Gaya Hidup

Comelnya Anak Raja Ilya, Talita Cecah Usia 9 Bulan & Mirip Wajah Bapa!

MashaAllah, comelnya anak Raja Ilya dan Trent Garret! Menginjak usia sembilan bulan pada 1 April lepas, bayi perempuan comel dan sihat yang diberi nama Talita ini sudah pasti menjadi tumpuan peminat ibunya di Malaysia.

Mewarisi keturunan Australia dan Malaysia, kehadiran Talita nyata menyerikan lagi rumah tangga aktres jelita ini. Apatah lagi, Raja Ilya dan suami menanti selama tiga tahun untuk menimang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon yang pernah membintangi filem Suamiku Encik Perfect 10 ini kelihatan semakin bahagia sejak bergelar ibu. Bahkan media sosial Raja Ilya turut sarat dengan himpunan foto dan video anak tersayang.

Malah akaun Instagram Talita yang dicipta khas untuk tatapan peminat sejak Mei tahun lalu juga sudah pun mencecah hampir 50 ribu followers!

Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @talitalovegarrett

Mengimbas kelahiran bayi comel ini, Talita dilahirkan di Perth, Australia pada 1 Julai 2022.

Menariknya, Julai menjadi bulan cukup bermakna buat pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini kerana suami dan anak tersayang berkongsi bulan lahir yang sama!

Talita dilahirkan pada tanggal 1 Julai, sementara Raja Ilya pula 11 Julai dan suaminya, 17 Julai.

Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya
Kredit Instagram @rajailya

Anak jati Ipoh yang bakal berusia 38 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kelahiran Australia iaitu Trent Garret di Perth pada 23 Disember 2018.

Sejak berkahwin, Raja Ilya mengikuti suami dan menetap di Australia.

Disember lepas, mereka sekeluarga pulang ke Malaysia selama sebulan dan berkesempatan bertemu sanak saudara di Ipoh, Perak.

Selain berlakon dalam pelbagai drama dan filem, Raja Ilya sebelum ini pernah menjayakan watak dalam beberapa siri drama berbahasa Tamil.

 

 

IKLAN
Share