tak tahu dari mana datangnya. Maka mereka jugalah yang kena tempiasnya.
Pesan kami, sabar dan doa bebanyak kerana doa dari orang yang dianiaya atau difitnah insyaAllah makbul.
Maka pesan kami, berlapang dada dan nikmatilah kehidupan sementara kita di dunia ini dengan rajin bertadabur dan bertakwa pada Allah SWT. InsyaAllah selamat di akhirat. Apa-apa pun aku doakan semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari semalam.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka daripada seorang remaja yang terlalu bergantung hidup dengan keluarga dan pernah mendapat keputusan corot ketika masih bergelar pelajar fesyen di sebuah universiti di United Kingdom, kini Ria Sharma diangkat sebagai penyelamat dan menjadi tempat bergantung bagi kaum wanita di India yang menjadi mangsa simbahan asid.
Baru menginjak usia 26 tahun, Ria menjadi tumpuan di negara kelahirannya dan luar negara apabila kejayaannya menjadi Pengasas Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membela nasib mangsa simbahan asid di India.
Tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam aktiviti kebajikan, hasrat Ria untuk membantu mangsa simbahan asid terbit semasa dia mengunjungi sebuah hospital di India bagi menjayakan sebuah dokumentari mengenai mangsa serangan asid untuk projek universitinya.
Melihat keadaan wad dan katil di hospital yang berlumuran darah akibat simbahan cecair menghakis yang dicurahkan kepada mangsa, Ria mengakui ia adalah detik paling menakutkan yang pernah dilaluinya.
Enggan meneruskan dokumentari tersebut kerana percaya ia tidak mampu mengubah perspektif masyarakat terhadap isu serius tersebut. Ria lantas mendaftarkan sebuah organisasi miliknya dikenali sebagai Make Love Not Scars iaitu sebuah badan kebajikan yang membantu mengembalikan kehidupan normal mangsa simbahan asid. Nama organisasi itu diambil sempena tajuk dokumentari yang mahu diterbitkan Ria untuk tugasan universitinya itu.
Ria yang ketika itu hanya berumur 21 tahun sanggup meninggalkan kesenangan hidup yang sekian lama dinikmatinya semata-mata untuk menolong golongan terlibat. Dari situ Ria mula mendapat ilham untuk menubuhkan pusat rehabilitasi untuk mereka dan merupakan yang pertama dibina untuk mangsa simbahan asid pada tahun 2014.
Mangsa ketika sedang mengikuti kelas Bahasa InggerisDidedahkan dengan teknologi dan penggunaan komputer
Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif mencari dana untuk membiayai rawatan mangsa selain menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun mengalami ‘kecacatan’ kekal. Usaha murni ini dianggap sebagai sinar baharu buat mangsa, yang pastinya memerlukan sokongan untuk bangkit dan tidak terus disisihkan.
Atas usaha murni tersebut, Ria merupakan rakyat India pertama menerima anugerah United Nations’ Goalkeeper Global Goals kerana penglibatannya sebagai aktivis yang bejaya mengubah kehidupan insan lain. Di samping itu, dia juga dianugerahkan British Council’s Social Impact.
Minatnya kepada mangsa simbahan asid mula bercambah bila salah seorang pensyarah di universiti bertanyakan tentang skop minat Ria selepas dia mendapat keputusan ujian yang teruk. Menjelaskan dia sangat terkesan dengan penderaan seksual terhadap wanita di India seperti kes rogol geng New Delhi pada 2012… Ria tertarik mendalami isu simbahan asid ke atas wanita selepas menjumpai foto wajah seorang wanita rosak teruk akibat serangan zalim berkenaan.
Hasil kerja amalnya itu, Ria Sharma turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia!
"It is one of the most horrific things you can ever do to someone." At 21, she set out to offer hope and a refuge for scarred survivors of acid attacks. Meet the first of CNA's #ChampionsForChange