
Khairul Aming Cipta Fenomena, Video 30 Hari 30 Resipi Jadi Tumpuan
Luar biasa aura insan bernama Khairul Aming ini. Apa saja yang dilakukan anak muda kelahiran Kelantan ini pasti menjadi perhatian khalayak khususnya dalam kalangan warga maya.
Tidak hairanlah, dia dikenali sebagai pempengaruh media sosial berjaya kerana mampu meninggalkan impak positif kepada penonton.
Dinobat sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 2025 kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya, perkongsian video Khairul Aming ketika Ramadan amat dinanti-nantikan followers setia.
Tahun ini video 30 Hari 30 Resipi Khairul Aming memasuki tahun kesembilan!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, content yang dihasilkan pemilik restoran Rembayung ini menjadi tumpuan. Baru 1 Ramadan, video resipi KA sudah pun mencecah lebih sejuta tontonan.
Dedahnya, “Sesi pembelajaran akan bermula tak lama lagi. Doakan dapur students tak terbakar tahun ni. Selamat datang ke tahun kesembilan.”
Rata-rata pengikut setia mengagumi kredibiliti usahawan Sambal Nyet ini. Mana tidaknya, dalam kesibukan menguruskan restoran Rembayung yang mendapat sambutan luar biasa pelanggan, dia masih mampu menghasilkan video 30 Hari 30 Resipi berkenaan.
Resipi Ayam Sos Plum misalnya meraih hampir empat juta tontonan. Sementara resipi Sardin Tumis Bersantan & Nasi Goreng Cili Kering pula memperoleh lebih dua juta tontonan.
Bukan hanya resipi lauk-pauk, KA atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman turut berkongsi menu air berbuka puasa dan sajian pencuci mulut seperti Puding Karamel.
“Haa tahun ni kita bagi both air manis dan air kosong. Boleh cuba semua air tapi jangan banyak sangat minum air manis okey.
Ini resipi Puding Karamel. Tahun lepas ramai yang gagal buat, so
tahun ni kita R&D balik dengan resipi yang inshaAllah tak gagal. Bestnya makan sejuk-sejuk baru keluar dari peti ais.”Dalam pada itu, KA turut mendedahkan rancangan istimewanya sempena Ramadan kali ini.
“Selepas 2 bulan planning, hari ni kita transform Rembayung menjadi live room terbesar di Malaysia. Dengan bantuan 10 co-host termasuk Zizan Razak, kita akan live di rembayung bermula 12 tengah hari ni untuk anda semua.
Macam-macam aktiviti kita akan buat, termasuk perkongsian ramadan dan masak-masak live dari dapur bersama chef and kita nak hadiahkan 80 pax
untuk makan di Rembayung, boleh pilih tarikh dan masa yang nak. Tertakluk terma dan syarat.”Difahamkan Khairul Aming mula aktif menjadi content creator sepenuh masa pada tahun 2020.
This website uses cookies.