Comelnya Muhammad Jibril! Kongsi Foto Dari Bayi Sampai Sekarang, Anak Lelaki Fatin Afeefa Cecah Usia 2 Tahun

Pejam celik, anak lelaki bongsu Fatin Afeefa sudah pun menginjak usia dua tahun. Masih ingat lagi momen selebriti ini dan suami mengumumkan kehadiran Muhammad Jibril kepada peminat. Waktu itu, Jibril sudah berumur tujuh bulan. 

Hujung Februari lalu figura jelita ini berkongsi foto Jibril di media sosial sempena ulang tahun kelahiran cahaya mata kesayangan. Ralit tengok gambar anak ketiga Fatin Afeefa ini yang juga zuriat sulung Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Muhammad Jibril Injak Usia 2 Tahun

Mana tidaknya, kecomelan wajah Muhammad Jibril turut menarik perhatian peminat Afeefa dan warga maya. Melentik bulu mata si comel ini! 

Tulis pelakon Tentang Bulan berkenaan, “And just like that, you’re 2.” 

Fatin Afeefa, suami dan Muhammad Jibril baru selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci pada Januari lepas.  

Penampilan Fatin Afeefa yang kini lebih sopan dan melambangkan Muslimah sejati nyata menarik perhatian peminat. Terserlah keayuan suri hati Opai ini. 

Tidak kurang juga telatah manja dan wajah comel anakanda kesayangan yang sentiasa menghiburkan pasangan ini sepanjang berada di Tanah Suci. 

Artikel https://www.nona.my/kongsi-momen-di-tanah-suci-penampilan-ayu-fatin-afeefa-wajah-comel-anak-ketika-umrah-raih-tumpuan/

Ibu Muhammad Jibril

Figura jelita ini sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada Disember 2022. Pelakon filem Tentang Bulan tersebut turut dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Sejak kembali bergelar isteri dan mendedahkan berita mengenai kelahiran anak lelaki pada tahun 2024, Fatin Afeefa jarang tampil di kaca televisyen. Bahkan dia kini lebih selesa menguruskan anak-anak dan suami tercinta. 

Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin rancak mengusahakan perniagaan sendiri.

Selain itu, dia juga sering diundang menghadiri majlis pelancaran fesyen, kesihatan dan kecantikan di samping menjadi jurucakap bagi produk terlibat. 

Share
Published by
Suzi