Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).
Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Ads
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Ads
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Ads
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertandingan ratu cantik bukanlah sekadar menyerlahkan kecantikan semata-mata namun kisah dan juga perjuangan yang didukung oleh peserta menjadi satu kekuatan yang menjadikan diri lebh menyerlah berbanding orang lain.
Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia, dan Malaysia tidak pernah terlepas dari menghantar calon sejak dari tahun 1962 lagi. Mungkin Malaysia tidak pernah merangkul gelaran juara namun kehadiran wakil dari negara kita sekurang-kurangnya berjaya menarik perhatian ramai orang.
Lihat sahaja kepada kejayaan Mis Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal yang menjadi antara peserta pilihan biarpun tidak berjaya menjadi top 16 di pertandingan Miss Universe, kehadiran mereka menjadi bualan ramai.
Namun siapa tahu, mungkin 18 finalis yang terpilih ini adalah bakal juara dunia? Jom Kita lihat wajah 18 finalis Miss Universe Malaysia 2018.
Menurut Direktor Miss Universe Malaysia yang juga merupakan Miss Malaysia Universe 2003, Datin Elaine Daly, ” Tema untuk tahun ini adakah ‘Beauty Beyond You’ yang mewakili semangat dan dedikasi di sebalik sebuah pertandingan yang mana gadis-gadis dari seluruh Malaysia akan menunjukkan kegigihan dan juga kemahuan mereka untuk berjaya.
Ini bukanlah pertandingan berdasarkan kecantikan semata-mata. Pertandingan ini sebenarnya adalah satu platform yang mampu mengubah kehidupan mereka kepada satu aras yang lebih tinggi. Saya tidak sabar untuk membimbing mereka dan menjadikan mereka yang terbaik dan membawa mereka ke jalan yang menakjubkan yang pernah saya lalui dahulu.”
Jadi siapakah di antara 18 gadis ini yang akan mejuarai mahkota? Kta saksikan perjalanan mereka yang akan disiarkan menerusi saluran Diva HD di Astro dan juga secara atas talian menerusi www.hurr.tv. Pertandingan akhir bakal berlangsung pada 24 Januari 2018 bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran pelakon, pengacara dan penyanyi Anis Al Idrus yang cukup popular suatu ketika dahulu dengan drama Cuak serta lagu Mengapa. Entah kenapa selepas dirinya berkahwin, populariti Anis dilihat terus malap dan hilang dari radar dan lensa media.
Namun baru-baru ini, Anis mengejutkan semua pihak dan memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suami yang dikahwininya setahun lepas. Pendedahan tersebut nyata mengejutkan semua pihak apatah lagi tiada angin tiada ribut Anis mengumumkan diri sudah kembali solo.
Tanpa mendedahkan punca perpisahan menerusi hantaran di Instagramnya, Anis memohon doa yang baik-baik buat dirinya. “Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang sudah Tuhan tentukan sehingga membawa diri saya untuk kembali solo.
“Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar yang ditetapkan Tuhan. Saya juga sedar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” tulis Anis yang juga merupakan graduan Management & Science University (MSU).
Terdahulu, Anis yang juga merupakan pengacara dan usahawan ini mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017, yang merupakan eorang pereka dalaman, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim. Suaminya mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Menerusi tembual bersama Mstar, Anis turut mendedahkan yang buat masa ini dia kini fokus pada kerjaya seninya termasuk bidang lakonan dan pengacaraan.
Anis yang juga merupakan seorang pempengaruh kecantikan turut menyatakan populariti bukan lagi satu yang dikejarnya, kerana Anis sendiri sudah puas selepas menjejakkan diri dalam bidang seni sejak usia 15 tahun. NONA mendoakan semiga yang baik-baik saja buat Anis Al Idrus!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular semalam, kes seorang remaja berusia 15 tahun yang memukul ibunya dengan tangan sambil menghamburkan kata-kata kesat.
Selepas mendapat campur tangan pelbagai pihak, hari ini kes tersebut dikhabarkan selesai apabila si anak ‘dirakamkan’ meminta maaf pada ibunya.
Persoalan di sini bukanlah bagaimana ia berakhir tapi sebagai pengajaran untuk ibu bapa lain adalah dengan memikirkan bagaimana ia bermula.
Kalau diperhatikan kes orang-orang bermasalah, contohnya para penjenayah, anak derhaka, remaja yang keciciran sekolah, penghidap depresi dan sebagainya, mereka tak jadi begitu dalam sehari dua.
Rata-ratanya bermula dari rumah, dari tangan-tangan ibu ayah atau penjaga yang mendidiknya.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, makin terlihat banyak kesilapan cara mendidik anak yang dilakukan oleh kita hingga menjejaskan pertumbuhan mental dan emosi anak-anak.
Satu hal yang pasti, penyebab anak-anak degil bermasalah tapi dianggap remeh adalah soal komunikasi yang kurang berkesan. Kita gunakan bahasa yang salah sampaikan mereka terluka dan menjauhkan diri.
BAHASA ITU, sebenarnya yang menjadikan anak-anak degil tak mahu mendengar cakap, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri.
10 Bahasa Dosa
(1) Bahasa Melaknat
Contohnya sumpah seranah, maki hamun atau carutan menggunakan perkataan yang buruk. Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya menjadi orang yang keras jiwanya.
(2) Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contohnya, “Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?” Ataupun, “Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa begini sangat merobek emosi. Hakikatnya anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won’t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas serta mudah difahami.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.” Al-Hujurat 49:11
Bahasa sarcasm juga boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
(3) Bahasa Berdusta/Menipu
Contohnya, “Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim,” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam). “Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” Ataupun, “Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik dijadikan panduan. Jangan berbohong pada anak, kerana ia akan menghilang kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR Abu Daud)
Jadi belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
(4) Bahasa Menempelak
Contohnya, “Padan muka,” Ataupun, “Tu lah, taknak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
(5) Bahasa Mengkritik/Membebel
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat tapi ia memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa yang suka dileteri.
Kalau nak berikan arahan atau menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat.
Hakikatnya anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan malah akan hilang keyakinan diri mereka.
(6) Bahasa Mengungkit
Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
(7) Bahasa Membandingkan
Contohnya, “Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak bermain saja.” Atau, “Kenapalah kami ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tak disayangi dan depresi.
Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.
(8) Bahasa Mengugut
Contohnya, “Kalau lepas main taknak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” Begitu juga, “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar dan ini diterangkan pada anak-anak.
Yang penting kena konsisten, tegas (bukan garang), dan hukumannya juga perlu berpatutan. InsyaAllah anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin.
(9) Bahasa Menuduh
Contohnya, “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir,” dan “Kenapa adik menangis? Abang/kakak buat ye?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
(10) Bahasa Bisu
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan skil keibubapaan dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas ok!
“Suami Saya Bukan Muda Lagi,” luah isteri Datuk Azizulhasni Awang selepas jaguh berbasikal negara itu merangkul emas keirin di Piala Dunia Trek Perth pada usia 38 tahun.