
Diam tak diam, anakanda kedua Che Puan Juliana Evans menginjak usia sembilan bulan. Bayi comel yang diberi nama Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah ini ternyata mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Bersandarkan status sebagai anak selebriti dan lahir dalam kalangan kerabat diraja Selangor tidak hairanlah Tengku Saidatul’Ihsan Putri menjadi perhatian warga maya khususnya peminat setia Che Puan Juliana.
Apatah lagi pengusaha Jevans Jewelry ini rajin mengemaskini media sosial miliknya dan memuat naik gambar puteri kesayangan.




Dalam salah satu hantaran di Instagram, Che Puan Juliana berkongsi foto di samping Tengku Saidatul’Ihsan beserta kapsyen, “Baby Ihsan stole mummy’s face.”
Tak dinafikan puteri kedua bekas pengacara program Remaja ini mempunyai banyak persamaan raut wajah dengan ibundanya, Che Puan Juliana. Terutama bahagian mata, hidung, bibir dan juga kulit.
Selepas melahirkan anak kedua pada 17 Jun tahun lepas, isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini kembali rancak menghadiri majlis perasmian jenama ternama seperti Rado dan Lanvin. Juga pertunjukan fesyen daripada pereka tanah air, Hatta Dolmat.




Meskipun tanggungjawab sebagai ibu semakin bertambah sejak kehadiran cahaya mata kedua ini namun Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans bahagia dan teruja menggalas tugas berkenaan.
Apatah lagi, dapat melihat anak yang dikandung sembilan bulan membesar sihat di depan mata.
Che Puan Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan puteri sulung iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang meniti usia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!








Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Anda boleh pilih dari pelbagai jenis, harga, warna dan bentuk. Enjoy your makeup moment!