Hiburan

Comelnya Aishah Al Iman, Anak Wany Hasrita Cecah Usia 4 Bulan & Jadi Tumpuan Peminat!

Tumpang bahagia tengok kehidupan penyanyi popular, Wany Hasrita sejak bergelar isteri. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, rutin harian pelantun lagu Menahan Rindu ini bertambah bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai lepas.

Ternyata peminat ternanti-nanti hendak melihat wajah permata hati selebriti cantik berkenaan.

Bersempena pelancaran single terbaharu Cinta Hatiku pada awal November lepas, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.

Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita

Bayi perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi tersebut meraih perhatian ramai khususnya peminat setia ibunya, Wany Hasrita!

Kecomelan Aishah menjadi bualan dan dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, makin sihat dan ceria pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.

Berkaitan single Cinta Hatiku, ibu jelita berusia 31 tahun ini menerusi media sosial memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat Aishah.

Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita
Kredit Instagram @wanyhasrita

“Ibu record lagu ni masa Aishah 37 minggu. Lagi dua minggu Aishah nak lahir dah.

Anak, semoga membesar dengan baik, kuat dan tabah. Suka dukamu, jatuh bangunmu, ibu sentiasa ada.”

Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak 2010.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/terima-kasih-allah-atas-bahagia-ini-sheera-iskandar-makin-jelita-syukur-dikurnia-anak/

IKLAN
Share