
‘Maintain’ cantik Agnes Monica! Tak dinafikan, sebut sahaja nama penyanyi Indonesia ini pasti ramai peminat di Malaysia mengingati lagu popular dendangannya, Matahariku. Pernah mencetus fenomena menerusi sinetron remaja popular Ku Tlah Jatuh Cinta pada tahun 2004, wajah cantik dan nama selebriti ini masih meniti di bibir peminat meskipun sudah hampir dua dekad berlalu.
1 Julai lalu, pemilik nama Agnes Monica Muljoto atau lebih dikenali sebagai Agnez Mo ini menginjak usia 37 tahun. Sepanjang pembabitan seni di Indonesia, pelbagai anugerah telah berjaya diraih antaranya 18 Anugerah Musik Indonesia, 8 Panasonic Awards, 4 MTV Indonesia Awards, 3 Asia Song Festival Awards dan banyak lagi.
Tidak hanya berbakat sebagai penyanyi dan pelakon, Agnes juga dikagumi kerana kemahiran koreografi yang unik dan versatil. Tidak hairanlah, dia mampu melebarkan sayap sampai ke industri seni Amerika Syarikat!
Menelusuri latar belakang Agnes, dia merupakan anak bongsu kepada pasangan Ricky Muljoto dan Jenny Siswono.
Dilaporkan Agnes pernah mengikuti pengajian di Oregon State University (OSU) di Amerika Syarikat dalam bidang Sains Politik.
Bakat nyanyian Agnes mula bersinar ketika zaman kanak-kanak iaitu sewaktu berumur tiga tahun. Menyedari bakat terpendam itu, ibu bapanya enggan mensia-siakan kebolehan anak tersayang dan sentiasa menyokong bakat serta minat Agnes.
Seawal usia enam tahun, Agnes sudah merakam album pertama berjudul ‘Si Meong’. Dia kemudian menerbitkan album kedua pada tahun 1995 dan dinobatkan sebagai Album Anak-Anak Terbaik pada tahun 1999.
Pada tahun 2003, Agnes melancarkan album dewasa pertamanya iaitu ‘And the Story Goes’.
Menariknya, album ini adalah kolaborasi bersama pemuzik terkemuka Indonesia, Ahmad Dhani dan Melly Goeslaw yang menyaksikan dia menerima double platinum
dengan jualan melebihi 300,000 unit.Bersandarkan kejayaan cemerlang dalam bidang muzik, Agnes diberi gelaran sebagai ‘Diva Muda’ dan dari situ dia mula menyimpan impian untuk ke peringkat antarabangsa.
Dia pernah menerima anugerah Artis Pop Wanita Terbaik dan Karya Produksi R&B Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2006 menerusi lagu Bukan Milikmu Lagi.
Di samping kategori Most Favorite Female di MTV Indonesia 2006 dengan lagu Tak Ada Logika. Pada tahun 2008, Agnes melancarkan album ketiga, Sacredly Agnezious dan single Matahariku yang menjadi single
terlaris.Tidak hanya nyanyian, Agnes juga pelakon hebat di Indonesia. Bakat lakonan Agnes bermula pada tahun 1999 menerusi sinetron ‘Lupus Millenia’.
Agnes pernah membintangi drama bersiri Asia berjudul The Hospital di Taiwan bersama anggota kumpulan popular F4 iaitu Jerry Yan. Juga, berjaya mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2007.
This website uses cookies.