Cantik Isteri Dato’ Imuda, 16 Tahun Layari Perkahwinan Datin Zabarina Bahagia & Bergelar Ibu 2 Anak!

Cantik manis suri hati kesayangan Dato’ Imuda! Orangnya kecil molek, hidung mancung dan sejuk mata memandang. Meskipun suami tercinta seorang selebriti dan bertaraf VIP namun Datin Zabarina selesa bersederhana. Baik dari segi penampilan mahupun gaya hidup.  

Meninjau media sosial baru-baru ini, Dato’ Imuda berkongsi aktiviti ketika Ramadan dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di Shah Alam pada 12 Mac lalu.

Dato’ Imuda Meriahkan Majlis Berbuka Puasa

Ujarnya, kehadirannya ke majlis tersebut adalah atas jemputan tokoh usahawan yang juga pemilik rangkaian Hard Rock Cafe, Concorde Hotel dan Nobu di Malaysia, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir. 

Kongsi kartunis ini, “Menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Concorde Hotel Shah Alam, Khamis lepas 12/3/2026 atas jemputan Tan Sri Jojo. Turut hadir bersama di majlis ini ialah YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah.” 

Pada majlis itu, Dato’ Imuda atau nama sebenarnya A Rahim Muda hadir bersama isteri tercinta dan dua cahaya mata tersayang.

Bintang sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut segak berbaju Melayu. Sementara Datin Zabarina pula anggun berbaju kurung. Kedua-dua tampil dalam warna sedondon bersama anak-anak.  

Rumah Tangga Bahagia Dato’ Imuda

Pada 20 Februari lalu, pasangan romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-16. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan Ziqri dan Raysya Zara. Masing-masing berusia 16 dan sembilan tahun.  

Menariknya, kedua-dua anak Dato’ Imuda pernah membintangi telemovie 19 Puasa pada 2023 arahan anak Allahyarham pengarah tersohor, Mamat Khalid iaitu Amen Khalid. 

Lebih empat dekad berkecimpung dalam industri hiburan dan menjadi anak seni, aktor yang cukup sinonim dengan watak Budin berkenaan menerima gelaran Dato’ pada 30 Julai 2024.  

Artikel https://www.nona.my/4-dekad-jadi-anak-seni-imuda-kini-bergelar-dato-kurniaan-tyt-pulau-pinang-tun-ahmad-fuzi/

Dato’ Imuda merupakan antara penerima Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan (DKBP) Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bersempena Hari Ulang Tahun TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak ke-75. 

Dalam istiadat itu, Imuda menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato’. 

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Imuda Art, anak jati Pulau Pinang berkenaan kelihatan segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dato’ Imuda mempunyai dua orang anak. Bekas isterinya iaitu Roslinda Rosli meninggal dunia pada Disember 2008. 

Selain bergelar pelakon, Dato’ Imuda juga aktif sebagai pelukis dan kartunis menerusi komik popular Gila-Gila. 

 

Share
Published by
Suzi