Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).
Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Ads
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Ads
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Semoga perjuangan saya ini dirahmati Allah SWT..Ikhlas hati demi agama, bangsa dan negara tercinta. Salam hormat, ANNE NGASRI”
Itulah kepsyen ditulis menerusi hantaran terbaru pelakon yang terkenal menerusi drama Cilu Padi suatu ketika dahulu, Anne Ngasri apabila diumumkan menyandang jawatan Exco Wanita Umno Malaysia.
Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri menerusi hantaran yang dikongsi di Instagram, menyatakan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih diatas keyakinan untuk tanggungjawab baharu yang digalasnya itu.
Datin Anne Ngasri yang kini berumur 38 tahun itu berazam mahu memantapkan wadah perjuangannya menerusi tiga prinsip utama yang disandarkan. Ibu kepada enam cahaya mata ini dilihat sudah bersiap sedia mengalas amanah diberi dengan beberapa prinsip dimaksudkannya merangkumi setia, cekal dan pertahankan.
Sebelum ini, Anne yang pernah menyandang jawatan Exco Pengerakan Puteri UMNO Malaysia, terbabit membantu jentera parti Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November, tahun lalu.
Karier politik Anne mula aktif selepas beliau bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012, dan hasil perkongsian tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, termasuk tiga anak hasil dari perkahwinan Anne terdahulu, manakala Mohd Sumali memiliki seorang anak.
Apa-apa pun, NONA ingin mengucapkan sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon cantik Anzalna Nasir memang sangat terkenal dengan budi bicaranya yang lembut dan mempunyai hati mulia. Keberkatan bulan Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anzalna untuk beramal.
Anzalna berhasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya sendiri dan kutipannya disalurkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah, tak semua orang ada niat yang baik macam Anzalna ni. Dah la cantik, lemah lembut, pandai berlakon dan ada bakat melukis pula tu.
Difahamkan, Anzalna hanya berkesempatan untuk kembali menghasilkan karya-karya yang lahir dari hati setelah lebih 20 tahun tidak memegang kanvas dan berus selepas berhenti mengambil tawaran berlakon untuk beberapa bulan ini.
Iyalah, sambil menjaga rumah tangga yang telah dibina selama dua tahun bersama suami tercinta Hanif Zaki, boleh isi waktu yang terluang dengan melakukan aktiviti kegemaran untuk beramal. Baru suami sayang. Betul tak?
Siapa sangka, bakat melukis yang ada pada mulanya hanya dijadikan sebagai hobi sekarang ini boleh meraih pendapatan dan membantu golongan yang memerlukan. Atas permintaan ramai juga, Anzalna mengasah bakatnya dengan cuba melakar potrait perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad.
Hasil painting Anzalna juga mendapat sambutan hangat sehingga lukisan belum siap tapi dah ada orang booking! Apa yang menarik lagi, lukisan Anzalna juga pernah dijual sehingga ke Kanada! Anzalna juga berjaya untuk membuat sedikit sumbangan dengan menyerahkan hasil karyanya untuk digantung di Hospital Kuala Lumpur.
Cantik-cantik painting Anzalna, bukan? Tak sabar Nona nak tengok hasil karya Anzalna yang lebih love lagi selepas ni.
sumber: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menonton filem dari Amerika Syarikat, pastinya konsep restoran bistro menjadi sebahagian dari budaya masyarakat tempatan. Malah, gelaran American bistro seakan sinonim dengan barisan hidangan yang disediakan merangkumi menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun hidangan snek.
TR Fire Grill yang kini memulakan operasi di Pavilion Kuala Lumpur membawa konsep hidangan ala American Bistro dengan menawarkan hidangan yang disediakan segar dan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Keluasan restoran 5,242 kaki persegi amat sesuai untuk menerima kehadiran sehingga 180 tetamu pada satu-satu masa di mana ia turut dilengkapi kemudiahan audio visual, cigar room dan bar yang terletak agak berjauhan dari bahagian dapur utama.
TR Fire Grill mula diperkenalkan di Florida, Amerika Syarikat ini pastinya menjadi pilihan penggemar hidangan berasaskan grill yang disediakan segar setiap hari dari dapur restoran ini.
Menu Sentuhan Tempatan
Melangkah masuk ke restoran yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur suasana bistro Amerika yang moden menyambut kedatangan si penggemar hidangan berasaskan grill di mana ia amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga mahupun rakan sekerja.
Dekorasi dalaman restoran yang moden dan luas serta gabungan tempat duduk ala bistro menjadikan ianya lokasi dine in yang sesuai bukan sahaja bersama keluarga malah rakan sekerja untuk tujuan makan tengah hari atau makan malam.
Jika anda datang secara berkumpulan, terdapat meja khas yang boleh digunakan untuk anda meraikan rakan sekerja dengan pemandangan bangunan pencakar langit di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Suasana bertambah romantis sekiranya anda datang menikmati hidangan di waktu malam apabila lampu neon melimpahi segenap ruang di dalam restoran. Pasti romantis bukan!
Bercerita mengenai menu yang dihidangkan, pastinya anda akan terliur melihat deretan menu yang menapilkan hidangan yang variasi dan pastinya memenuhi citarasa anda. Sebagai hidangan pembuka selera, anda boleh mencuba hidangan seperti sup dan salad. Penulis sendiri diberi kesempatan mencuba Smoked Chicken & Tortilla Soup yang enak dan disediakan dengan kaedah memasak yang sempurna.
Bagi si penggemar hidangan berasaskan salad, jangan lupa untuk mencuba aneka hidangan berasaskan salad seperti Whistle Stop Club Salad, Harvest Saald, Smoked Steak Salad mahupun House BLT Salad yang pastinya membuka selera. Tidak cukup sekadar hidangan salad, aneka burger, sandwic dan hidangan utama pastinya memenuhi selera anda.
Apatah lagi apabila menyebut menu seperti 1/2 pound American Burger, Smoked Meatloaf, steak seperti Rib eye Steak dan sebagainya. Penulis tertarik dengan hidangan Salmon & Zoodles yang menggunakan zucchini pasta kerana ia merupakan hidangan sihat yang boleh dijadikan pilihan buat individu yang mementingkan soal pemakanan.
Malah, penulis teruja mencuba hidangan Chicken & Waffles di mana ia menggabungkan hidangan manis dan berempah yang sering ditonton hanya melalui kaca televisyen sahaja. Namun kini, ia boleh dinikmati di TR Fire Grill!
Bagi si penggemar manisan pencuci mulut pula, jangan lupa untuk menikmati Chocolate Mayhem, hidangan pencuci mulut yang merangkumi asi krim coklat, kek coklat bersama sos karamel Gula Melaka dan dihiasi dengan mouse coklat, coklat snickers dan biji espresso. Pendek kata, hidangan ini pastinya akan membuatkan si penggemar hidangan manisan teruja dan terbuai dalam kekenyangan gabungan coklat yang mempersonakan.
Jadi, kunjungan anda ke TR Fire Grill pasti tidak mengecewakan sekiranya anda gemarkan pelbagai hidangan bercirikan American Bistro yang turut diberi sentuhan tempatan untuk variasi hidangan yang pelbagai.
Untuk memenangi baucer makanan di TR Fire Grill, hantarkan kapsyen slogan menarik beserta gambar selfie anda dengan Majalah Nona menerusi Facebook dan Instagram.
“Saya ingin memenangi baucer TR Fire Grill kerana …..” (tidak melebihi 20 patah perkataan). Para pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Majalah Nona. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!