Masih ingat lagi kisah seorang bayi kacukan Malaysia-Rusia, Dhuhaa Sophea Stumbrys yang tular sekitar dua tahun sebagai bayi tercantik dunia. Begitu pantas masa berlalu kini Sophea sudah pun berusia dua tahun dan bergelar kakak.
Adiknya, Amiraa Al Imaan Stumbrys dilahirkan pada Februari 2019 di Karolinska Universitetssjukhuset Huddinge, Stockholm Sweden. Sophea dan Amiraa merupakan anak kepada pasangan bahagia, Siti Safuraa Hamzah dan Asadullah Stumbrys.
Lumrah apabila sering menjadi perhatian di laman sosial, rupa paras Sophea dan Amiraa mula menjadi perbandingan.
“Bagi saya itu pandangan masing-masing, terpulanglah. Saya dan suami tak pernah ambil kisah pun sampai jadi stres. Sophea dan Amiraa anugerah terindah dari Allah SWT dan terbaik di mata kami.
Didikan diberikan sepenuhnya buat mereka. Untuk Sophea kami ada mohon sekolah yang melebihkan aktiviti luar dan more to nature. Pada masa sama, kami terapkan ilmu agama di rumah biar seimbang dunia akhirat memandangkan kami menetap di negara yang majoritinya bukan Muslim.
Ads
Saya menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi yang berjaya mendidik kami seramai 9 beradik. Setiap kepayahan dilalui bersama. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan nilai kekeluargaan agar kami tak berpecah belah. Mereka juga mendidik kami saling menghormati dan tak mudah lupa diri. InshaAllah saya juga impikan perkara sama terhadap anak-anak.”
KONGSI PENGALAMAN BERPANTANG ANAK KEDUA
“Saya melahirkan Amiraa awal seminggu dari due date. Sakit contraction pun tak lama tanpa bantuan pain killer. Proses melahirkannya juga mudah dan tiada sebarang koyakan, alhamdulillah.
Namun pengalaman berpantang anak kedua ini agak mencabar kerana pada mulanya sukar mencari siapa yang dapat menjaga saya di rumah. Ibu bapa saya dah tiada, adik beradik pula ada hal masing-masing yang tak dapat dielakkan. Suami juga bekerja dan terlalu sibuk. Jadi suami tanya ada lagi tak sesiapa yang boleh datang untuk jaga saya. Tiba-tiba saya teringat kepada Kak Dini yang saya dah anggap seperti kakak kandung.
Ads
Dulu kami pernah berbual dan dia kata nak datang lawat saya di Sweden sambil berseloroh kalau saya beranak lagi dia nak datang. Bila teringat terus saya hubungi Kak Dini dan tak sangka dia setuju. Tanpa berlengah saya terus booked tiket untuknya.”
Bagi Dini pula pengalaman menjaga Safuraa ketika berpantang anak kedua di Stockholm, Sweden adalah pertama kali dalam hidupnya lebih-lebih lagi di negara asing yang berbeza dari segi cuaca. Niatnya cuma untuk memudahkan urusan Safuraa. Bagi Dini bila kita mudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan mudahkan urusan kita.
Ini komen Dini:
Ads
“Saya dan Safuraa dah lama kenal. Safuraa sebagai bekas model Muslimah dan saya pula sebagai jurumekap. Boleh dikatakan kami sering bekerjasama. Dari situlah kami menjadi akrab dan saya anggap Safuraa seperti adik sendiri.
Sepanjang menjaganya saya gabungkan cara berpantang tradisional-moden seperti dari segi urutan, menu berpantang dan pemakaian bengkung readymade. Bahan-bahan untuk menu berpantang saya dah bawa siap-siap dari Malaysia seperti ulam, rempah, jamu, halia, serai, daun kari, kunyit hidup, cekur dan mandian herba.
Antara menu berpantang yang saya sediakan ialah daging bakar, ayam bakar, ikan bakar, sambal bilis sangan dan bejah (menu berpantang Jawa). Semuanya dimakan bersama ulam.
Nasihat saya jaga makan sepanjang tempoh berpantang, tak lama pun… 44 hari saja. Badan nak pakai lama. Paling penting ketika berpantang ialah dua minggu pertama elak makanan pedas, belacan dan air bergas. Walau dah habis pantang jangan tinggalkan jamu, mandi herba dan ambil makanan seimbang. Banyakkan minum air suam lebih-lebih lagi bagi yang menyusukan bayi.”
Kredit Foto: Instagram ctsafuraa & Dinie Awalluddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, nampaknya putera sulung Nikita Willy dan suami tersayang, Indra Priawan telah genap tujuh bulan baru-baru ini. Kebiasaannya, masyarakat keturunan Jawa akan menjalani adat Tedak Siten bagi meraikan bayi yang menjadi lambang kebanggaan dalam keluarga.
Nikita Willy juga tidak terkecuali dari mengadakan majlis Tedak Siten buat putera tersayang, Issa Xander Djokosoetono atau lebih dikenali sebagai Baby Izz baru-baru ini.
Nikita sekeluarga mengenakan sepersalinan pakaian Jawa lengkap di mana Nikita anggun mengenakan kebaya tradisi. Pasangan ini mengenakan batik dikenali sebagai Sido Drajad di mana sido membawa maksud sebuah harapan manakala drajad pula melambangkan darjat dan keberatan. Sekaligus ia membawa maksud mendalam buat anak kecil ini sebagai anak yang akan memiliki masa depan yang penuh kebaikan.
Menyingkap dekorasi keseluruhan majlis, ia mendapat sentuhan @didietmaulana yang mengetengahkan konsep biru langit dengan palette warna trend 2023 iaitu tranquil blue. Warna tersebut membawa maksud harmoni dan variasi penuh ketenangan. Tedak Siten merupakan budaya warisan leluhur masyarakat Jawa untuk bayi yang berusia sekitar tujuh atau lapan bulan sebagai upacara turun tanah. Kebiasaannya, adat ini dilakukan bertujuan agar anak membesar menjadi anak yang boleh berdikari.
Acara Tedak Siten baby Izz dimulakan dengan Nikita Purnama Willy mencucikan kaki si comel diikuti proses menapakkan kaki Baby Izz ke tujuh dulang berisi beras berwarna warni. Kemudian Baby Izz ditempatkan di dalam sebuah kurungan khas yang diisi pelbagai barangan berupa permainan yang akan dipilih oleh bayi berkenaan.
Menurut tradisi masyarakat Jawa, pemilihan tiga barangan dari dalam kurungan khas oleh bayi berkenaan melambangkan kerjaya yang bakal dipilih oleh bayi berkenaan apabila dewasa kelak.
Jika di Malaysia, upacara jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa Melayu yang merujuk kepada anak kecil yang baru pandai bertatih, dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang permulaan kehidupannya.
Upacara jejak tanah dijalankan secara berbeza dari satu tempat ke tempat lain, baik dari segi cara atau peralatan yang digunakan barangan yang digunakan, malahan kebiasaannya upacara itu akan disertakan dengan majlis ringkas kenduri doa selamat.
Malah tidak banyak bezanya dengan upacara Tedak Siten dimana upacara ini sebagai satu bentuk pengormatan kepada bumi sebagai simbolik untuk si kecil mula melangkah mengenali dunia.
Majlis ini juga diserikan dengan doa agar zuriat penyeri kehidupan rumah tangga ini berjaya dalam segala yang dilakukannya. Semoga Baby Izz membesar dalam lingkungan kasih sayang tanpa berbelah bahagi dari keluarga tersayang.
Untuk rekod, Indra Priawan merupakan pewaris konglomerat Blue Bird Group, perusahaan teksi Blue Bird yang sudah beroperasi di Indonesia lebih dari 40 tahun. Sebelum perkhidmatan pengangkutan secara online diperkenalkan, teksi biru ini jadi salah satu pengangkutan utama di Indonesia.
Lulusan Universitas Indonesia jurusan Teknik Mesin 2013 turut mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakan di bawah nama PT Indra Investama. Nikita dan Indra selamat melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober 2020 yang lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Sairah Tarudin, ibu kepada penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai mengesahkan bahawa anaknya itu kini telah bertudung sepenuhnya.
Menurut Sairah yang merupakan adik kepada Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, keputusan tersebut dibuat atas kehendak dan kesedaran Umai sendiri tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa.
“Ya, Alhamdulillah. Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Sejak mengenakan tudung, dia memberitahu bahawa dirinya berasa lebih tenang,” ujar Siti Sairah.
“Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, memang itulah keputusannya. Apabila mendengar keputusan itu, saya sangat terharu.
“Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri turut berusaha untuk istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat,” katanya penuh syukur.
Istiqamah
Sairah turut berharap agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keteguhan Umai dalam mengekalkan imej baharunya itu.
“Kadang-kadang doa daripada orang lainlah yang Allah angkat dan makbulkan. Insya-Allah, semoga Umai terus kekal dengan keputusan baik ini.”
Raih Pujian Peminat
Terdahulu, beberapa hari lalu Umai bertudung di media sosial dan menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharunya itu.
Penampilannya menerima banyak pujian serta doa daripada para peminat yang turut mendoakan agar dia terus istiqamah.
Keputusan Umai untuk bertudung sepenuhnya bukan sahaja memberi inspirasi kepada para peminat malah bukti kepada perubahan yang lahir daripada hati yang ikhlas sekaligus membawa ketenangan dan kekuatan tersendiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan calang-calang Afifah Nasir! Tak hanya berbakat dalam bidang seni, dia juga sebenarnya seorang wanita pintar. Sering mendapat gred A dan memperoleh keputusan ‘4 flat’ sepanjang bergelar pelajar universiti, kecemerlangan akademik adik Anzalna ini memang cukup mengagumkan.
Lebih istimewa, pemilik nama Nur Afifah Md Nasir ini juga berjaya menggenggam dua ijazah sarjana muda iaitu Bachelor of Science dari Segi College Kuala Lumpur dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Psikologi dari Upper Iowa University sekitar tahun 2015.
Berdasarkan pencapaian akademik tersebut, Afifah menerima Dean’s List! Malah aktres cantik ini terbuka berkongsi kisah kejayaannya meraih penghargaan berkenaan di media sosial.
Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93
Menerusi salah satu posting Afifah, anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan ini mengimbas kembali perjalanan pengajian di Upper Iowa University bersama followers.
Jelas Afifah, dia amat menikmati zaman belajar di universiti dan seronok hadiri kuliah serta teruja menduduki peperiksaan kerana dapat cabar diri di samping melihat sejauh mana dia memahami sesuatu subjek yang dipelajari.
Sambil mengaku dia jenis pelajar yang akan menyiapkan tugasan sebaik saja menerimanya. “I remembered finishing up 5 assignments in one day. Even 6 assignments cause I took 6 subjects per sem. Sounds like I had no life but I did all that just so I could graduated earlier than expected. I didn’t study 24/7.
Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93
I’m a normal human being with a normal lifestyle but yes I took education seriously. Double degree was not easy. Upper Iowa grading system was 96 and above to get an A. Crazy but I took it as achallenge.”
Afifah berkata tidak mustahil untuk berjaya asalkan fokus kepada matlamat dan berdisiplin. Dengan jadual seni yang kian sibuk, dia tidak mungkin dapat sambung belajar peringkat Master dan PhD buat masa ini. Bagaimana pun, dia menyeru masyarakat agar rajin membaca dan menjadi individu berilmu.
Sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi kejayaan adik-beradiknya yang cemerlang dalam pelajaran. Selain Afifah, seorang lagi adik perempuan Anzalna yang juga pelajar pintar ialah Nazirah Nasir. Nazirah kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD.
Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93Kredit Instagram @afifahnasir93
Menariknya, bapa mereka iaitu Professor Dr Md Nasir Ibrahim juga berkelulusan tinggi dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Semoga perkongsian kisah kejayaan Afifah menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berjaya serta menuntut ilmu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.