“Comelnya!!” Setelah Sekian Lama, Akhirnya NEELOFA Dedah Wajah BILAL Buat Pertama Kali

Buat pertama kali dan akhirnya, selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi. Melalui hantaran dibuat kita-kira pukul 10 malam tadi, Neelofa berkongsi detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut dan rakan-rakan artis. Mana tidak, setelah sekian lama berahsia, kini tibalah masanya Neelofa berkongsi gambar dan video Bilal.

Neelofa selamat melahirkan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu. Dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Di kepsyen, Neelofa turut menulis ayat-ayat istimewa yang ditujukan pada putera sulung kesayangannya itu. Tulis Neelofa “Cinta dan sayang pada anakku Bilal Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil

Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah

Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku.

Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…

Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya. Semoga fakih dia dalam agama…Semoga doanya adalah seperti disebut nabi. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Selepas Neelofa membuat hantaran tersebut, ketika artikel ini ditulis video Neelofa tersebut sudah menerima 400,000 tanda suka serta ruangan komen dihujani dengan pujian dan kegembiraan peminat dan rakan-rakan artis selepas akhirnya dapat melihat wajah Bilal.

IKLAN
Share