Berita

Comelnya Wan Maryam & Pandai Bergaya, Buah Hati Mawar Karim Ini Cecah Usia 6 Tahun!

Alahai, comelnya buah hati Mawar Karim ini! Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan Wan Maryam. Melihat wajah terkini anak tunggal usahawan Tudung Fareeda berkenaan jelas kelihatan Maryam seorang kanak-kanak yang membesar sihat dan ceria.

Sebagai ibu, Mawar juga tidak terkecuali seperti ibu bapa lain yang gemar berkongsi telatah anak tersayang di media sosial. Malah rata-rata followers setia terhibur dengan sikap buah hati Mawar ini yang pandai bergaya.

Tidak kira apa jua perayaan, pasti terselit aksi Maryam di samping ibu kesayangan.

Terbaharu, Mawar memuat naik gambar memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Maryam yang keenam pada 29 Disember lepas.

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim

Jelitawan berusia 34 tahun berkenaan dilihat mengenakan baju kasual rona kuning dan tudung warna nude nampak bahagia meraikan hari lahir Maryam.

Ujar Mawar, “Sanah Helwah. Barakallah Fii Umrik anakanda ya Maryam. Cepatnya Maryam dah 6 tahun.”

Artikel https://www.nona.my/cetus-fenomena-tudung-fareeda-usia-34-mawar-karim-kental-matang-jadi-usahawan/

Tidak ketinggalan menitipkan doa dan ucapan sempena hari lahir ialah bapa Maryam, Fizo Omar. Dalam perkongsian di media sosial, aktor ini mengimbau momen ketika anak sulungnya itu berusia dua tahun.

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @fizoomar

“Daddy’s girl sangat. Apa yang daddy buat semua dia nak ikut. Masa ni baju daddy dia yang pilih ikut yang dia suka. Aduh.

29 December Cik Yam turned 6 dah. Sekejap je masa berlalu. My 1st daughter who always in my heart.”

Kredit Instagram @mawar_karim
Kredit Instagram @fizoomar

Artikel https://www.nona.my/2-tahun-kahwin-dikurnia-rezeki-2-anak-fazeera-bahagia-rai-anniversary-jadi-isteri-fizo/

Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun berpisah selepas enam tahun bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam.

 

IKLAN
Share