Zhang Ziyu menjadi sensasi di media sosial ekoran ketinggian luar biasa yang dimilikinya. Baru berusia 17 tahun, pemain bola keranjang pasukan kebangsaan China ini mempunyai ketinggian mencecah sehingga 220 sentimeter. Bersandarkan kelebihan itu, Zhang disenaraikan antara pemain paling bernilai bagi FIBA Under-18 Women’s Asia Cup 2024.
Atlet remaja ini juga berjaya membawa pasukan negaranya ke peringkat final selepas menewaskan Korea Selatan. Sepanjang kejohanan menentang lawan, jelas kelihatan ketinggian luar biasa Zhang dan menyaksikan kebanyakan pemain bola keranjang hanya berada di paras dada atlet tinggi lampai berkenaan.
Bagaimana pun, China terpaksa akur bergelar Naib Juara apabila tumpas di tangan pasukan Australia pada 30 Jun lalu dengan kutipan 79 mata berbalas 96 di Shenzhen, China.
Memetik kenyataan Zhang di laman web rasmi FIBA, “Saya tak mahu terlalu memikirkan soal masa depan kerana perlu menimba pengalaman. Paling utama, saya perlu jadi lebih baik.
Ibu bapa saya juga pemain bola keranjang dan saya terlibat dalam sukan ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.”
Difahamkan bapa Zhang mempunyai ketinggian 213 sentimeter. Sementara ibunya, Yu Ying yang juga bekas pemain pasukan kebangsaan China pula berketinggian 198 sentimeter. Atlet kelahiran Shandong ini juga pernah menyertai sukan lompat jauh dan lompat tinggi.
Sebelum ini, pasukan bola keranjang China turut mencipta fenomena apabila salah seorang pemain lelaki mereka iaitu Yao Ming mencipta rekod ketinggian sehingga 229 sentimeter dan menjadi Pemain Bola Keranjang Terbaik China Sepanjang Masa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meneroka alam perkhidmatan pergigian, bukan suatu yang asing dalam masyarakat malah kini telah diangkat sebagai pusat yang wajib dikunjungi oleh setiap orang. “Memang benar dahulu ramai yang takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Klinik pergigian hanya akan dikunjungi jika mempunyai masalah sakit gigi atau mahu mencabut gigi sahaja. Walaupun sudah banyak kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga gigi dijalankan tetapi masih banyak lagi yang belum tercapai lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Sebagai Consultant in Paediatric Dentistry pengkhususan saya lebih kepada merawat masalah pergigian kanak-kanak. Lingkungan umur yang di bawah kepakaran ini adalah dari lahir ke 18 tahun. Kesedaran ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak mereka masih berada di tahap rendah dan terbukti apabila ramai kanak-kanak yang mempunyai gigi rosak sejak kecil lagi.
Mengapa kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi? Jawapannya adalah sikap ibu bapa itu sendiri. Kebanyakan pesakit kanak-kanak ini bila kita tengok rekod lawatan, perasaan takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana ibu bapa membawa anak mereka berjumpa doktor setelah gigi benar-benar sakit atau perlu mencabut gigi. Pengalaman pertama berjumpa doktor gigi sebegini akan membuat pesakit takut dan fobia.
Jadi, saya tukar pendekatan dengan menawan hati pesakit kanak-kanak terlebih dahulu dengan mempelawa lawatan di klinik, berjumpa dengan doktor pada hari pertama mereka berkunjung ke klinik. Kemudian, saya akan meningkatkan keyakinan kanak-kanak dengan menunjukkan apa yang perlu dilakukan terhadap giginya agar tidak terus rosak dan membantu mereka mendapat kehidupan yang lebih berkualiti. Jadi mereka tidak akan berasa takut dan faham bahawa doktor gigi hanya mahu membantu.
Di klinik saya sendiri hiasan dalaman telah direka untuk mesra dengan kanak-kanak. Daripada penataan warna yang ceria dan hiasan termasuk dental chair berbentuk dinosaur agar lebih dekat dengan hati kanak-kanak. Bila mereka datang ke klinik ia umpama berada dalam taman permainan kanak-kanak. Jadi kalau bukan kecemasan saya akan elak mencabut gigi pada pertemuan pertama pesakit kanak-kanak ini.
Saya akan bina keyakinan mereka terlebih dahulu terhadap doktor gigi, membuat rancangan rawatan menyeluruh, berbincang dengan ibu bapa tentang rawatan dan melakukan introductory session bersama kanak-kanak tersebut (Tell-show-do). Jika perlu mungkin saya akan melakukan rawatan yang mudah dahulu. Rawatan seterusnya akan dilakukan pada temu janji akan datang. Saya juga akan beri ganjaran kepada kanak-kanak selepas membuat rawatan,” tutur Dr Nazatul dengan penuh semangat.
Obsesi Dr Nazatul Sabariah Ahmad terhadap bidang pergigian memuncak apabila sedang merencana sesuatu yang lebih bermakna buat dirinya. “Dalam tempoh lima tahun akan datang saya menyasarkan untuk membuka pusat rawatan pergigian khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, celebral palsy dan lain-lain. Sebagai seorang doktor gigi saya tidak pernah menilai kanak-kanak sebegini dan akan melakukan rawatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Cuma ramai ibu bapa kanak-kanak ini kurang percaya dengan kebolehan doktor pakar,” bicara Dr Nazatul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa aktiviti Zarina bersama anak-anak agar tidak bosan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. “Sepanjang tempoh kuarantin saya berkebun di belakang rumah, tanam pokok serai, kunyit, lengkuas dan lain-lain lagi. Senang nak masak nanti ambik je di belakang rumah.
Waktu tengah hari saya memasak dan petang saya main badminton bersama anak-anak. Bila malam menjelma, saya ajak anak-anak menonton drama Korea Crash Landing On You. itulah antara aktiviti harian saya selain melaksanakan tanggungjawab amal ibadat kita kepada Allah SWT.”
Bagaimana pula sebagai ibu, Zarina menguruskan anak-anak yang mungkin tidak faham dengan situasi sekarang. “Anak-anak agak sukar sikit nak fahamkan mereka. Anak saya yang normal dua orang tu mereka faham dan tahu nak buat kerja sekolah tetapi Azil tetap pagi-pagi nak keluar cari surat khabar dan Azal pula duduk di luar rumah dengan berbedak penuh muka takut kulit wajahnya jadi gelap,” jelas Zarina turut berkongsi video tersebut menerusi halaman IG beliau.
Jika dilihat perkongsian itu, sebagai ibu yang menjaga anak-anak syurga ini pastinya tahap kesabaran harus berlipat ganda melayan kerenah mereka terutama dalam keadaan sekarang.
Kongsi Zarina, “Azal anak yang baik, kesian dia pada waktu PKP ini dia tidak dapat ke mana-mana. Azal takut duduk dalam rumah, di waktu pagi dia akan mandi dan pakai bedak banyak-banyak takut nanti jadi hitam.
Dia tak nak duduk dalam rumah sebab pagi-pagi dia tahu Azil akan bangun dan menangis dulu ajak ke kedai beli surat khabar. Azal takut dengan suara Azil menangis dan akan membuatkan perasaannya luruh. Saya sayang Azal anak yang baik, mendahulukan abangnya Azil dari dirinya sendiri.”
Perkongsian kisah Azil juga mendapat perhatian followers di media sosial. Ramai yang memberi kata semangat buat Zarina untuk jadi lebih kuat kerana tiada siapa tahu hati seorang ibu yang pihatin pada keadaan anak-anak tersayang.
“Beberapa hari di rumah, saya cuma bawa Azil beli surat khabar sahaja. Saya cuba fahamkan Azil tentang keadaan kat luar bahaya. Lima minit dia akan diam, lepas tu akan mengamuk balik. Azil mengamuk memang susah nak fahamkan, tambahan bila saya ada kat rumah depan matanya, lagi buat perangai.
Ada yang cakap, jangan layan kerenah dia tapi saya tak sampai hati dan dia hanya ada saya untuk mengadu cara dia.” Tersentuh dengan dugaan ini, diharapkan supaya ibu-ibu yang punya anak istimewa lebih bersabar dalam menghadapi situasi begini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Zarina diberi kesabaran dan keikhlasan tinggi dalam meniti hari-harinya.
Harapan Zarina Zainuddin dalam keadaan dunia diselubungi wabak virus COVID-19 ini, “Melihat berita dari hari ke hari buat saya rasa gelisah. Saya cuba buat-buat lupa dengan sibukkan diri dengan aktiviti lain.
Saya berdoa semoga segalanya akan pulih, walaupun setiap hari kita terima berita kematian. Bagi mereka yang bertugas di bahagian hadapan, anda adalah wira bangsa dan negara. Semoga Allah merahmati hidup anda semua dan dipermudahkan perjalanan kita selagi bernafas di muka bumi Allah ini… Aamin. Buat masa sekarang, marilah kita menghargai saat indah di rumah, stay at home sayang.” Kiffy Razak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kewibawaan Tan Sri Michelle Yeoh di dunia perfileman antarabangsa memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Selepas terpilih dalam filem, Star Trek Discovery, Crazy Rich Asians, Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of A Geisha James dan Bond Tomorrow Never Dies kini wanita kelahiran Ipoh, Perak ini sekali lagi terpilih untuk menyertai filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Wanita yang mempunyai ketinggian 163 meter ini telah menyuntik inspirasi apabila melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ walaupun sudah berusia 59 tahun. Ini sesuatu yang luar biasa bagaimana Tan Sri Michelle mengekalkan staminanya untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya.
Filem lakonan Tan Sri Michelle juga bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia. Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies yang disiarkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.
Walau bagaimanapun, dalam filem Crazy Rich Asian, Tan Sri Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Hendry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya. Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini sememangnya dikagumi.
Bukan itu sahaja, malah Tan Sri Michelle telah mencipta sejarah, apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC). Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ‘berbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.
Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Tan Sri Michelle juga teruja apabila melihat namanya tersenarai. “Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.