Wow, inilah sikap yang ramai orang Malaysia hendak tengok! Dan paling mengagumkan, tindakan terpuji ini dilakukan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam. Syabas!
Baru sahaja menerajui kementerian tersebut, enam hari lalu.. Syed Saddiq sudah mula mencipta senario baru dalam arena sukan. Hadir menyaksikan perlawanan di antara Selangor dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, kelibat Menteri Belia dan Sukan ini dilihat cukup santai dengan menyarung jersi kebangsaan.
Ads
Meskipun ‘terdengar’ cakap-cakap sumbang yang memperlekehkan niat Ahli Parlimen Muar ini, namun rata-rata masyarakat menyenangi usaha berkenaan.
Iyalah, sekurang-kurangnya masyarakat kita sudah mula peka dengan moral kebersihan ketika menonton bola sepak di stadium.
Ads
Harap, amalan ini tidak hanya dipraktikkan di stadium saja bahkan ketika berada di mana-mana tempat dan acara sekalipun. Barulah kemajuan sukan dan mentaliti penyokong berjalan seiring.
Kredit foto: malaysia 1news
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum tengok keprihatinan yang ditunjukkan Ajak Shiro ketika negara dilanda musibah banjir baru-baru ini. Bagaikan sudah sebati berkhidmat untuk masyarakat, Ajak yang merupakan bekas Tentera Laut Diraja Malaysia tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir terjejas khususnya di sekitar Jelebu, Negeri Sembilan dan Bentong, Pahang.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak mula dikenali sejak menyertai program Raja Lawak musim keenam menerusi kumpulan Shiro bersama sepupunya, Shahrol. Dia yang baru sahaja selesai menyertai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Tobat, memanfaatkan masa yang ada untuk berbakti kepada insan memerlukan.
Ajak memulakan misi bantuan pada 20 Disember lepas dan daripada perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, rata-rata followers penyampai radio berusia 35 tahun ini menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga dengan keprihatinan yang ditunjukkan bapa tiga orang anak tersebut.
Bahkan salah satu daripada video yang dikongsikan juga meraih hampir 200 ribu likes memaparkan Ajak yang memandu kenderaan pacuan empat roda tenang membantu seorang lelaki bersama anak kecil yang sedang meredah banjir dibawa ke kawasan selamat.
Malah, dia juga mengerah keringat membersihkan kawasan salah sebuah sekolah di Bentong, Pahang. Kongsi Ajak, “Alhamdulillah syukur dan bersih dah ruang kantin sekolah dekat Bentong ni. Boleh korang tidur sini malam ni. Bantal, tilam, selimut, botol susu, tuala, sabun, pampers, ubat gigi semua ada ditinggalkan. Moga korang selesa sikit nanti ya. InshaAllah kita tempuh ujian Allah ni pelahan-pelahan.”
Tidak cukup itu, Ajak juga terpanggil untuk berkongsi rezeki dan memberikan televisyen kepada keluarga mangsa banjir di Negeri Sembilan. Usaha murni Ajak ini memang patut dijadikan ikutan.
Menerusi perkongsian Ajak di media sosial juga jelas kelihatan raut wajahnya yang gembira dan sebak kerana berpeluang meringankan beban insan-insan yang ditimpa musibah.
Ajak bergelar suami kepada guru bernama Nur Afifah Amin pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Semoga bantuan dan sikap prihatin Ajak ini mampu menjadi pencetus semangat agar lebih ramai masyarakat tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan kelak.
Kredit: Instagram Ajak Shiro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian yang dicemburui, kebaikannya disebut-sebut dan urusan wafatnya dipermudahkan. Mungkin itulah bahagian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Wafat dalam keadaan yang baik (husnul khatimah) menjadi impian setiap mukmin. Nona tertarik berkongsi pengalaman seorang pegawai perubatan kerajaan, Dr Mohammad Aiman Hazim yang terlibat secara langsung di unit COVID.
Pengalaman beliau yang berdepan pelbagai situasi melibatkan pesakit COVID-19 termasuk ramai ibu hamil benar-benar menyedarkan betapa kematian itu sangat pasti dan dekat dengan kita.
“Kisah Allahyarhamah Siti Sarah bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir. Kami yang bekerja di hospital terutama yang merawat secara terus pesakit COVID-19 telah melihat ratusan ibu mengandung yang dimasukkan ke hospital kerana wabak pandemik ini malah puluhan yang terpaksa dikejarkan ke ICU.
Cuma mungkin Allah ingin memuliakan beliau dengan mengangkat kisah ini tular sebagai satu peringatan kepada kita bahawa komplikasi COVID-19 itu benar.
COVID-19 di sebalik kehamilan ini sangat sukar. Sukar untuk diceritakan. Keluarga tidak boleh berjumpa. Komplikasi bayi pramatang sudah pasti akan berlaku apabila ibu hamil positif COVID-19 terpaksa menjalani pembedahan semasa proses melahirkan bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.
Anak dan ibu diasingkan. Suami dipisahkan. Hanya dapat menelefon dari kejauhan bertanya… ‘Doktor, isteri saya bagaimana?’ Hanya suara anak-anak kecil kedengaran di corong telefon menangis bila boleh berjumpa dengan ibu?
Sukar, sangat sukar.
Banyak kisah yang tidak ditularkan tetapi kita di hospital tahu kisah ini bukan pertama. Ada yang kematian ibu dan ayah tercinta. Ada adik-beradik yang meninggal walaupun usia muda dan tiada penyakit.
Trend terkini ramai pesakit yang muda-muda bawah 40-an mula menempah masuk ke wad-wad memerlukan bantuan oksigen.
Berada di sebalik wad COVID-19 mengajar kepada diri ini, bahawa Allah adalah tempat kita berserah. Selain berusaha dengan beriktiar dengan cara yang ada.
Persiapan terhadap segala kemungkinan sangat perlu terutama yang mengejut sewaktu pandemik.
Beramal dan bertaqwalah. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita bersama.
Kita pasti akan menyusul.
Alfatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Semoga perkongsian Dr Aiman Hazim ini meningkatkan kewaspadaan kita terhadap betapa berisikonya penyakit COVID-19, sekaligus melindungi diri serta ahli keluarga daripada jangkitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah 6 September lepas pelakon dan pengacara popular, Jihan Muse dan suami selamat menimang cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Meskipun belum mengumumkan berita gembira, jantina dan gambar terkini anak keduanya secara rasmi, khabar mengenai kelahiran cahaya mata terbaharu Jihan diketahui ramai selepas isteri kepada Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman memberikan ucapan tahniah menerusi Instagram Story.
Menguatkan lagi khabar gembira itu apabila pihak hospital tempat Jihan bersalin turut berkongsi foto personaliti ini di Instagram milik mereka sambil mengucapkan tahniah.
Jihan dalam pada itu dilihat turut mengulang siar semua ucapan tahniah yang diterimanya.
Kira-kira seminggu sebelum melahirkan anak, Jihan ada berkongsi foto bersama suami dan anak ketika melakukan check up kali terakhir di hospital. “Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Doakan ye.”
Rupa-rupanya tidak lama selepas pemeriksaan tersebut, Jihan akhirnya selamat melahirkan zuriat kedua dengan selamat. Alhamdulillah.
Sementara itu, Jihan dikhabarkan tidak akan bergandingan bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan. Sebaliknya, tempatnya diganti dengan Elly Mazlein untuk musim kali ini.
Jihan mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dineri nama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Moga Jihan berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan anak kedua ini dan semoga bayi juga membesar dengan sihat. Tahniah Jihan dan Ungku Hariz!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan Ummi Nazeera yang bertandang ke sebuah sekolah baru-baru ini bagi menjayakan satu majlis sumbangan nyata menarik perhatian khalayak. Jika sebelum ini kelibat figura berkenaan sering dilihat pada majlis anugerah dan fesyen tetapi kali ini Ummi tampil berbeza sebagai tetamu kenamaan dalam acara formal.