ROZITA CHE WAN Kotakan Janji Sambut Birthday Aaisyah Ke 8 Dengan 8 Biji Kek!

Selamat ulang tahun kelahiran ke lapan Aaisyah! Sambutan hari jadi anak kepada personaliti terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana menarik perhatian warga maya apabila dirinya diraikan meriah dengan lapan biji kek sebagai simbolik usianya yang kini genap lapan tahun.

Gambar-gambar sekitar sambutan hari jadinya dikongsikan Che Ta menerusi ruangan Instagramnya sambil diraikan oleh ahli keluarga yang lain.

“Lapan tahun, lapan biji kek. Sambutan majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu, Che Ta turut berkongsi beberapa keping foto menyaksikan pelbagai jenis kek pelbagai saiz dan corak menarik dengan hampir semua manisan itu menepati tema warna merah.

Mengikut perancangan, sambutan hari jadi Aaisyah sepatutnya diraikan pada 1 November lepas namun terpaksa ditangguhkan berikutan Aaisyah disahkan positif Covid-19. Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun.

Kelihatan Aaisyah juga tampil anggun menawan menyarung persalinan atas merah jambu beropol dan skirt berona emas. Memamg cantik sungguh Aaishah ini kan!

Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain Saidin pada 2013 selain turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Kredir gambar: Instagram (@rozitachewan1)

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share