
Bisnes Kek Shima Anuar
Kecur tengok kek pelbagai perisa air tangan Shima Anuar! Bukan hanya terpikat dengan ‘presentation’ kek yang dihasilkan. Malah rata-rata pelanggan yang pernah menikmati manisan yang disediakan selebriti cantik ini memuji kualiti dan keenakan rasanya.
Bahkan sajian pencuci mulut air tangan Shima Anuar juga pernah viral dan menjadi bualan warga maya.
Sempena ulang tahun kelahiran dua anak lelaki iaitu Mikhael Imaan dan Haris pada awal Ogos lalu, aktres ini mempamerkan bakat menghasilkan dan menghias kek buat permata hati kesayangan bertemakan ‘Monster Truck’.
Video tersebut meraih lebih 300 ribu tontonan dan mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti serta peminat.
Difahamkan Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar mula berniaga makanan secara serius secara dalam talian sejak tahun 2025. Juadah menyelerakan bintang filem Hospital ini kerap dimuat naik di akaun rasmi miliknya iaitu Shims Kitchen.
Antara menu terawal yang pernah dijual Shima termasuklah Laksam, Pandan Layer Cake, Tiramisu Cheesecake dan Pudding Caramel.
Kini, figura berusia 35 tahun berkenaan menambah pelbagai perisa kek jualannya seperti Dark Chocolate, Blueberry Baby Cake, Very Strawberry, Matcha Strawberry dan Mango Much.
Dedah Shima, “Alhamdulillah.. Thank you for your love, trust and support. Dari buat untuk makan sendiri, dah jadi rezeki. Thank you for supporting my new small business!”
Kebanyakan rakan-rakan artis turut memuji kemampuan Shima Anuar menyediakan tempahan kek pelbagai perisa. Selain terliur untuk merasai air tangan wanita serba boleh tersebut.
Selain mengusahakan perniagaan makanan dan kek, Shima juga mempunyai produk rambut sendiri jenama Shims.
Shima Anuar mendirikan rumah tangga dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu
Marian Sophia, Mikhael Imaan dan Harris.This website uses cookies.