Rezeki tak pernah salah alamat. Begitulah takdir penyumbang pingat emas pertama untuk Filipina di Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet angkat berat wanita bernama Hidilyn Francisco Diaz ini bakal meraih pelbagai hadiah lumayan sekembalinya ke tanah air nanti.

Rezeki tak pernah salah alamat. Begitulah takdir penyumbang pingat emas pertama untuk Filipina di Sukan Olimpik Tokyo 2020, atlet angkat berat wanita bernama Hidilyn Diaz ini bakal meraih pelbagai hadiah lumayan sekembalinya ke tanah air tak lama lagi.

IKLAN

Berusia 30 tahun dan bertugas sebagai anggota Tentera Udara Filipina, kemenangan Diaz melalui acara angkat berat wanita kategori 55 kilogram (kg) dengan catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya juga mencatat rekod baharu Olimpik.

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina
Foto: Stadium Astro

 

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina

 

Kejayaan tersebut cukup membuatkan kerajaan dan warga Filipina tersenyum bangga. Diaz merupakan anggota Tentera Udara Filipina dan anak kepada pengayuh beca dari sebuah kampung berhampiran pelabuhan Zamboanga, di selatan Mindanao.

Sebagai ganjaran, Diaz bakal menerima wang sebanyak 35.5 juta Peso (RM2.98 juta) tajaan kerajaan Filipina, kerajaan tempatan Zamboanga dan ahli perniagaan di sana.

Bukan itu sahaja, anak kepada pengayuh beca tersebut juga bakal menerima seunit kondominium bernilai 14 juta Peso (RM1.18 juta), satu lot tanah, rumah dan hadiah mewah sampingan lain.

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina
Bersama ibu bapa Hidilyn Diaz

 

Memetik laporan portal Rappler pihak Air Asia Filipina turut menaja penerbangan percuma sepanjang hayat kepada Diaz sebagai penghargaan atas pencapaiannya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menerusi penerbangan percuma berkenaan Diaz berpeluang mengunjungi lebih 140 destinasi yang dihubungkan Air Asia antaranya Asia, Australia, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

 

BERLATIH DI MELAKA

Kejayaan ini tidak hadir dengan mudah. Diaz terpaksa melalui pelbagai dugaan menjelang Tokyo 2020. Antaranya terkandas di Malaysia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

IKLAN

Lebih menarik, Diaz difahamkan mula menetap sementara di Malaysia sejak Februari. Beliau telah menjalani latihan di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kampung Kesang, Jasin, Melaka.

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina

 

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina

 

IKLAN

Ini disebabkan jurulatihnya, Gao Kaiwen dari China berpendapat adalah lebih baik beliau berlatih di Malaysia bagi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk layak ke temasya sukan terbabit.

Bahkan, atlet wanita berkenaan juga menerima suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia.

Disebabkan gimnasium di Kuala Lumpur ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka Diaz dan pasukan berpindah pula ke rumah salah seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia di Jasin.

Pada awalnya beliau berlatih di gimnasium berhampiran, tetapi selepas larangan pergerakan diperketatkan lalu peralatan latihan terpaksa disusun di tempat letak kereta atau garaj rumah tersebut.

Memetik laporan Astro Arena, Diaz menzahirkan penghargaan buat mereka terlibat terutamanya kepada pemilik kediaman yang menyediakan tempat tinggal.

Anak Pengayuh Beca Menang Pingat Emas Olimpik, Hidilyn Diaz Kini Jutawan Baru Filipina

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar saya ke Malaysia untuk berlatih dengan baik.

Saya berterima kasih kepada orang di Jasin, Melaka yang memberikan saya tempat tinggal dan ‘gimnasium’ (garaj dijadikan tempat latihan) ketika saya berada dalam kegusaran tidak tahu untuk ke mana.” Hidilyn Diaz

Semoga semangat dipamerkan Diaz menyuntik inspirasi agar kita tidak mudah putus asa walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam memburu impian.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI