Buat Rawatan IVF Untuk Hamil, Zaskia Sungkar & Irwansyah Syukur Timang Anak Lelaki Kedua, “Semoga Jadi Anak Soleh”

Tumpang bahagia dengar perkhabaran gembira mengenai kelahiran cahaya mata baharu Zaskia Sungkar dan Irwansyah! Setelah puas berikhtiar untuk hamil dan atas keizinan Allah SWT, pasangan popular Indonesia ini dimakbulkan untuk menimang zuriat pertama kira-kira lima tahun lalu selepas sedekad menanti cahaya mata.

Kini, mereka sekali lagi dikurniakan rezeki untuk menerima kehadiran seorang lagi anak yang juga anak lelaki. Menerusi perkongsian di media sosial Zaskia Sungkar, usahawan ini selamat bersalin anak kedua pada 21 Februari lalu.

Artikel https://www.nona.my/hampir-10-tahun-menanti-zaskia-sungkar-kini-hamil-lepas-jalani-ivf/

Zaskia & Irwansyah Timang Anak Lelaki Kedua

Memetik laporan portal Detik Hot, bayi comel yang diberi nama Urwah Muhammad Syahki dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.6 kilogram di Rumah Sakit Bunda Menteng, Jakarta Pusat.

Berkongsi berita gembira itu, Irwansyah memuat naik gambar mengendong si kecil itu dan menitipkan ucapan terima kasih serta syukur.

“Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmush sholihaat. MasyaAllah tabarakAllah. Terima kasih ya rabb udah kirim dia untuk kami.

‘Urwah Muhammad Syahki’ semoga menjadi anak yang soleh dan bisa membawa kita ke syurganya Allah.

Teruntuk isteriku yg solehah, terima kasih ya sayang atas pengorbanannya, sakitnya, capeknya semoga semua ini menjadi penghapus dosa buat kamu. Aku, Ukkasya, Humaira dan Urwah sayang mami.”

Kehidupan Bahagia Zaskia Sungkar & Irwansyah

Zaskia Sungkar mendirikan rumah tangga dengan Irwansyah pada 15 Januari 2011. Pasangan ini dilaporkan pernah mendapatkan rawatan kesuburan IVF di Malaysia dan mengumumkan hamil anak sulung iaitu Ukkasya Muhammad Syahki pada 5 September 2020.

Bayi yang dinanti-nantikan Zaskia dan Irwansyah selama ini dilahirkan pada 30 Mac 2021.

Pada Januari 2025, Zaskia Sungkar memuat naik gambar bersama seorang bayi perempuan yang diberi nama Humaira.

Timbul dakwaan pasangan ini mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat namun tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Mereka menjaga Humaira seperti anak kandung sendiri hingga ke hari ini. Semoga rumah tangga Zaskia dan Irwansyah sentiasa dalam lindunganNya serta bahagia sampai ke syurga.

Share
Published by
Suzi