Alahai, comelnya buah hati Mawar Karim ini! Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan Wan Maryam. Melihat wajah terkini anak tunggal usahawan Tudung Fareeda berkenaan jelas kelihatan Maryam seorang kanak-kanak yang membesar sihat dan ceria.
Sebagai ibu, Mawar juga tidak terkecuali seperti ibu bapa lain yang gemar berkongsi telatah anak tersayang di media sosial. Malah rata-rata followers setia terhibur dengan sikap buah hati Mawar ini yang pandai bergaya.
Tidak kira apa jua perayaan, pasti terselit aksi Maryam di samping ibu kesayangan.
Terbaharu, Mawar memuat naik gambar memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Maryam yang keenam pada 29 Disember lepas.
Tidak ketinggalan menitipkan doa dan ucapan sempena hari lahir ialah bapa Maryam, Fizo Omar. Dalam perkongsian di media sosial, aktor ini mengimbau momen ketika anak sulungnya itu berusia dua tahun.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun berpisah selepas enam tahun bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerana terlalu ghairah hendak memiliki kulit putih gebu, kebanyakan wanita menderita penyakit kulit akibat produk pemutih. Bukan hanya menggalakkan pembentukan pigmentasi sehingga mengalami hiperpigmentasi disebabkan lapisan epidermis kulit yang kian menipis, lebih memburukkan apabila gejala ochronosis mula terbit. Suatu keadaan yang mengakibatkan kulit bertukar warna biru kehitaman.
Peringatan untuk semua wanita termasuk lelaki, meskipun anda telah menggunakan sesuatu produk pemutihan sekian lama dan berjaya memiliki kulit yang diidamkan namun usah terlalu yakin terhadap keberkesanannya jika anda tidak mengambil tahu tentang kandungan bahan di dalamnya selama ini. Cuba semak sekarang dan kalau mendapati ia mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, buang segera!
Tahukah anda pendedahan terhadap kandungan beracun hydroquinone dalam tempoh yang lama menyebabkan ia mengalami hiperpigmentasi. Dalam keadaan tertentu tahap hiperpigmentasi ini boleh mengundang kepada masalah ochronosis.
Di Malaysia, masalah kulit ochronosis jarang berlaku namun apabila ia hinggap pada kulit wajah atau tubuh badan tiada lagi rawatan yang boleh mengubatinya. Berdasarkan laporan City Press tahun lalu, trend yang mula digilai sejak 1960an dan 1970an ini kembali menjadi kegilaan ramai wanita dan juga lelaki masa kini disebabkan mereka percaya memiliki kulit putih adalah cantik.
Di Afrika Selatan misalnya, rata-rata wanita di sana yang berkulit gelap turut tidak terkecuali merebut peluang memiliki kulit putih dengan menggunakan produk kosmetik jalanan yang ternyata mengandungi bahan beracun seperti merkuri, steroid dan hydroquinone. Menurut Profesor Ncoza Dlova yang merupakan ketua pakar dan ketua jabatan dermatologi di University of KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, jumlah pesakit di klinik awam dan swasta disebabkan komplikasi kulit akibat penggunaan krim pemutih menunjukkan peningkatan.
Di Malaysia, Pakar Perunding Dermatologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Azura Mohd Affandi pula menjelaskan, “Tidak dinafikan hydroquinone merupakan bahan pemutih yang berkesan mencerahkan kulit wajah, melambatkan pengeluaran ezim tyrosinase dan mengurangkan pembentukan melanin. Namun jika digunakan tanpa pemantauan atau preskripsi doktor, ia boleh mendatangkan kesan mudarat pada kulit.”
Penggunaan hydroquinone dalam jangka masa pendek boleh menimbulkan reaksi kegatalan, kemerahan dan pengelupasan kulit. Penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi sekali gus mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.
Sekitanya digunakan dalam dos tinggi, ia turut berisiko menyebabkan kesesakan nafas dan serangan lelah.
Kenali Kewujudan Hiperpigmentasi
Masalah kulit ini biasanya terjadi pada semua bahagian tubuh termasuk wajah, tangan, leher dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti penyalahgunaan produk pemutih, hormon, genetik dan pendedahan kepada sinar matahari.
Terdapat 4 jenis hiperpigmentasi iaitu:
Sumber: Utusan Malaysia & City Press
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelunakan suaranya mendendangkan lagu popular, Cinta Tersimpul Rapi tahun 1999 meninggalkan kesan mendalam kepada peminat seni tanah air hingga ke hari ini. Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu, aura Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman atau mesra di sapa sebagai Anis Suraya masih mempersona.
Bukan hanya dikagumi kerana bakat, Anis juga seorang wanita yang penuh kelembutan, sopan dan merendah diri. Pendek kata, peluang bekerjasama dengan figura ini cukup menyenangkan.
Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1996, Anis Suraya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Liza Hanim pada awal tahun 2000.
Lagu-lagu nyanyian Anis juga bukan hanya ‘hit’ dan meniti di bibir peminat muzik malah dia turut berjaya merangkul gelaran Juara Voice of Asia 2000 sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Kazakhstan. Bukan calang-calang!
Baru-baru ini, Anis terlibat dalam sesi vocal coaching dengan penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu.
Ujarnya, “Kekadang sampai satu masa kita perlu memberi dan memanfaatkan waktu dan kesempatan yang diberi disemai menjadi benih agar ia membunga dan berkembang di taman. It’s not about winning, it’s about everything happens for a reason.
All the best buat semua student UniSZA bagi subjek “Public Speaking” dan “Introduction to Languages and Linguistics” tahun satu ISM Bahasa Inggeris dan Komunikasi, ISM Bahasa Melayu dan Komunikasi, ISM Perhubungan Awam, ISM Dietitik dan ISM Nutrisi. Semoga kalian semua mendapat ‘sesuatu’.”
5 Jun lepas, kerabat diraja Terengganu ini menerima Anugerah Gendang Sari sempena Anugerah Seni Makum Sesi 2022/2023 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sejak awal pembabitan Anis dalam industri seni dia tidak pernah terpalit dengan kontroversi dan mengekalkan imej bersihnya. Walau terkenal dan berstatus kerabat diraja namun Anis cukup merendah diri.
Dia juga merupakan kakak kepada pelantun lagu Melodi Hati, Shawn Baharin atau terkenal dengan gelaran Ricky Martin Malaysia.
Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat jelitawan ini jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Ketika dihubungi Nona, Anis mendedahkan tumpuannya kini lebih kepada menjaga suami dan anak-anak.
“Alhamdulillah hidup Anis sekarang lebih tersusun. Banyak masa dengan keluarga dan melayan hobi menyanyi sekali-sekala. Perkembangan terbaru, sekarang ni Anis fokus pada kerja hakiki Anis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu.
Selaku Pegawai Kebudayaan, minat dan hobi Anis cukup terisi kerana Anis diberi peluang bergiat aktif dalam seni budaya negeri. Bukan sahaja mengajar kelas vokal, malah turut membimbing pelajar-pelajar bermain alat muzik gamelan melayu, tarian tradisional, koir dan yang terbaru mengurus dan mengendalikan radio internet universiti.
Anis masih lagi aktif menyanyi tapi hanya muncul sekali-sekala di media sosial dengan nyanyian semula lagu-lagu sendiri, nyanyian cover lagu artis-artis baru, product review dan luang masa bersembang dengan followers.”
Anis Suraya ialah ibu kepada lima cahaya mata iaitu Puteri Elisya Farzana, Muhamad Fariz Putra, Muhamad Baihaqi Putra, Muhamad Adam dan Puteri Eryna Sofia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai terpesona dengan wajah jelita Syafiqa Melvin iaitu kakak kepada pelakon Syatilla Melvin di hari perkahwinannya baru-baru ini. Memang naik seri wajah bekas Juara pencarian Gadis Melayu dan pengacara Bersamamu berkenaan!
Malah Syafiqa atau mesra di sapa Kak Long persis anak dara. Kecantikan wanita ini di pelaminan terserlah meskipun ini merupakan perkahwinan keduanya.
Syafiqa atau nama sebenarnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang kini berusia 34 tahun ialah anak sulung kepada lima beradik. Tanggal 24 Disember lalu, dia sah bergelar isteri kepada Azhar Othman.
Terdahulu Syafiqa pernah berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman ketika berusia 23 tahun. Bagaimana pun Allahyarham Datuk Seri Zainal meninggal dunia pada tahun 2018 akibat kanser darah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Zayyan Sufi berusia sembilan tahun dan Zahara Sumayya.
Berkongsi momen indah di hari pernikahan, kejelitaan Syafiqa nyata meraih perhatian warga maya.
Rata-rata mereka memuji wajah cantik dan aura pengantin perempuan ini. Ternyata, solekan magis makeup artist, Ramzamode menyerlahkan keayuan Syafiqa. Memang nampak berbeza dan glowing!
“Alhamdulillah 24.12.23, Kak Long dah bergelar isteri semula setelah 5 tahun hidup sendiri dengan anak-anak. Perjalanan kami dipermudahkan dengan kuasa Yang Maha Esa. Alhamdulillah at last I met somebody that love me and he most importantly, love and accept my kids as well.
Perkenalan kami tak lah lama mana, tapi betullah orang kata kalau dah jodoh, tak kisah lama mana kita berkenalan. Sekejap atau lama tak menjanjikan apa-apa, perjalanan tu jadi mudah untuk kami.
Alhamdulillah yang paling penting, anak-anak sangat selesa dan merasa kembali kasih sayang seorang ayah setelah 5 tahun. Kak long mohon doa yang baik-baik dari korang semua.”
Dalam majlis perkahwinan serba indah itu, Syafiqa anggun mengenakan persalinan eksklusif Fuzana Mokhtaza.
Begitu juga adik-beradik perempuannya yang memilih busana ilham dari pereka fesyen yang sama. Keluarga pengantin perempuan turut memilih persalinan sedondon rona biru lembut bagi meraikan hari bahagia Syafiqa.
Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!