Kegembiraan berganda untuk Ryan Bakery! Selepas memenangi anugerah Popular Creator Content Of The Year semalam di Tiktok Awards, Ryan turut berkongsi berita gembira di mana isterinya, Elyia Ibrahim kini hamil 5 bulan.
Tak menyangka bakal bergelar bapa, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mengharapkan doa orang ramai untuk kandungan isterinya. Yang menariknya, Ryan juga turut berkongsi dua nama bakal anaknya nanti.
” Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah, isteri saya kini sedang hamil lima bulan”.
Ads
Jelas Ryan lagi, dia dan isteri juga sudah sepakat dan sudah memberikan nama untuk anak mereka nanti. “Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra,” katanya ketika ditemui ketika sidang media Tiktok Awards semalam yang berlangsung penuh gah dan meriah Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC).
Ads
Selain itu Ryan turut berkongsi yang dia sudah tidak sabar untuk membuat ‘content’ bersama anaknya nanti. Malah Ryan turut mendedahkan kehadiran bakal anaknya nanti membuatkannya untuk bekerja lebih keras mencari nafkah memandangkan tanggungjawabnya untuk menampung kehidupan keluarganya.
Untuk rekod, Ryan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan bertunang.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi banyak kita memberi, lebih mencurah-curah rezeki yang bakal diterima. Tidak pernah lokek berkongsi ilmu, keringat mahupun duit bersempena ulang tahun kelahiran ke-29 pada 7 April lepas, makeup artist popular Muabellaz berbesar hati menyumbangkan 1,000 biji karipap kepada peminat khususnya yang tinggal di sekitar Alor Setar, Kedah.
Difahamkan niat bersedekah tersebut timbul apabila resipi air tangan Bellaz menyediakan karipap pusing mendapat reaksi ramai yang meminta usahawan ini menjual kuih tradisional berkenaan.
Enggan menghampakan mereka, Muabellaz bersama suami tercinta sanggup bersengkang mata menyediakan karipap percuma kepada para ibu hamil.
Dedah ibu kepada tiga anak ini di media sosial miliknya, “Kan hari tu Bellaz buat live karipap pusing resipi Bellaz dengan Nuart (suami). Ramai ibu-ibu pregnant yang teringin nak rasa karipap Bellaz. InsyaAllah Bellaz Beauty HQ Nuart nak masak buat karipap frozen nak bagi secara percuma 1,000 biji karipap kali sediakan.
Akan diagihkan di Bellaz Beauty. Mana sekitar Alor Setar, Kedah yang teringin nak rasa mai lah ambil na. Free ja terhad lah seorang 10 biji.”
Kisah kejayaan dan kehidupan Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini sering menjadi tumpuan serta inspirasi kepada generasi muda hari ini. Mana tidaknya, dalam usia yang masih muda, Bellaz sudah berjaya melakar pelbagai pencapaian dan kemewahan hidup.
Malah, tidak pernah malu berkongsi kehidupan susahnya suatu ketika dahulu sebagai pembakar semangat buat wanita untuk berjaya.
Bagi Bellaz, tiada apa yang lebih bermakna selain dapat menggembirakan peminat dan mereka yang memerlukan. “Ya Allah, penat tapi happy sangat. Hilang penat bila tengok ramai yang suka karipap Muabellaz. Alhamdulillah bersempena ulang tahun kelahiran saya, saya buat sepenuh jiwa saya dengan Mat Nuart untuk ibu-ibu hamil yang teringin merasa
karipap pusing Bellaz.
Made with love tau. 1,000 pieces ngam-ngam semua dapat. Alhamdulillah tak sangka ramai yang datang. Minta maaf atas kekurangan dari Bellaz.”
Semoga usaha murni Bellaz menjadi ikutan kepada lebih ramai usahawan berjaya lain untuk berkongsi rezeki. Nona juga mengharapkan agar Bellaz terus memberi inspirasi dan memperkasakan golongan wanita.
Kredit foto: Instagram Muabellaz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy atas kelahiran cahaya mata baharu mereka baru-baru ini. Difahamkan pelakon jelita berkenaan selamat melahirkan anak kedua yang juga bayi lelaki pada 16 Mei lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memilih nama Bahtera Elhaq untuk putera kesayangannya. Nama Elhaq merupakan singkatan daripada nama Elisya dan suami tercinta, Haqimy.
Ibu berusia 26 tahun ini turut memuat naik foto terkini di samping bayi lelakinya di wad bersalin.
Jelas Elisya, “Indeed Allah is the best planner. Syukur alhamdulillah MashaAllah TabarakAllah. Assalamualaikum son, Bahtera Elhaq bin Uzair Haqimy.”
Sementara itu, Fasha Sandha turut teruja menerima kehadiran seorang lagi anak saudara dan mengucapkan tahniah buat adik kesayangan.
Kata Fasha, “Baby 16 May, Hari Guru. Sama dengan birthday Nani, Mama Sandha baby nak keluar. Congrats sayang! See you soon.”
Tidak ketinggalan menzahirkan rasa teruja dan gembira atas perkhabaran ini tentunya ibu mentua Elisya Sandha iaitu Sheila Rusly yang membahasakan dirinya sebagai Nanna.
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Mohd Faizal berkahwin dengan Uzair pada Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Lumrah wanita, macam tak sah kalau tak membeli-belah pada musim perayaan ni. Tapi dalam sekian banyak item baru di pasaran, barang apa yang patut dibeli sebagai persiapan Hari Raya Aidiladha nanti?
Senarai 7 item terbaharu ini mesti dimiliki buat menyerikan lagi ibadah Raya Haji. Anda boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk orang tersayang.
NUTOX YOUTH RESTORING
Sebelum raya menjelang tiba, anda yang mempunyai kulit sensitif sesuai menggunakan Nutox Youth Restoring ini. Ia merupakan penyelesaian bagi masalah anti-penuaan dan kulit sensitif, membantu meningkatkan kolagen, memperbaiki keanjalan kulit tanpa mencetuskan keradangan, membuatkan ia selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.
Tip:Tanda-tanda kulit sensitif adalah ruam, jerawat dan gatal-gatal, selain kemerahan atau rasa terbakar apabila mengenakan sesuatu produk penjagaan kulit.
GIVENCHY GV ANIMA
Bergaya pulang ke kampung halaman dengan cermin mata hitam Givenchy ini. Model baru GV Anima dalam rona havana menitipkan stail pop British yang menyerlah.
Tip:Pemakaian cermin mata hitam sememangnya penting bukan kerana gaya semata tapi bagi melindungi mata ketika memandu di bawah cahaya terik matahari.
KOLEKSI HARRY POTTER X PANDORA
Beraya tanpa perhiasan kemas tentu kurang serinya. Terbaru dilancarkan, koleksi Harry Potter X Pandora yang diinspirasikan daripada karakter dan simbol ikonik dalam filem Harry Potter cukup chic menghiasi pergelangan tangan dan tubuh badan anda.
Tip:Perhiasan kemas dalam rona perak boleh digandingkan dengan rona gangsa dan emas. Teknik layering ini membuatkan pemakai nampak lebih unik dan berciri lebih individualistik.
ANMUM ESSENTIAL GOLD
Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori generasi Alfa atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas. Sebagai ibu, berikan mereka Anmum Essential Gold ini yang dirumus secara saintifik dengan nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.
Tip:Susu yang berkhasiat amat penting untuk si manja anda. Berikan susu yang berkhasiat, lengkap segala nutrien dan bebas pemanis tiruan untuk kesihatan anak tersayang.
FOREO UNTUK ATASI MASKNE
Masalah kulit seperti jerawat dan kemerahan akibat pemakaian pelitup muka sepanjang PKPP ini boleh mengakibatkan maskne. Apatah lagi jika pelitup muka dipakai dalam tempoh yang lama. Atasi masalah ini dengan FOREO Luna 3 untuk mencegah timbunan minyak dan bakteria, sekaligus membantu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat pemakaian pelitup muka.
Tip:Pemakaian pelitup muka masih wajib dipakai di tempat awam bagi menbendung penularan COVID-19. Elakkan memakai pelitup muka yang sama dan selalu bersihkan pelitup muka boleh dibasuh supaya tidak menjadi punca maskne.
FENTY SLIP SHINE LIPSTICK
Lemparkan senyuman manis dengan gincu rona berkilau Slip Shine Sheer Shiny daripada Fenty Beauty. Tekstur lembut bagaikan mentega cair di bibir, gincu ini cukup cantik dioles sewaktu bertemu sanak saudara dengan 10 warna manis menawannya.
Tip:Trend gincu berkilau kembali menjadi kegilaan wanita masa kini. Kenakan gincu dengan tekstur glos untuk menjimatkan masa dan mudah dioles semula selepas dipakai.
KATE SPADE SIGNATURE HANDBAG
Sempena musim Fall 2020, Kate Spade meluncurkan koleksi beg tangan baru yang dikenali Signature Collection. Bermotifkan daun spade dengan saiz besar untuk memuatkan lebih banyak keperluan raya anda, setiap beg Kate Spade juga tahan lasak dan mudah dibersihkan. Sesuai untuk kegunaan harian mahupun melaram musim raya nanti.
Tip: Kalau punya rancangan pulang ke kampung, jangan lupa sediakan segala bahan keperluan untuk mencegah penularan wabak penyakit. Antaranya tisu basah, hand sanitizer, pelitup muka dan peralatan makan serta telekung sembahyang sendiri supaya tidak berkongsi dengan orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sawitri Khan ialah model kelahiran Bali yang berjaya menembusi industri fesyen antarabangsa termasuk Vogue dan Paris Fashion Week, sekali gus menjadi inspirasi model Asia Tenggara di pentas dunia.