Tumpang bahagia tengok kehidupan penyanyi popular, Wany Hasrita sejak bergelar isteri. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, rutin harian pelantun lagu Menahan Rindu ini bertambah bermakna dengan kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai lepas.
Ternyata peminat ternanti-nanti hendak melihat wajah permata hati selebriti cantik berkenaan.
Bersempena pelancaran single terbaharu Cinta Hatiku pada awal November lepas, pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini akhirnya terbuka mendedahkan wajah anak tersayang kepada umum.
Bayi perempuan yang diberi nama Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi tersebut meraih perhatian ramai khususnya peminat setia ibunya, Wany Hasrita!
Ads
Kecomelan Aishah menjadi bualan dan dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, makin sihat dan ceria pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.
Berkaitan single Cinta Hatiku, ibu jelita berusia 31 tahun ini menerusi media sosial memberitahu lagu tersebut didedikasikan khas buat Aishah.
Wany yang juga pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak 2010.
Rambut menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan, terutama wanita. Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan. Walaupun hanya duduk di rumah tak bermakna anda tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut yang cantik menjadi milik anda.
Tidak kira samada berhijab atau tidak, rambut perlu diberi penjagaan yang khusus. Jika berhijab, pastikan rambut berada dalam keadaan yang baik dan dijaga dengan penjagaan syampu secara berkala untuk mengelakkan masalah rambut kepam, gugur dan kelemumur secara berlebihan. Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada terdedah kepada anasir luar seperti kotoran dan pencemaran malah boleh menyerlah penampilan seseorang. Namun, akibat stres, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat, perubahan cuaca, penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai merupakan punca masalah rambut.
Memang benar masalah rambut tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh tetapi boleh mencacatkan penampilan, menurunkan keyakinan diri dan prestasi kerjaya merosot. Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum berlaku masalah rambut lebih baik mencegahnya dengan melakukan pemeriksaan rambut dan kulit kepala. Jika pemeriksaan kesihatan dilakukan setahun sekali, pemeriksaan kesihatan rambut begitu juga.
Secara purata, kulit kepala manusia mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari. Apabila usia kita meningkat, pertumbuhan rambut kita mula menjadi perlahan. Bagaimanapun, sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, kita perlu mendapatkan khidmat pakar rambut.
Bagi mengenal pasti keadaan rambut sebaik-baiknya jalani pemeriksaan rambut atau kulit kepala enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali. Memandangkan kulit kepala boleh menimbulkan masalah kulit atau dermatologi, kesihatan kulit kepala penting untuk kesihatan rambut. Pemeriksaan rambut atau kulit kulit kepala membantu mengenal pasti isu berkaitan rambut seperti kecacatan umbi rambut, folikel tersumbat, penyahhidratan kulit kepala, longgokan natrium, daki, jangkitan kulat dan bakteria dan kekurangan pemakanan.
MASALAH-MASALAH RAMBUT
Rambut kering atau rapuh
Menandakan kekurangan protein, vitamin A, sulfur, silikon atau zink dan hormon tiroid tidak seimbang.
Keguguran tekstur atau sinar rambut
Menandakan kekurangan asid lemak penting, vitamin B6, magnesium atau zink dan pertumbuhan hormon yang tidak seimbang.
Rambut cepat beruban
Disebabkan oleh tekanan dan ketidak seimbangan testosteron, hormon pertumbuhan atau ACTH (hormon pituitari).
Masalah kulit kepala (contohnya kelemumur)
Menandakan jangkitan kulat, yang dipercepatkan oleh diet tinggi karbohidrat, gangguan keimunan sistemik, tahap tekanan yang tinggi dan kekurangan Vitamin B, zink, biotin, selenium atau kuprum (lebih-lebih lagi jika sensitif kepada matahari)
Keguguran rambut (bertompok-tompok)
Disebabkan oleh keracunan logam, kekurangan asid folik & zink, dan ACTH atau kortisol tidak seimbang.
Keguguran rambut (secara berlebihan)
Menandakan kekurangan pengaliran atau pengedaran darah ke kulit kepala. Ini juga boleh bermakna kekurangan protein, asid lemak penting, Vitamin B, silikon dan zink dan pertumbuhan tidak seimbang hormon tiroid dan hormon pertumbuhan (terutama sekali jika keguguran rambut berlaku secara menyeluruh).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah bila jadi ‘public figure’ setiap gerak-geri dan penampilan pasti menjadi perhatian khalayak. Apatah lagi setiap kali menjelangnya Syawal. Platform media sosial ‘dibanjiri’ dengan himpunan foto serta video sambutan Raya daripada para selebriti dan individu berpengaruh yang meraih perhatian peminat khususnya warga maya.
Terbaharu, kemeriahan Hari Raya Azrinaz Mazhar Hakim menarik tumpuan apabila bekas personaliti televisyen ini menganjurkan sesi Rumah Terbuka bersama sahabat-handai dan kenalan rapat di kediamannya.
Bukan calang-calang tetamu yang berkunjung ke rumah Azrinaz. Antara yang menerima jemputan ialah Dato’ Seri Aliff Syukri sekeluarga, Datuk Ziela Jalil, Datuk Mukhriz Mahatir dan isteri, To’ Puan Seri Norzieta Zakaria, Datuk Sheila Majid, Vie Shantie dan suami, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Tidak ketinggalan, beberapa personaliti televisyen dan selebriti seperti Alif Satar, Nabil Ahmad dan isteri, Noor Nabila serta content creator, Rosix Omar.
Selaku tuan rumah, Azrinaz Mazhar Hakim yang anggun mengenakan rona pastel merah jambu dan biru lembut mesra menyambut para tetamu di samping suami tercinta dan dua cahaya mata perempuan kesayangan.
Ujarnya, “A week after Raya still in festive mood and celebration. Syawal kita raikan. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita eratkan.”
Seronok tengok ukhwah yang terjalin di antara mereka. Walau masing-masing terkenal dan berjaya dalam bidang yang diceburi namun tetap saling menyokong antara satu sama lain.
Lebih istimewa, para tetamu berpeluang menelusuri ruang kediaman mewah milik Azrinaz. Dari ruang tamu, dapur sehinggalah surau, kebanyakan mereka terpukau dengan dekorasi dan keluasan rumah agam isteri Fairos Khan tersebut.
Menerusi video yang tular di media sosial, Dato’ Seri Aliff Syukri turut meluahkan rasa kagum melihat segenap ruang di rumah berkenaan dihias indah. Serba mewah dan eksklusif bak mahligai!
Azrinaz Mazhar Hakim yang kini meniti usia 46 tahun mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang kagum tengok kulit wajah asli penyanyi kelahiran Indonesia, Anggun Cipta Sasmi! Mana tidaknya, pada usia yang sudah pun mencecah 51 tahun dia kelihatan sihat bertenaga dan cantik semula jadi meskipun tanpa secalit solekan.
Diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat pastinya menjadi antara ‘petua’ Anggun mampu memiliki penampilan elegan seperti hari ini.
Baru-baru ini, Anggun berkongsi foto terkini yang memaparkan kulit wajahnya tanpa mekap di media sosial dan ia meraih pelbagai reaksi daripada peminat kesayangan. Pelantun lagu Snow on The Sahara ini tidak kisah mendedahkan keaslian wajahnya yang kepada umum. Meskipun jelas kelihatan garis kedutan.
Sempena ulang tahun kelahiran ke-51 pada 29 April lalu, Anggun Cipta Sasmi meluahkan rasa syukur dengan penampilannya pada usia 50an.
“51 years on earth. No Botox, no fillers. I embrace my wrinkles and my imperfections. It’s the face my parents gave me, I see them whenever I see myself.
I take care of my face as best as I can. It has smiled and cried with me throughout the years. I make it beautiful; I make it pleasant. But beyond everything, I make it honest.”
Dilahirkan di Jakarta, Indonesia, Anggun merupakan penyanyi, penulis lirik, pelakon dan personaliti televisyen. Dia dikhabarkan mula berkecimpung dalam arena hiburan seawal usia tujuh tahun. Kini dia aktif menjadi juri pencarian bakat antarabangsa.
Berasal dari keluarga berjiwa seni, Anggun Cipta Sasmi dididik oleh bapanya mengenai teknik vokal yang berdisiplin dan diajar bermain piano. Pada usia sembilan tahun, dia sudah pun merakam album kanak-kanak.
Anggun pernah mendapat pengiktirafan sebagai Penyanyi Asal Indonesia dengan Penjualan Album Terlaris di peringkat dunia.
Ibu jelita ini mendirikan rumah tangga dengan seorang jurugambar profesional iaitu Christian Kretschmar pada tahun 2018.
Terdahulu, Anggun pernah berkahwin dengan jurutera Perancis iaitu Michel Georgea yang juga pengurus peribadinya ketika awal karier di Eropah.
Dia kemudian berkahwin dengan Louis-Olivier Maury pada tahun 2004 namun berpisah selepas dua tahun bergelar suami isteri. Anggun seterusnya menjalin hubungan dan berkahwin dengan seorang penulis di Perancis iaitu Cyril Montana.
Menerusi perkahwinan itu, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kirana Cipta Montana Sasmi yang kini berusia 18 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!